Khamis, 14 Mei 2009

Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak

Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 14, 09 | 4:45:23 pm MYT


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

ImageHadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

"Hanya rakyat yang boleh menjadi hakim dan membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah.

"Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan.

"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," tegas beliau kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dekat sini sebentar tadi.

ImageMengulas mengenai kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Hadi menegaskan PAS tidak akan menolak sebarang rundingan tetapi tetap berpendirian mengesa pembubaran Dun.

PAS, tegas Hadi bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak meneghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.

Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.

Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.

Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.

Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan