Rabu, 27 Mei 2009

Kempen Tuan.Haji Mohamad Sabu dan Pemimpin Pakatan Rakyat Di Penanti

MAT SABU-UMNO AKAN BERKUBUR DAN SISTEM KEHAKIMAN MEMALUKAN NEGARA

Penanti- Ceramah Mat Sabu semalam berjaya mencuit hati para pendengar dengan gelagat Mat Sabu menarik minat dan punya stail tersendiri.Beliau dengan selambaa membuat lawak dan ini amat menarik .

Beliau berceramah mengenai fungsi badan kehakiman yang semakin tercemar akibat kerakusan pihak yang berkuasa mempergunakan badan kehakiman dalam kes di Perak .Beliau menjelaskan bahawa kes untuk mendengar penghakiman di mahkamah tinggi , hakim membuat ulasan selama satu jam setengah, namun 3 hakim yang mendengar hujah Zamry mengambil masa hanya 10 minit untuk meberikan hujah iaitu pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali.

Bukan itu sahaja menurut Mat Sabu, sehingga hari ini, seluruh dunia melihat bahawa kes menarik dan mengusung Sivakumar dari dewan dan dikurung dalam stor adalah satu kes yang amat memalukan negera kerana kuasa dewan telah tercemar.

Beliau juga mengulas mengenai bagaimana pihak keselamatan masuk ke dewan dan bagaimana pembesar suara juga ditutup.Malah menjelaskan beliau ditangkap hanya kerana mahu mengadakan solat sembahyang hajat.

"Di Kelantan apabila kita nak lakukan sembahyang hajat di stadium jam 3 pagi, burung pun terkejut,tapi kes yang aku kena,tak sempat nak ke Manjoi dah kena cekup di Kuala Lumpur kerana polis yang menangkap tidak memeperkenalkan diri" demikian jelas beliau lagi.

Mengenai dengan pemilihan Mansor Othman sebagai calon dan bagaimana isu pembanggunan yang dimainkan oleh Umno ialah berhubung dengan bangsa cina sebagai pemerintah, beliau menjelaskan bahawa : "kini di Tanjung (Georgetown)orang dah tak pilih Bn sebagai parti. mana ada di Kuala Lumpur orang memilih Umno atau Bn sebagai parti sekarang ini.Yang hanya memilih umno ialah dari Jarak sampai Tasek Gelugor dan juga Kepala Batas, Permatang Keling,Lahaq Yooi .Tahu kenapa? kerana dari Jarak ke Kepala Batas ada stesen keretapi di bawah tanah. Maknanya orang Kuala lumpur, orang Tanjung tidak maju dari orang Tasek Gelugor dan juga orang Kepala Batas kerana mereka adalah penyokong Umno paling kuat dalam dunia ," dan di sambut dengan gelak ketawa para hadirin yang mendegar Mat Sabu


Menurut Mat Sabu orang Melayu perlu cerdik.Kalau di sebelah Jawi,Tasek Gelugor,Sg Dua,Bertam,Kepala Batas di ambil alih oleh Pakatan Rakyat, maka barulah kita katakan kuasa kita kuat.Kita mengkritik bukan soal pembanggunan ada golongan orang tua-tua apabila disebut sahaja pembanggunan takut kalau Bn tak perintah tak ada pembanggunan.

"Apa yang kita krtiik ialah cara pelaksanaan itu.Misalnya MRR ,tak sampai setahun dah runtuh.itu projek Samy Vellu.Lihat bagaimana makmal komputer runtuh.itu juga kerana pembanggunan yang diselindungi dengan rasuah.Kita terima pembanggunan namun kita kritik pembanggunan yang terlibat dengan rasuah" demikian jelas Yb Mat Sabu lagi.


orang ramai berebut bersalaman dengan speker V Sivakumar kerana menghormati beliau walau pemerintah tidak mengiktiraf.Namun rakyat lantik dan angkat serta sanjung beliau.






Turut hadir untuk bersama ialah speker Perak yang sah iaitu V Sivakumar dimana beliau selesai berceramah di Kubang Ulu.Menurut Mat Sabu lagi beliau tidak datang ke Kubang Semang kerana sejarah pernah menunjukkan bahawa Kubang Semang telah lama maju dan rakyat Permatang Pauh pernah menewaskan perikatan pada tahun 1969 dan pada tahun 1974 dimana Hj Zabidi mengalahkan Ariffin Daud.Umno juga pernah memenangi banyak kali dan juga jatuh banyak kali.Maka kerana itu di Kubang Semang beliau tidak perlu lagi untuk datang berceramah.

"Yang aku nak pi ceramah ialah di Guar Perahu.Namun sejak 1999 orang Guar Perahu pun sudah berubah dan memberi sokongan kepada pembangkang.Kalau spesis di Guar Perahu pun dah menyokong Pakatan Rakyat, maka itulah tanda-tanda kemusnahan Umno.Yang dok sokong Umno la ni yang gigit mee tak putuih"demikian jelas Mat Sabu dengan ketawa oleh orang ramai.

Beliau mengakhiri ceramah dengan berpesan agar keluar mengundi dan memberikan undi yang tinggi serta jadi calon BEBAS hilang wang pertaruhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan