Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih. Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri. Jabatan Pilihan Raya DPPM hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini. Memorandum tersebut menuntut KDN menjalankan penyiasatan ke atas isu ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap negara. Selain itu, KDN digesa memerangi tindakan ini semaksima mungkin dan tidak membiarkan tindakan in berlaku pada masa akan datang. Turut dituntut agar pihak yang terlibat dalam konspirasi ini didedahkan kepda umum sebagai pengajaran kepada orang ramai dan memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab. "Pemuda PAS merasakan tindakan menukar status taraf pemastautin tetap kepada warga negara adalah kerja politik untuk meneruskan kesinambungan tampuk kekuasaan parti yang memerintah. "Ia bukan semata-mata kerana kesilapan teknikal yang menyebabkan status mereka dalam pangkalan data jabatan Pendaftaran Negara tidak dikemas kini sperti mana jawapan klise JPN sebelum ini," katanya selepas penyerahan memorandum di bangunan KDN, dekat sini. Sany turut menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga gagal memberikan penjelasan, DPPM akan mengadakan perhimpunan aman ke Istana Negara meminta Yang di-Pertuan Agong campur tangan. "Jika Perdana Menteri pun tidak mempedulikan tuntutan kita, pemuda akan mengadakan perhimpuann aman ke istana negara untuk menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. Kesal isu dipandang remeh Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil kesal dengan sikap Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak serius untuk menyelesaikan isu ini mahupun sekurang-kurangnya menerima sendiri memorandum tersebut. "Menteri hanya hantar pegawai yang masih muda dan ternyata tidak boleh membuat apa-apa kenyataan. "Padahal kami sudah hantar surat awal-awal lagi, maklumkan untuk serah memorandum ini," katanya. Memorandum mengandungi segala bukti mengenai PR mendapat kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pemilih itu hanya diserahkan kepada pegawai KDN, Mohd Faliq Mustafa Kamal. Mengulas lanjut mengenai cadangan memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Ketua Penerangan DMPP, Suhaizan Kaiyat berkata, dalam lapan tuntutan Bersih 2.0, ada disebut mengenai pembersihan daftar pemilih namun tidak disebut mengenai 'pengkhianatan kepada negara' dengan memberi keraytan kepada warga asing. Justeru katanya, DPPM sendiri harus membawa isu tersebut ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agung. "Pemuda kena mendahului Bersih dalam perkara ini kerana tuntutan Bersih ada mengenai pembersihan daftar pemilih tapi tidak menyebut mengenai pemberian kad pengenalan kepada pemastautin tetap sekaligus boleh mengundi. "Sejarah datuk kepada Hishammuddin, Datuk Onn Jaafar, beliau mencadangkan seseorang warga asing perlu mengambil masa 20 tahun untuk mendapat kerakyatan tapi masa cucunya (Hishammuddin), boleh sewenang-wenangnya beri kerakyatan untuk orang luar jadi warga negara," katanya. |
Khamis, 11 Ogos 2011
Isu PR: KDN diberi masa 7 hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan