Isnin, 9 Januari 2012
Isu Dr Hassan Ali, Usah Peduli Dan Ahli Disaran Tumpukan Perjuangan
Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Para pendokong gerakan Islam (PAS) negara ini disaran tidak gelabah dan sibuk membicarakan kemelut yang melanda parti itu ekoran isu terbaru yang membabitkan Datuk Dr Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Ramli Abu Bakar al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan dengan katanya kerana hal sedemikian boleh menyebabkan proses dan penjanaan ke arah kejayaan akan terbantut dan menjadi lambat.
Sehubungan itu, penumpuan kepada gerak kerja harus dilakukan dan masalah itu merupakan cabaran semasa yang perlu dilalui oleh PAS.
”Ini cabaran daripada Allah nak memperlihatkan sejauh mana kekuatan, iltizam dan semangat untuk terus berjuang.
”Sebagai contoh. Bila kita meredah belukar, semak samun. Kita terpaksa hadapi kemuncup, duri dan sebagainya. Biarkan saja kemuncup dan duri yang melekat diseluar. Kalau ditanggalkan ia akan melambatkan tempat yang kita nak tuju.
”Kalau ambil masa nak peduli ia melewatkan kita menuju kejayaan. (Perkara) Ini memberi kekuatan pada kita sebab perjuangan pasti ada cabaran,” terang beliau lagi.
Media arus perdana semalam melaporkan PAS pada mesyuaratnya memutuskan mengikut perkara 82(9) iaitu memecat Dato’ Dr Hassan Ali daripada ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Sementara itu, beliau menambah dengan katanya bahawa Allah SWT tidak menilai amalan seseorang melalui jawatan yang dipegangnya. Akan tetapi dengan keikhlasan tugas dan kerja yang dilakukannya.
Sebarang ujian yang dihadapinya itu ujarnya lagi memerlukan tindakan yang konsisten dan ia tidak ada istilah pencen dalam kamus perjuangan.
”Muhasabah diri. Yang dinai bukan jawatan tapi kerja (ikhlas). Apapin dugaan, kita kena teruskan perjuangan. Ia sampai mati dan tak ada had masa. Ia dinamakan korban.
”Itu yang kadang-kadang terkorban. Tapi kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita baru nak berkorban maa dan harta benda.” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanan di perkarangan bangunan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, DUN Benut, dekat sini, malam tadi.
Hadir sama, Hj. Ungku Mohd. Nor Ungku Mohammad, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri johor merangkas bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang Pontian.
Ahad, 8 Januari 2012
Risalah Provoke VS Risalah Nasihat
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN - Pada penghujung tahun 2011 yang lalu, Parlimen Pontian telah dikejutkan dengan edaran risalah berbentuk provokasi yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana bimbang dengan sokongan rakyat yang mula berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Namun, bagi pihak PAS Pontian pula, pendekatan bijak telah diambil dengan turut mengedarkan bahan risalah namun ia berbeza dari sudut pengisiannya. Umum sudahpun maklum bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti siasah, akan tetapi lebih dilihat pada imej dakwahnya.
Tiada siapa yang mahu menyangkal bahawa tugas 'Amar Makruf Nahi Mungkar' sememangnya amat sinonim dengan parti itu.
Tambahan pula, perkataan Islam yang terselit pada namanya sudah jelas memberi erti bahawa kesungguhan untuk melaksanakan perintah Allah SWT merupakan prioriti yang tiada penghujungnya.
Perkara ini telah dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian yang katanya sebagai sebuah gerakan Islam sudah pasti perlu kepada suatu tindakan yang tegas jika ia membabitkan krisis keyakinan mahupun kerosakan moral dalam sesebuah masyarakat.
Menurutnya, kadangkala tindakan itu dianggap tidak popular bagi sesetengah pihak, namun untuk tidak mahu mendapat kemurkaan Allah SWT maka ia harus dilakukan.
''Sebagai contoh. Petang nak sambut tahun baru, kami telah mengedar risalah berbentuk nasihat di sekitar bandar Pontian bertujuan supaya masyarakat khasnya anak muda tidak melakukan sesuatu yang merosakkan imej agama mahupun maruah diri.
''Disamping itu, kami ingin sarankan agar budaya barat ketika menyambut tahun baru yang lebih kepada hiburan yang melampau dan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dapat dielakkan,'' tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas program XPDC Dakwah sempena dengan sambutan tahun baru 2012 di Bandar Baru Pontian, dekat sini, baru-baru ini.
Mtd-benut.blogspot.com difahamkan, program itu juga telah melibatkan sayap kanan PAS Pontian seperti Dewan Pemuda, Nisa' dan Dewan Muslimatnya.
Turut kelihatan Sdr. Abd. Rashid Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Pn. Hjh Zabedah, Ketua Dewan Muslimat dan Cik Nor Asyikin Badrul Hisham, Ketua Nisa' PAS Pontian.
Katanya lagi, program ini merupakan aktiviti berkala dan ia sebahagian dari agenda penting dalam melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat.
''Sebelum ini, waktu malam sambutan kemerdekaan negara, kami (DPPK) turut mengadakan aktiviti yang sama. ''Secara kebetulannya terserempak dengan pasukan penguatkuasa tempatan seperti Polis, Jabatan Agama dan lain-lain yang sedang melakukan operasi pencegahan maksiat di sekitar hotel-hotel bajet di Pontian ini.
''Harapan kami pada masa akan datang ialah dapat bekerja sama dengan agensi kerajaan berkenaan bagi sama-sama cegah kemungkaran yang ada,'' katanya lagi.
Sabtu, 7 Januari 2012
NABI SAW Amalkan Politik ‘Litaarafu’
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN – Junjungan besar baginda Muhammad SAW yang mendirikan negara Islam Madinah telah menggunakan pendekatan politik ‘litaarafuu’, kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Menurutnya, ‘litaarafuu’ memberi makna perkongsian hidup dalam satu masyarakat yang berbilang kaum bagi mewujudkan suasana saling-kenal mengenali dan faham memahami antara satu sama lain.
Pendekatan ini digunakan katanya sewaktu Baginda SAW memperkenalkan dua institusi sebagai pelopor kepada penyatuan masyarakat kepelbagaian bangsa dan agama pada awal hijrah iaitulah Masjid dan Pasar.
”Nabi SAW berpolitik ‘Litaarafu’. Di Madinah buat Masjid dan Pasar,” ujarnya pada satu program ceramah umum di Perkarangan Markas Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya bagi UMNO yang masih ingin mempertahankan undang-undang yang langsung jauh menepati ajatan Islam sebenar sedangkan pada masa yang sama menuduh PAS sudah lari dari perjuangan sebenarnya.
Katanya lagi, PAS sehingga kini tetap konsisten dalam memperjuangkan akidah dan hak kepentingan rakyat negara ini.
”Siapa yang mensyariatkan agama? 3/5/6 – ini syariat UMNO. Jangan tak, terlalu lancang mulut kata PAS menyeleweng. PAS sudah 53 tahun tetap pertahankan akidah umat,” tegas beliau lagi.
Jumaat, 6 Januari 2012
Kes Pencerobohan Perairan SELESAI, Antara Usaha PAS Pontian Dihargai
Oleh ibn_bacoks
PONTIAN - Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyatakan syukur kepada Allah SWT berikutan kes 6 nelayan dari daerah ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu telahpun berakhir setelah dibebaskan semalam dengan diberi pengampunan oleh Presiden Susilo 24 Disember seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian 5 Januari 2012.
Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Muhammad Nazar, pada pertemuan keluarga mangsa oktober lepas bersama Y.B Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan bahawa pihaknya bersetuju membantu mereka yang ditahan itu dengan kadar kemampuan yang munasabah.
Menurutnya lagi, walaupun ia melibatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara namun dengan usaha kecil itu sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa PAS amat prihatin kepada masalah rakyat.
''Kita ucapkan tahniah kepada keluarga mangsa diatas pembebasan itu yang berjuang begitu lama. Kami sudah mengusahakan sekadar yang termampu. Berkat doa dan kesungguhan daripada pelbagai pihak, Allah izinkan dan terima doanya, alhamdulillah'' ujarnya lagi sewaktu dihubungi Mtd-Benut.blogspot.com semalam.
Pada 23 Oktober 2011, Portal berita ini melaporkan pertemuan antara Ir Khalid Samad dengan keluarga nelayan terbabit berlangsung dengan suasana mahabbah dan harmoni.
Pada pertemuan itu juga, sumbangan berupa barang keperluan harian telah disumbangkan PAS Kawasan Pontian.
Difahamkan, seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak Mac tahun lepas telah dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.
Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara.
PONTIAN - Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyatakan syukur kepada Allah SWT berikutan kes 6 nelayan dari daerah ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu telahpun berakhir setelah dibebaskan semalam dengan diberi pengampunan oleh Presiden Susilo 24 Disember seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian 5 Januari 2012.
Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Muhammad Nazar, pada pertemuan keluarga mangsa oktober lepas bersama Y.B Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan bahawa pihaknya bersetuju membantu mereka yang ditahan itu dengan kadar kemampuan yang munasabah.
Menurutnya lagi, walaupun ia melibatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara namun dengan usaha kecil itu sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa PAS amat prihatin kepada masalah rakyat.
''Kita ucapkan tahniah kepada keluarga mangsa diatas pembebasan itu yang berjuang begitu lama. Kami sudah mengusahakan sekadar yang termampu. Berkat doa dan kesungguhan daripada pelbagai pihak, Allah izinkan dan terima doanya, alhamdulillah'' ujarnya lagi sewaktu dihubungi Mtd-Benut.blogspot.com semalam.
Pada 23 Oktober 2011, Portal berita ini melaporkan pertemuan antara Ir Khalid Samad dengan keluarga nelayan terbabit berlangsung dengan suasana mahabbah dan harmoni.
Pada pertemuan itu juga, sumbangan berupa barang keperluan harian telah disumbangkan PAS Kawasan Pontian.
Difahamkan, seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak Mac tahun lepas telah dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.
Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara.
Khamis, 5 Januari 2012
Kehendak Jiwa Yang Menjadikan Manusia Lupa : Bob Lokman
Oleh : ibn_bacoks
PARIT RAJA – Terkesan dengan kehendak jiwa dan nafsu menyebabkan manusia boleh lupa kepada Penciptanya, kata Bob Lokman, Selebriti Terkenal.
Menceritakan tentang kisah hidupnya, Bob Lokman yang dulunya sebagai seorang yang hidup dengan segala kemewahan dan kemegahan boleh berubah dengan kuasa Allah SWT.
”Dulu penulis lagu. Mula tulis 1987, 2002 terakhir. lagu Hattan mula tulis lagu, itu kemuncak perkembangan muzik rock di Malaysia. Rocker-rocker semua kenal. Ada 350 buah lagu ditulis. Habsah Hassan lagi banyak 3000.
”Saya beralih kepada Pengurus artis/konsert. Pernah urus Wings/M. Nasir hingga 1999 terlibat dalam bidang lakonan. Dulu lalu aje dapat RM30. Lepas itu dapat sikit-sikit. Dialog ‘mana tanah nak sodok dapat RM50′
”Kemudian Allah beri peluang rezeki sebab saya jenis orang yang suka cari duit. Semua kerana duit, bekerja mesti tahu cara nak boleh untung. Tahu lagu yang disukai ramai. Pentas cantik. Bagi orang puas hati. Itu perniagaan.
”Dalam lakonan saya tahu siapa yang perlu hampiri. Untuk berlakon watak macam mana orang boleh tengok. Jadi semua berlaku kerana minat nak cari duit. Ia tak sesusah kontrak gali lubang.
”(pekerjaan ini) Ia disanjungi. Datang orang jumpa ambil gambar nak tandatangan. Baik pula dengan wartawan, tulis bagus begitu begini. Tv nak keluar selalu sebab keluar tv RM1500 hingga RM3000 satu rancangan.
”Sebenarnya tv bayarannya murah. Kat luar lagi mahal. Itu aja,” ujarnya dalam satu ceramah umum di Parit Raja, baru-baru ini.
Sementara itu katanya, mencari rezeki adalah tumpuan utamanya kerana terikut-ikut dengan suasana masyarakat sekeliling yang hanya sibuk mengejar keduniaan dan pencapaian hidup tanpa mengira tanggung jawab kepada Tuhan.
”Kenapa saya suka cari duit? Sebab banyak keperluan. Untuk kasut, seluar, kereta, rumah. Benda ini tak mahu kasut murah. Nak Adidas. Baju tak mahu bundle. Rumah nak banglo. Kereta BMW. Nak,nak,nak. Nafsu. Kenapa nafsu besar?
”Kerana dunia keliling saya berlumba untuk penuhi nafsu. Jiran, kawan-kawan semua orang yang bangga tentang pencapaian hidup.
”Seperti result SPM. Berlumba-lumba paksa anak pergi sekolah mahal sebab nak kejar A. Anak ke sekolah. Bas ambil pukul 5.30 pagi. Subuh 5:45 pagi tak kisah. Biar pandai. Jangan tak pergi sekolah. Subuh tak solat tak apa, janji pergi sekolah cepat.
”Anak balik sekolah 6.50. Asar tak solat tak apa sebab kat sekolah tak sempat nak solat. Ini kehendak dunia.
Kita pula jenis orang yang ada tuntutan. Nak bayar itu ini.
”Saya pula makan gaji tak tentu. Maka kebanyakan orang mula beralih daripada Allah berpindah kepada bos (gaji). Semua berubah sistem kehidupan,” katanya lagi.
Rabu, 4 Januari 2012
Dasar BN Perlu Diubah Untuk Selamatkan Malaysia
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN – Rakyat negara ini disaran supaya menukarkan kerajaan BN kepada PR kerana dasar-dasar yang diperkenal kebanyakannya membebankan rakyat, kata Dr Syed Hamid Ali, Ketua Cabang PKR Batu Pahat.
Malah katanya lagi, Kerajaan BN tidak berusaha mencar alternatif bagaimana menangani suatu masalah yang melibatkan mata pencarian rakyat supaya tidak terjejas.
Menurutnya lagi, dengan mengambil contoh Keluasan hutan simpan paya laut yang dakwanya semakin mengecil dari 3000 hektar pada 1950 menjadi 61 hektar.
Hal ini, memberi erti bahawa jikalau dahulu di tebing sungai dipenuhi dengan banyak hutan bakau yang dianggarkan hampir 3000 hektar tapi kini ia tinggal 60 hektar sahaja.
”Berapa ribu % jatuh? Orang tahu hutan bakau ada udang beranak. Ada macam unggas dan ketam, tempat bertelor macam-macam ikan. Apabila sampai di laut, penuh pelbagai ikan jadi rwzeki kaum nelayan. Ikan nak bertelor kena pergi tepi pantai, selamatkan nelayan. Senang hidup dia.
”Kalau musnah hutan, apa akan jadi semua seperti musnahnya sarang burung. Pupuslah burung. Contoh runtuh rumah, ke mana nak pergi? Berukpun kalau kita tebang hutan tak ada nak pergi, akan pupus.
”Apa yang ada di laut adalah pembuangan toksid dari lapal-kapal. Apabila dah tercemar bagaimana?
”Di Pontian, dulu bergantung pada laut. Ke mana anak muda nak pergi? Kurang pekerjaan. Kalau di kliangpun orang tak ambil anak tempatan, ambil orang asing kerana kosnya murah.
”Apabila berlaku masalah, kita marah anak muda. Persalahkan mereka. Tapi dasar kita?” soalnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada satu majlis ceramah di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Selasa, 3 Januari 2012
Edar Risalah Provokasi Dikecam
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab berikutan perbuatan memburuk-burukkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dengan menampal dan mengedar risalah provokasi sekitar Parlimen Pontian, dekat sini, pertengahan minggu lepas.
Menurut Ketua Penerangannya, Sdr. Saiful Amri A. Suloh, pihak tersebut sudah melampau batas fikiran setelah gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia secara ‘super impose’ di edarkan sekitar daerah ini empat hari lepas.
Manakala, gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pula telah diedar pada hari berikutnya. Lebih menyedihkan lagi, badan tikus telah dipadankan pula dengan tubuh Mursyidul Am PAS itu.
”Politik mereka sudah melampaui batas dan tidak bertamadun.
”Saya mewakili DPPK Pontian memberi amaran kepada regim yang membuat provokasi dengan menampal poster menghina kepimpinan PAS di sekitar Parlimen Pontian. Berpolitiklah secara anak jantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Perbuatan itu, katanya dipercayai telah dilakukan kerana cemas menghadapi serangan Pakatan Rakyat (PR) di Pontian dan mula berasa gerun dengan perkembangan parti itu dipercayai sokongan rakyat semakin bertambah.
Katanya lagi, hal itu turut memberi petanda bahawa akan wujud satu gelombang perubahan dikalangan rakyat dan di Pontian ini tidak terlepas daripada menerima tempias yang sama.
”Petanda mereka nazak. Nazak yang sukar maut. Mautnya bilamana PRU 13 menjelang. Itulah petanda besar mereka menuju kematian,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya menghentikan sahaja perbuatan yang tidak bertamadun itu atau berdepan dengan kutukan daripada Allah SWT.
”Ini antara poster yang ditampal oleh pihak yang benci dengan kejayaan PAS. Di tampal sekitar bandar Pontian. Penghinaan poster ini terhadap Tok Guru, bilamana kepala Tok Guru dipadankan dengan badan tikus. Semoga Allah melaknat perbuatan mereka.
”Kepada regim yang menampal poster menghina kepimpinan PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu, Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Mujahid. Hentikanlah perbuatan kamu. Politik kamu sudah melampau batasan. Berpolitik, secara tamadun. Ketakutan regim di Pontian amat ketara sekarang,” katanya lagi.
Isnin, 2 Januari 2012
UMNO Gagal Tangani Politik Bertamadun
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN- ”Dia (UMNO) tak tahu cara nak tangani politik bertamadun. Hayat mereka di Putrajaya (hanya) menunggu hari,” kata Prof. Dr. Abd. Azizi Bari, Pakar Perundangan Negara.
Menurut beliau, dalam sistem demokrasi, tewas dalam Pilihan raya Umum (PRU) bukan suatu perkara yang pelik dan mustahil.
Namun apa yang menjadi kepelikan adalah tindakan pemimpin UMNO-BN yang tidak bersedia untuk menerima kekalahan.
”Tak apa kalah PRU. Kat Malaysia aja macam kiamat.
”Di UK. Parti Buruh tak dapat majoriti, bagi peluang kepada parti lain. Tak ada masalah. Tak takut.
”Bila (BN) kalah 1999 di Terengganu, bawa lori larikan fail. Ini kita tak mahu (satu) kelompok berkuasa sampai kiamat. Harta negara nak difaraidkan.
”Malaysia pelik contoh nak beli kapal selam. Apa nak jadi dengan negara kita? Kita kaya tapi masalah harta dibagi sesama sendiri. Buat projek bukan perlu tapi nak bagi kroni,” jelasnya lagi.
Beliau berkata dengan memetik kenyataan Tan Sri Mahyuddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bahawa Pilihan raya Umum (PRU-13) adalah ibu segala pilihan raya.
Beliau mendakwa bahawa UMNO-Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan kelemasan dan ketakutan pada tahap yang maksimum.
”(UMNO) gabra dan takut dengan PRU,” ujarnya ketika menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Markas Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana katanya pada Perhimpunan Agung UMNO umpamanya suasana keceriaan dan keyakinan itu tidak berlaku seperti dahulu.
”Dr Asri kawan saya. Dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO. Dia kata suasana itu berbeza dengan biasa. Tak ceria. Resah. Sebelum ini dengar Najib kata tetap nak pertahankan Putrajaya. Ini ganjil. UMNO kemungkinan dilihat, dia tumbang.
”Sekarang macam-macam berlaku. Penentu PRU kali ini bukan soal gelombang tapi yang tentukan ialah pengundi hantu. (United Myanmar National Organisation) diberi nama-akronim,” katanya bernada sinikal.
Sementara itu, beliau turut kesal dengan tindakan UMNO yang didakwa menyekat kebebasannya sebagai bekas ahli akademik.
Beliau berkata, walaupun ada pandangannya lebih condong kepada pembangkang, tapi itu bukan bermakna beliau telah menyertai mana-mana parti politik.
Abdul Aziz terlebih dahulu digantung dari UIA kerana mengkirtik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
”Saya bukan nak masuk politik. Tapi nak huraikan perlembagaan. Jadi proffesor Seperti al-Ghazali. Kenapa dia tulis kitab Ihya Ulumuddin?
”Ini watak dan sumbangan prof. Bukan dia (golongan cendiakawan) cakap orang tak faham. Ini jenis kangkong. Itulah layan orang macam UMNO,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut berkenaan hak kebebasan bersuara yang diamalkan dalam negara ini, beliau bagaimanapun berkata rakyat tidak diberi peluang untuk menikmati hak segala kebebasan yang ada setelah pelbagai akta diluluskan kerajaan UMNO-BN.
”Negara dah maju, tapi rakyat tak dapat nikmat hak segala kebebasan yang ada. Contoh BN lulus akta perhimpunan awam.
”Malaysia lebih teruk daripada Myanmar. Akta wajibkan penganjur beri notis terlebih dahulu. Denda dinaikkan. Polis boleh guna paksaan dan tak boleh protes tempat tertentu.
”Protes tujuan untuk lahirkan simpati. Kalau buat protes dalam stadium, siapa yang ada simpati.
”Kita perlu letakkan UMNO di kerusi pembangkang tapi masalah dia tak reti jadi pembangkang. Contoh di Selangor tak mahu jadi Jawatankuasa kira-kira. Pembangkang berlagak jadi kerajaan. Ini susah nak ajar bodoh sombong.” ujarnya lagi.
Ahad, 1 Januari 2012
Akan Dipulau Jika Mahu Tubuh Cawangan
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN – PAS Dun Benut menyelar sikap seorang pemimpin UMNO tempatan yang bertindak mengancam untuk memulau aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ketua PAS cawangan (penaja) Kampung Parit Tengah Benut, Sdr. Abd. Latiff.
Menurut Setiausahanya, Sdr. Zainubzabha Baharom, tindakan pemimpin itu disifatkannya sebagai ‘orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri’ dan hal ini boleh menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat.
Malah, beliau mempersoalkan dimanakah kewajarannya bertindak sedemikian dan ini menggambarkan yang mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa sokongan rakyat terhadap UMNO Pontian sudah mula terhakis sedikit demi sedikit.
”Dimana sikap gentleman mereka? Apa yang membanggakan, Jawatankuasa cawangan yang baru itu tidak mempedulikan ugutan tersebut malah bertekad untuk teruskan perjuangan kerana UMNO sudah tidak relevan sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Mtd-benut.blogspot.com semalam.
Beliau mengulas hal ini, berkenaan majlis pelancaran penubuhan PAS Cawangan Parit Tengah, Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa dan penyerahan borang PAS oleh Sdr. Abd. Latif bersama 30 orang yang lain kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor dekat sini, Jumaat lepas.
Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
Sementara itu, beliau menambah lagi dengan katanya selepas Pilihan raya (PRU) ke-12, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Pontian telahpun meningkat.
Hal ini, kerana ada tiga cawangan lain telah ditubuhkan dakwanya turut menerima nasib yang sama berikutan pelbagai provokasi dan tuduhan yang dilemparkan pada awal-awal penubuhannya.
”Cawangan pertama di Kampung Jelutong. Kedua, di Parit Betak dan ketiga, di Kampung Permatang Duku serta satu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan manakala satu lagi dalam proses (penubuhan) di perkampungan orang Asli.
”Di (cawangan) Kampung Jelutong awalnya ada tuduhan mengatakan nak tubuh ajaran sesat. Setelah dua kali ceramah diadakan, tuduhan itu senyap. Masyarakat mula sedar dan faham dengan kehadiran PAS.
”Di (cawangan) Pt. Betak dan Kampung Permatang Duku, sedikit kecoh dengan kehadiran Ir Nizar (ada pihak tidak bertanggung jawab) buat sepandok provokasi.
”Ini semua kerana kebimbangan mereka telah berada pada tahap maksimum,” ujarnya lagi.
Sabtu, 31 Disember 2011
HOSPITAL Pontian Perlu Dinaik Taraf : Ahmad Maslan Dikecam
Oleh : ibn_bacoks
PONTIAN – Blogger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Ramli mengecam tindakan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang membuat pelbagai kenyataan tentang kejayaan UMNO-Barisan Nasional membangunkan negara ini sebaliknya di kawasannya sendiri diibaratkan ‘jauh panggang dari api’.
Hal ini, katanya berikutan kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu yang dakwanya kurang peka kepada keperluan masyarakat di Pontian yang berkehendakkan supaya Hospital di daerah itu dinaikkan taraf.
Jelasnya lagi, Hospital Pontian yang telah dibina sejak seratus tahun lalu dakwanya masih berkeadaan biasa tanpa banyak perubahan yang boleh dibanggakan.
”Saya syoknya (seronok) berada di Pontian sebab ada menteri jaga Felda. Dia jaja ke sana sini. Makin kempen, makin peneroka tolak Felda. Rupa-rupanya orang sudah tak percaya.
”Akhirnya ramai yang protes. Di Bera ramai pemimpin UMNO kata, baik ikut PAS.
”Saya sedih di Pontian. Bila tengok Ahmad Maslan berceramah hebat. Pergi Hospital Pontian ! sampai hari ini macam itu aje. Dari tahun 1917 hingga sekarang dah dekat 100 tahun hidup (beroperasi). Dia cakap kat Felda di Bera, ada bangunan canggih.
”Takkanlah tak nampak (keadaan) Hospital (Pontian). Bagi saya Ahmad Maslan tak nampak di Kawasan sendiri. Rakyat Pontian nak buat perubahan. Hospital kena naik taraf. Ini isu di kawasan ini.” tegas beliau lagi dengan merujuk kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Sementara itu, bekas calon PKR DUN Kemanyan di Parlimen Bera itu turut menegaskan bahawa jentera penerangan parti di setiap peringkat harus digerakkan semaksimum yang mungkin.
Dengan mewujudkan satu blog di setiap cawangan katanya mempunyai kelebihannya tersendiri dan hasil penulisan itu perlu diedar ke seluruh pelusuk kampung supaya masyarakat memiliki maklumat yang tepat dan benar.
”Peranan Blogger penting. Tapi macam mana nak sebarkan. Pertama, jangan lupa buat blog satu cawangan satu blog.
”Kedua, mesti print. Tapi mesti disebarkan di Masjid-masjid. Berita-berita panas,” katanya lagi sebagai bekas calon yang kalah dalam pilihan raya kerana majoriti pengundinya adalah dikalangan orang Asli.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Langgan:
Catatan (Atom)