Rabu, 21 Oktober 2009

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh



Oct 21, 09 11:43am (Malaysiakini)
Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.
Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Bubar DUN, PR Perak sudah bersedia

Nazri Abdullah Wed Oct 21, 09 3:39:23 pm MYT

Pakatan Rakyat Perak tidak menolak kemungkinan desas desus bahawa Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan akan berlaku dalam masa terdekat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu spekulasi yang sedang bertiup kencang di negeri itu sekarang ini ada asasnya.
Antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri dan keyakinan BN selepas menang pada Pilihan raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu.
"Kemungkinan besar akan berlaku. Ada beberapa asas untuk saya berkata begitu, antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri sekarang, contohnya GLC tidak berfungsi, masalah ketua kampung kena pecat dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi.
"selain itu, mereka juga sudah berkeyakinan diterima rakyat selepas menang di Bagan Pinang, dan yang paling akhir sokongan rakyat pada pelancaran 1Malaysia yang dilancar Datuk Seri Najib di sini baru baru ini."
Bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku, PAS negeri katanya sudah mula menggerakkan jentera mereka bagi memastikan kerajaan negeri Perak kembali kepada Pakatan Rakyat.
"Kita sudah bersedia lama, dan terbaru pada 17 Oktober baru-baru ini kami telah mengadakan taklimat kepada seluruh PAS kawasan sebagai persediaan berdepan pembubaran DUN," katanya.
Mengulas isu sama, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng juga yakin BN akan membubarkan DUN perak berasakan kemenangan besar pada PRK Bagan Pinang.
Menurutnya jika benar, ianya bertepatan dengan desakan rayat negeri itu selama ini yang mahu kerajaan negeri dipilih semula oleh mereka.
"Jika benar, ini memang hasrat rakyat. Mengikut pungutan suara gabungan NGO yang diumum minggu lalu, 10 ribu yang ditemuduga, 92.15 peratus bersetuju DUN Perak dibubarkan," katanya ketika ditemui di parlimen pagi tadi.
Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, pakatan Perak sememangnya menunggu perkara itu berlaku sebagai penyelesaian terbaik kemelut negeri itu yang sudah berlarutan hampir sembilan bulan lalu.
"Kita bersiap sedia sepanjang masa, kita yakin prestasi 10 bulan memerintah Perak dan sengat kerjasama PAS-DAP-PKR memmbuatkan rakyat akan bersama kita," ujarnya.
Krisis perlembagaan negeri Perak sekali lagi bakal mendapat perhatian apabila Speaker Pakatan, V.Sivakumar dan Speaker BN, R.Ganesan masing-masing memanggil sidang DUN pada tarikh sama 28 Oktober ini.
Kesemua ADUN pakatan mahupun BN telah menyatakan komitmen untuk hadir pada persidangan tersebut berdasarkan notis panggilan dari Speaker masing-masing.

19 Tahun Kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Sebagai MB Kelantan

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan
Wan Nik Wan Yussof Wed Oct 21, 09 2:34:55 pm MYT

ANALISA

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.

Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.
Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.
Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri ? falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran ? sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.
Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Pengorbanan untuk generasi muda
Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.
Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat.
Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak.
Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'.
Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan.
Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.
Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan ?ilmu tuan guru? bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya.
Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.
Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar.
Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:
1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,
2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,
3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,
4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,
5. sawah bendang menguning setiap musim,
6. hutan dan lurah sedia ditereskan,
7. kadar kemiskinan menjunam turun,
8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,
9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,
10. taman perumahan melebar ke serata negeri,
11. bandar lama dan baru makin berkembang,
12. kehadiran pelancong terus melonjak,
13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,
14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,
15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun
16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan
17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi
18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku
19. punca hasil baru terus diterokai
20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.
Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.
Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Selasa, 20 Oktober 2009

Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royalti

Salmah Mat Husain, (Harakahdaily)
Tue | Oct 20, 09 | 4:08:08 pm MYT
KOTA BHARU, 20 Okt: Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Baginda berkata demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang kedua Dewan Negeri Kelantan yang ke-12.

Titah Tengku Faris lagi, baginda mendapat maklum pengeluaran gas dan minyak di perairan Kelantan telah berjalan sekian lama.

"Berasaskan data dari Jabatan Perangkaan yang diedarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh Negara bagi tahun 2005 hingga 2008 sebanyak 5.4 peratus setahun.

"Kadar berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sabah, mengikut catitan berkenaan juga pengeluaran petroleum dari negeri ini telah bermula sejak tahun 2005 lagi," titah baginda lagi.

ImageBaginda berkeyakinan dengan semangat Persekutuan yang ada, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang menghendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Tengku Faris seterusnya bertitah, baginda difahamkan jarak kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan seperti Join Development Area (JDA) dan Commercial Arrangement Area (CAA) dan lain-lain pelantar yang paling hampir dengan negeri ini.

Tegas baginda lagi, kedudukan strategic itu membolehkan Kelantan memainkan peranannya untuk mendapatkan limpahan aktiviti berkaitan seperti pembekalan bahan keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal, gudang simpanan, industri berkaitan dan lain-lain lagi.

"Beta juga berharap petronas dan Kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti berkaitan di bumi Kelantan berdasarkan kedudukan negeri ini paling hampir dan ianya sudah tentu memberikan kelebihan ekonomik yang tidak boleh diragukan lagi," ujarnya.

Baginda juga turut difahamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memperbaharui cadangan menjadikan Tumpat dan Bachok sebagai zon khas untuk ekonomi berasaskan petroleum kepada Kerajaan Pusat.

Titah baginda, langkah berkenaan begitu baik dan diharapkan Kerajaan Pusat dalat bertindak secara bijaksana dalam melaksanakan usaha itu.

"Beta juga berharap segala lesen dan kelulusan dari Kerajaan Pusat untuk apa-apa tujuan yang telah beta nyatakan tadi dapat dipermudahkan.

"Jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak diperairan Kelantan dapat dikembangkan dan aktiviti industri berkaitan petroleum dapat dibangunkan di negeri ini, sudah tentu ianya dapat menyumbangkan kepada pemulihan ekonomi Negara khususnya sewaktu kegawatan ekonomi ini,�titah baginda lagi.

Pada masa yang sama baginda turut menghingatkan pihak berkenaan supaya melaksanakan segera projek pembangunan yang telah dirancangkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan tempoh itu semakin berakhir.

Titah baginda, sejak tahun 2006 hingga ke hari ini pelbagai projek pembangunan di bawah RMK9 yang telah dirancang dan dilaksanakan di negeri ini dengan peruntukan berjumlah lebih RM7.6 Billion.

"Projek pembangunan yang dirancang itu perlaksanaannya tidak mengikut jadual yang ditetapkan dan ada diantaranya pula masih belum dimulakan lagi walaupun tempoh RMK9 akan berakhir pada tahun 2010,"titah baginda


Ketelusan Dalam Tadbir Urus Masih Menjadi Isu Utama.

Laporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam. Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.

Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.

Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Saya percaya perkataan yang tertera dalam Laporan Audit sedikit “diplomatik.” Sesungguhnya ada bukti jelas seumpama penangguhan dan memesan secara lebih bahan untuk projek tersebut sudah cukup buat kita menyiasat jika wujudnya sebarang penyelewengan

Ternyata perkara asas seperti tadbir urus dan ketelusan tidak boleh dipandang remeh. Ketika mendung kelembapan ekonomi masih terasa, wajarlah pengurusan ekonomi mengambil langkah segera memperbetulkan dasar sumbang sebegini. Janganlah asyik mencipta gambaran ekonomi selesa walhal rakyat akan terkesan dari pemborosan serta ketirisan akibat kegelojohan penguasa.

ANWAR IBRAHIM

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

(sumber-blog cina islam)

Email : Zamri Keciks


Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS

Harakahdaily
Tue | Oct 20, 09 | 8:36:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut.

Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.

"Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.

"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

ImageSelain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000.

"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa.

Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus.

"Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa.

"Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya.

Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor.

"Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya.

Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina.

"Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau.

Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster.

Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya.

Gempar 35 sejadah berdiri di surau

(Malaysiakini)
Okt 20, 09 6:29pm
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

PR komited perkukuh hubungan, konvensyen bulan Disember

Nazri Abdullah (harakahdaily)
Tue | Oct 20, 09 | 6:52:51 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada diperingkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam pakatan rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat parti keadilan rakyat PKR.

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.

ImageBagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut.

Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pepimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut.

"Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan.

Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang.

Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut

Sabtu, 5 September 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

Sep 4, 09 3:21pm (malaysiakini)

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13. Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan. "Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya. Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.
"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.
Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.
Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).
"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.