| Hazayani Zakaria |
|
Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri. Jabatan Pilihan Raya DPPM hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini. Memorandum tersebut menuntut KDN menjalankan penyiasatan ke atas isu ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap negara. Selain itu, KDN digesa memerangi tindakan ini semaksima mungkin dan tidak membiarkan tindakan in berlaku pada masa akan datang. Turut dituntut agar pihak yang terlibat dalam konspirasi ini didedahkan kepda umum sebagai pengajaran kepada orang ramai dan memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab. "Pemuda PAS merasakan tindakan menukar status taraf pemastautin tetap kepada warga negara adalah kerja politik untuk meneruskan kesinambungan tampuk kekuasaan parti yang memerintah. "Ia bukan semata-mata kerana kesilapan teknikal yang menyebabkan status mereka dalam pangkalan data jabatan Pendaftaran Negara tidak dikemas kini sperti mana jawapan klise JPN sebelum ini," katanya selepas penyerahan memorandum di bangunan KDN, dekat sini. Sany turut menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga gagal memberikan penjelasan, DPPM akan mengadakan perhimpunan aman ke Istana Negara meminta Yang di-Pertuan Agong campur tangan. "Jika Perdana Menteri pun tidak mempedulikan tuntutan kita, pemuda akan mengadakan perhimpuann aman ke istana negara untuk menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. Kesal isu dipandang remeh Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil kesal dengan sikap Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak serius untuk menyelesaikan isu ini mahupun sekurang-kurangnya menerima sendiri memorandum tersebut. "Menteri hanya hantar pegawai yang masih muda dan ternyata tidak boleh membuat apa-apa kenyataan. "Padahal kami sudah hantar surat awal-awal lagi, maklumkan untuk serah memorandum ini," katanya. Memorandum mengandungi segala bukti mengenai PR mendapat kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pemilih itu hanya diserahkan kepada pegawai KDN, Mohd Faliq Mustafa Kamal. Mengulas lanjut mengenai cadangan memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Ketua Penerangan DMPP, Suhaizan Kaiyat berkata, dalam lapan tuntutan Bersih 2.0, ada disebut mengenai pembersihan daftar pemilih namun tidak disebut mengenai 'pengkhianatan kepada negara' dengan memberi keraytan kepada warga asing. Justeru katanya, DPPM sendiri harus membawa isu tersebut ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agung. "Pemuda kena mendahului Bersih dalam perkara ini kerana tuntutan Bersih ada mengenai pembersihan daftar pemilih tapi tidak menyebut mengenai pemberian kad pengenalan kepada pemastautin tetap sekaligus boleh mengundi. "Sejarah datuk kepada Hishammuddin, Datuk Onn Jaafar, beliau mencadangkan seseorang warga asing perlu mengambil masa 20 tahun untuk mendapat kerakyatan tapi masa cucunya (Hishammuddin), boleh sewenang-wenangnya beri kerakyatan untuk orang luar jadi warga negara," katanya. |
Khamis, 11 Ogos 2011
Isu PR: KDN diberi masa 7 hari
Tidak mustahil 'SPR' didaftar sebagai pengundi
| Aziz Muda |
|
Kejadian yang mengaibkan itu tidak mustahil berlaku berdasarkan perkembangan terkini yang jelas menunjukkan SPR semakin hilang kewibawaannya sehingga menjadi pertikaian pelbagai pihak. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kelucuan yang dicetuskan oleh SPR dengan mencatatkan 'Kg Baru' sebagai salah seorang pengundi di kawasan Besut berlaku awal minggu ini, susulan dari beberapa kesilapan lain yang dilakukan oleh badan itu. Menurut beliau, sebelum ini, kewibawaan SPR sering menjadi pertikaian orang ramai apabila beberapa nama dikesan sebagai pengundian bertindih dengan jumlah yang amat besar di seluruh negara. Katanya, namun kesilapan SPR mencatatkan 'Kg Baru' sebagai salah seorang pengundi ternyata lebih ketara sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai sama ada kesilapan itu disengajakan atau tidak. "Masalah pengundian bertindih sehingga kini masih belum dapat dibersihkan oleh SPR walaupun ia telah berlaku sejak puluhan tahun lalu. "Kegagalan SPR menyelesaikan masalah itu menjadikan orang ramai semakin hilang kepercayaan terhadap SPR, apatah lagi kini jumlah pengundian bertindih di negara kita semakin meningkat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. SPR sebagai badan pendendali pilihanraya di tanah air, menurut beliau, diyakini gagal menyelesaikan masalah pengundian bertindih ekoran menerima tekanan dari kerajaan BN yang ditunjangi Umno yang memerintah negara. Katanya, kegagalan SPR menyelesaikan masalah itu samalah juga dengan kegagalannya menerima pandangan baik dari orang ramai termasuk Pakatan Rakyat, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan beberapa NGO lain agar SPR melaksanakan pilihanraya di negara kita dengan adil dengan melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Lapan tuntutan itu terdiri daripada bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. "Ketika tuntutan itu hangat disuarakan sehingga Bersih 2.0 turut menganjurkan himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, SPR bukan sekadar tidak mengambil kira pandangan baik dari pelbagai pihak, tetapi memperkenalkan pula sistem biometrik untuk dilaksanakan dalam pilihanraya di negara kita. "Ketika orang ramai sedang hangat memprotes cadangan untuk menggunakan sistem biometrik, nama 'Kg Baru' pula turut muncul sebagai pengundi. Pada hal 'Kg Baru' itu nama tempat, bukan nama orang, tetapi tiba-tiba dah bertukar menjadi orang. "Kesilapan itu merupakan satu kesilapan amat besar dan tidak sepatutnya berlaku. Berlakunya kesilapan itu pula turut diyakini mempunyai muslihat tertentu. "Jadi dengan itu, suatu hari nanti, tidak mustahil jika SPR yang juga bukan orang turut dicatatkan