Jumaat, 21 September 2012

Datuk Fauzi DI Pontian



DATO' Fauzi Shaari, bekas orang ke 3 dalam Polis kini berceramah di Taman Cahaya Pontian. Menariknya, pelbagai kaum dilihat menghadiri majlis ini. Turut hadir, M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor.

Filem Pendek Pertama PAS Bakal Terbit



ADAM Hamid, Pengarah dan Pelakon Drama-Filem telah menyampaikan ceramahnya malam ini di pekarangan Unit Peti Undi (UPU) PARIT BETAK mengumumkan pembikinan drama PAS menceritakan perpaduan tentang Islam dalam format Youtube.

Proses pembikinan Dijangka akan dijayakan pada bulan November nanti.

Menurut Adam, ini merupakan tugasnya berdakwah bagi memberi kefahaman yang tepat kepada slogan 'Negara Berkebajikan'.

Akhbar Cina Buat Liputan Program PAS Benut



AKHBAR berbahasa Cina Sin Chew menyiarkan program Sambutan Hari Raya dan Penyampaian sumbangan kepada lebih 70 penerima termasuk kaum Tionghua anjuran PAS Benut di Dataran Unit Peti Undi (UPU) Sanglang baru-baru ini.

Berikutan tersiarnya laporan ini memberi petanda yang komuniti itu tidak segan mendekati PAS dan boleh duduk semeja dalam suasana yang harmonis.

Justeru, PAS Benut mencabar BN (MCA) menganjurkan majlis seumpama ini jika masih dianggap relevan lagi di sini.

Rabu, 19 September 2012

Pemuda PAS Bantah 28 September Ini


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) akan menganjurkan bantahan sebagai mengecam isu penayangan filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw di negara ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, bantahan tersebut dijadualkan akan dijayakan pada 28 September ini di Batu Pahat.
Selain mengecam sekeras-kerasnya filem tersebut, pihaknya turut menyokong bantahan masyarakat Islam seluruh dunia kepada isu berkenaan.
Berikutan dengan penayangan itu katanya, ia bakal mengundang perpecahan kaum dan memberi kesan yang tidak baik.
”Isu ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia kerana melibatkan sentimen keagamaan yang dipercayai mempunyai tujuan tertentu.
”Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk untuk sama-sama berusaha memastikan perkara ini dapat disekat daripada tersebar kerana jelas bakal memberi impak kepada kestabilan negara yang sedia ada supaya ada pergaduhan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
”Justeru, ia sememangnya wajar disekat dalam apa jua bentuk media sekalipun. Saya turut menggesa agar kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah proaktif dalam menangani isu ini dalam apa jua cara sekalipun untuk memastikan ia terhalang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, di pejabat DPPNJ, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Mohd Faizul Salleh, Naib Ketua Pemuda, Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda dan Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Pemuda.
Sementara itu, Ibn Bacoks difahamkan, Mahadzir telah dilantik sebagai koordinator majlis bagi melicinkan perjalanan program itu nanti.

Selasa, 18 September 2012

54 Tahun Bersama UMNO, Kini Beralih Arah


Aduan Mangsa Pencemaran Diterima


BATU PAHAT – Kira-kira 200 penduduk Kampung Jorak Senawi, dekat sini mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor apabila masalah pencemaran berlaku dipercayai akibat pembuangan sisa kumbahan sejak empat tahun lalu.
Menurut salah seorang penduduk, Saat Ibrahim, 32, para penduduk sudah tidak tahan dengan bau busuk dan parit tercemar disamping bimbang terhadap tahap kesihatan akibat sistem perparitan telah dicemari dengan sisa kumbahan.
Malah, masalah yang dihadapi itu turut dikongsi oleh 30 keluarga lain yang melibatkan 200 penduduk dan mengganggu keselesaan.
”Sebelum ini, saya dan penduduk kawasan ini telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak berkenaan, namun tiada tindakan susulan yang sewajarnya dilakukan, selain pemantauan sahaja.
”Dalam masa empat tahun ini, saya dan beberapa penduduk kampung telah membuat aduan, tetapu ianya tetap sama malah keadaan semakin teruk, saliran parit semakin tercemar selain bau busuk makin kuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Penyelia PAR Johor, Syed Othman Syed Abdullah memberitahu yang pihaknya akan membawa masalah ini kepada pihak berkaitan.
”Pihak kami akan ajukan kepada beberapa agensi berkenaan, selain akan buat laporan polis,” katanya.

