Selasa, 18 September 2012

Aduan Mangsa Pencemaran Diterima


BATU PAHAT – Kira-kira 200 penduduk Kampung Jorak Senawi, dekat sini mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor apabila masalah pencemaran berlaku dipercayai akibat pembuangan sisa kumbahan sejak empat tahun lalu.
Menurut salah seorang penduduk, Saat Ibrahim, 32, para penduduk sudah tidak tahan dengan bau busuk dan parit tercemar disamping bimbang terhadap tahap kesihatan akibat sistem perparitan telah dicemari dengan sisa kumbahan.
Malah, masalah yang dihadapi itu turut dikongsi oleh 30 keluarga lain yang melibatkan 200 penduduk dan mengganggu keselesaan.
”Sebelum ini, saya dan penduduk kawasan ini telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak berkenaan, namun tiada tindakan susulan yang sewajarnya dilakukan, selain pemantauan sahaja.
”Dalam masa empat tahun ini, saya dan beberapa penduduk kampung telah membuat aduan, tetapu ianya tetap sama malah keadaan semakin teruk, saliran parit semakin tercemar selain bau busuk makin kuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Penyelia PAR Johor, Syed Othman Syed Abdullah memberitahu yang pihaknya akan membawa masalah ini kepada pihak berkaitan.
”Pihak kami akan ajukan kepada beberapa agensi berkenaan, selain akan buat laporan polis,” katanya.

1 ulasan:

  1. sekarang ini pencemaran dekat situ ada berlaku lagi ke .. ? saya kannya apa .. saya hanya nak membuat kajian saja ..

    BalasPadam