sebagai pengundi oleh SPR sendiri yang juga tentunya mempunyai muslihat tertentu untuk membantu memenangkan Umno BN dalam pilihanraya," katanya. Semalam, pihak SPR seperti yang dilaporkan media tempatan bagaimanapun telah mengakui kesilapannya mencatatkan 'Kg Baru' sebagai pengundi dan memaklumkan nama sebenar individu yang dimaksudkan itu seperti yang terdapat dalam daftar pemilih terkini SPR yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Dalam menjawab protes rakyat termasuk PAS dan Pakatan Rakyat beberapa hari lalu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetap bertegas mengatakan SPR telah melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan adil. Alasan yang sering diulang-ulangnya itu, sekiranya SPR tidak melaksanakan pilihanraya dengan adil, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan menang di empat buah negeri dan berjaya memerintah empat buah negeri tersebut dalam PRU Ke-12 lalu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, alasan yang diberikan oleh Datuk Wan Ahmad itu ternyata tidak berasas kerana tidak adil dalam pilihanraya dengan menang dalam pilihanraya dua perkara yang berbeza. "Perkara ini samalah seperti pengadil yang tidak adil dalam perlawanan bola sepak. Disebabkan pengadil itu berpihak pada satu pihak, pemain pihak yang satu lagi yang tidak melakukan kesalahan pun dikatakan bersalah dan dikenakan tindakan. "Pada hal pemain itu tak melakukan kesalahan pun dengan hanya mengambil bola di kaki, tetapi dikatakan mengasari pemain lawan, bola tak kena tangan dikatakan kena tangan hingga diberikan tendangan percuma kepada pihak lawan dan sebagainya. "Namun kesudahannya, pasukan yang menjadi mangsa ketidakadilan dalam perlawanan itu juga yang menang. Disebabkan pasukan itu juga yang menang, bolehkah pengadil mengatakan dia sudah bertindak adil dalam mengadili perlawanan itu, sedangkan semua orang tahu dia tidak adil. "Pada pandangan orang ramai sendiri, kemenangan itu sebenarnya bukanlah kerana pengadil yang adil, tetapi disebabkan kepandaian pemain-pemain yang menjadi mangsa ketidakadilan itu," katanya. Keadaan itu, menurutnya, samalah juga dengan kemenangan yang diperolehi oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-12 lalu hingga berjaya memerintah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang bukannya disebabkan sikap dan tindakan SPR yang adil kepada Pakatan Rakyat, tetapi kerana Pakatan Rakyat kuat dan disokong oleh majoriti pengundi. "Dengan itu, kemenangan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dijadikan bukti oleh SPR tentang keadilannya kerana dalam demokrasi, pihak yang menang adalah yang mendapat undi yang banyak dari rakyat. "Begitulah juga di negara kita. Kemenangan Pakatan Rakyat itu adalah kerana Pakatan Rakyat disokong oleh rakyat yang tertindas akibat kezaliman Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama," jelasnya. Beliau menasihatkan SPR agar tidak terus terpedaya dan membiarkan dirinya terus menjadi alat Umno BN bagi membolehkan SPR muncul sebagai pengadil yang adil, baik dan dihormati oleh seluruh rakyat negara ini. "Kini kewibawaan SPR sudah semakin tercalar teruk. Jadi, SPR perlu memperbaiki dirinya agar tidak terus menjadi alat Umno BN yang ternyata sudah semakin ditolak oleh rakyat," ujar beliau. |
Isnin, 18 Julai 2011
Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam. Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih. “Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu. "Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi. Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan. "Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru. Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad. Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais. |
Solat jenazah Dr Lo' Lo' jam 10.30 pagi
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini. Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz. Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. |
Dr Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi
| Harakahdaily |
|
Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. "Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. |
Khamis, 14 Julai 2011
BN dilanda Xantho Phobia
| Harakahdaily |
(Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN) Beliau mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini. |
'Kedah haramkan pusat hiburan semasa Ramadan'
Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu.
MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.
Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub.
Azizan juga dilaporkan berkata, persembahan langsung penyanyi di bar, hotel, restoran, kedai makan dan tempat yang mudah diaskes oleh orang awam tidak dibenarkan.
Dilaporkan semua kedai makan Cina yang menyediakan makanan untuk pelanggan antarabangsa dibenarkan beroperasi seprti biasa, termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut.
Pemuda PAS sedia gerakkan Bersih 3.0
| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 13 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat, sedia menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat. |
Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah
| Rizal Tahir |
|
|
Penganut agama lain digalak pelajari Islam
| Harakahdaily |
| KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia. “Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis. Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’. Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”. “Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam. “Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir. Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’. Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum. “Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya. |