Selasa, 4 September 2012

Isu Pijak Gambar : Kerajaan Perlu Bersikap Adil



Blog Ibn875.wordpress.com
AYER HITAM – ”Begitu juga (perlu bersikap adil) dengan (perlakuan pihak tidak bertanggungjawab yang) kencingkan gambar Ambiga,” demikian penegasan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS berhubung hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta pihak polis menjalankan siasatan lanjut berkenaan isu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak pada malam Merdeka.
Akhbar sebelum ini menyiarkan reaksi banyak pihak berhubung tindakan beberapa individu yang terlibat dalam insiden memijak gambar Najib dan isteri ketika menyertai Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.
Dalam pada itu, beliau yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu menyatakan pihaknya turut tidak bersetuju apabila gambar-gambar pemimpin negara itu dipijak.
Hal ini kerana katanya, persaingan dalam politik wajar diamalkan dengan perlawanan ideologi bukan dengan tindakan yang tidak beretika.
Malah katanya, perbuatan sedemikian sudah tentu tidak boleh diterima lebih-lebih lagi negara ini memiliki budaya dan peradaban yang tinggi.
”Ini bukan budaya dan akhlak kita,” tegas beliau lagi.
Mat Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Riang Ria dan Semarak Hijau Ke Putrajaya di Dataran Hj Mardi, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Ustazah Siti Zailah Yusoff, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Khamis, 16 Ogos 2012

Hospital Pontian Perlu Dinaik taraf – Pak Ungku



PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang Mendesak Datuk Ahmad Maslan selaku penyandang kerusi Parlimen Pontian membuat pertimbangan dengan menaik taraf Hospital daerah yang dikatakan mencecah usia tua didakwa struktur binaan dan prasarana tidak banyak perubahan.
Penyelianya, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, pemimpin Barisan Nasional hanya mampu menabur janji untuk proses naik taraf setelah perasmian pecah tanahnya dilakukan pada tahun 2007 bagaimanapun sehingga kini tidak menjelma seperti yang dikotakan.
“Senasib dengan Hospital Pontian. Cuma Pontian, janji tak ditepati. Janji naik taraf 10 tahun dulu. Pecah tanah 2007 tapi habuk pun tak ada. Wakil rakyat tukar ganti. Pesakit kronik di kampung menghitung hari,” katanya bernada sinikal.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Pulau Pinang hari ini mohon kerajaan membina Hospital baru Sungai Bakap yang telah berusia 120 tahun.
Beliau dilaporkan berkata, masalah timbul kepada kes-kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera terpaksa dirujuk ke Seberang Perai menyebabkan kematian berlaku dalam perjalanan

Ahad, 12 Ogos 2012

Pembangunan Di Kampung Sebelah Pesat, Kampung Sendiri?




PONTIAN – Para penduduk Kampung Parit Jawa, Kayu Ara Pasong mempersoalkan tentang aktiviti pembangunan yang dikatakan tidak seimbang berlaku di kampung mereka.
Hal ini kerana jika ingin dibandingkan dengan kampung yang bersebelahan dengan mereka didakwa begitu pesat.
Tumiran Ahmad, 52, berkata, jalan yang dijadikan laluan pintas yang menghubungkan antara Johor Bahru dan Batu Pahat rosak dan berlubang pada sepanjang satu kilometer.
”Sedangkan jalan sepanjang 3 kilometer ini tidak ditampal yang berlubang seperti di kampung sebelah menyebabkan keadaan tidak selamat dan mengundang risiko kemalangan.
”Pernah terjadi seorang warga emas naik motor jatuh waktu siang-siang lagi bila nak pergi ‘jemputan’. Dah kalau malam lampu jalan tiada. Jalan pula berlubang-lubang. Kalau ada orang yang nak beranak, tak tahu lah macam mana,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood mendesak agar pihak yang bertanggungjawab turun padang menyelesaikan masalah penduduk.
”Khasnya kepada (Datuk) Ahmad Maslan, sila selesaikan masalah rakyat. Dahulukan rakyat. Selain itu, kita desak agar jalan ditampal. Manakala bahu jalan dilebarkan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, setelah pihak terbabit menerima banyak bantahan, difahamkan jalan yang berlopak itu hanya ditaburkan batu-batu kerikil.
Dalam pada itu, Pak Ungku berkata tindakan itu dibuat dengan harapan dapat menutup pekung yang selama ini disembunyi kepada umum.
”Setelah hampir sebulan kami bangkitkan isu ini, hanya baru semalam mereka bertindak. Itupun hanya sekadar ditabur dengan batu putih. Penduduk berkata : sekadar nak tutup malu slogan janji ditepati. Kita akan terus pantau dan tunggu bila nak diturap,” katanya lagi.