Ahad, 24 Jun 2012

Pendedahan PAR Permas Dapat Respon HSA

Blog Ibn75.wordpress.com

PASIR GUDANG – Pendedahan yang dilakukan PAR berhubung dakwaan ibu bapa pelajar tingkatan empat, Mohd Haiqal Nor Azman yang koma selepas diberikan suntikan mendapat penjelasan daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut Timbalan Pengarah Hospital yang dipetik Sinar Harian, Dr Jamaluddin Ahmad berkata, Mohd Haikal telah dimasukkan ke HSA pada 25 Januari lepas kerana mengalami sakit perut, demam, sesak nafas dan kekuningan selama tiga minggu.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya meklumkan ibu pesakit bahawa anaknya itu pernah mandi di air terjun pada Disember tahun lepas.

”Pada hari kemasukan, pesakit telah didiagnosa mengalami penyakit ‘leptos ironis’ dan kemungkinan ‘liver abscess’.

”Pada 26 Januari, pesakit telah menjalani abdomen dan hasilnya menunjukkan pesakit mengalami penyakit ‘budd chiari syndrome’,” katanya lagi.

Dr Jamaluddin berkata, penyakit berkenaan jarang berlaku yang mana hanya satu dalam sejuta.

Katanya, antara komplikasi penyakit ini ialah pesakit akan mengalami kegagalan hepar (hati) dan jangkitan kuman.

Ibn bacok sebelum ini melaporkan tuntutan ibu bapa Haikal yang mahukan pihak hospital mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan anaknya koma dan lumpuh selepas mendapatkan rawatan.

Peti Undi Tampok Bakal Ditawan Pada PRU 13



Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – Sambutan yang diberikan penduduk tempatan pada program Hari Keluarga PAS Cawangan Sungai Besar dekat sini membayangkan Pakatan Rakyat (PR) bakal beroleh kemenangan di Unit Peti Undi (UPU) Tampok bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua Pemuda Cawangannya, Mohd Rizal Akmar bahawa UMNO di kawasan tersebut didakwa kurang memberi perhatian kepada masalah setempat yang dihadapi penduduk.

Ekoran itu dakwanya, para penduduk telah menjadikan PAS sebagai tempat aduan bagi memanjangkan isu-isu tempatan ke peringkat atas.

”Masalah jalan alternatif dari Tampok ke Parit Betak, sejak 20 tahun lebih penduduk memohon tiada tindakan diambil. Apabila diajukan masalah ini kepada PAS cawangan. Kita cuba usahakan, alhamdulillah tak sampai sebulan diluluskan peruntukan jalan dan jambatan baru,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Keluarga PAS Cawangan dan Sukaneka PASTI UPU Tampok, dipekarangan PASTI Al-Hirak, Pekan Tampok dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Sehubungan itu, katanya gerak kerja menyantuni masyarakat telah giat dijalankan dan beberapa isu setempat sudah dikenalpasti dipercayai UMNO semakin tertekan dengan setiap program yang dilaksanakan oleh pihaknya.

”Kami sudah menerima aduan lain seperti masalah perparitan antara Parit Sungai Besar, Parit Hassan dan sekitarnya yang tidak diurus dengan baik hingga menyebabkan banjir termenung berlaku.

”Disamping itu, jalan yang tidak diturap di tampok laut yang bersempadanan dengan Parit Wak Kawek. Bayangkan, yang ditarnya separuh, bakinya ditinggalkan.

”Begitu juga, belia menginginkan satu gelanggang futsal di Tampok supaya dibina dan banyak lagi isu yang bakal digegarkan di peringkat peti undi Tampok ini,” tegasnya lagi.

Aduan Kepada SPRM Akan Dibuat Kalau Tiada Tindakan


Blog Ibn75.wordpress.com

KLUANG – Badan Bertindak Rumah Terbengkalai Fasa Empat Taman Seri Lambak dekat sini, tidak akan teragak-agak menyerahkan kes projek perumahan yang terbengkalai sejak 11 tahun lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya tiada tindakan diambil daripada pihak berkenaan.

Menurut Pengerusinya, Mustafa Saidi, pihaknya merasakan ada unsur ke arah tersebut setelah menyemak surat daripada pihak terlibat yang kini dikumpulkannya sebagai bukti penat lelah pembeli dalam memperjuangkan hak mereka untuk membeli rumah yang lebih selesa.

”Kami harap sangat agar masalah ini dapat diatasi segera dan tidak teragak-agak mahu mengutarakan permasalahan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah, mahu beliau campur tangan dalam masalah rumah terbengkalai ini,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Akhbar harian itu sebelum ini melaporkan kira-kira 89 pembeli rumah terbabit merayu pihak bertanggungjawab agar meneruskan pembinaan projek berkenaan kerana tidak sanggup terlalu lama dan menanggung beban sewa sejak tahun 2001 lagi.

Mustafa turut dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya telah berjumpa dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyelesaikan kekusutan yang berpanjangan ini.

Pembeli katanya, turut menghadapi pelbagai kesusahan dan penderiaan demi memperjuangkan agar pembinaan rumah Fasa Empat ini dijalankan.

Jumaat, 22 Jun 2012

Dr Mohamad Taslim Aktif Dalam DUN


Blog Ibn754.wordress.com

NUSAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS-Maharani, Dr Mohamad Taslim dilihat antara pemimpin pembangkang yang aktif mengemukan beberapa soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ke 13 dekat sini.

Antara soalan yang menarik dikemukakannya adalah  berhubung soal peruntukan kepada saudara baru di negeri ini dan program yang melibatkan komuniti itu.

Bagaimanapun, soalan beliau telah dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Othman dengan katanya program seperti Kelas mingguan, sambutan Awal Muharam, Maulidrurrasul, Israk Mikraj dan awal Ramadhan adalah aktiviti untuk meningkatkan fahaman dan akidah mereka.

Datuk Zainal turut dilaporkan berkata. Sejak tahun 2008 hingga April lepas, seramai 3853 saudara baru memeluk Islam di negeri ini dengan kaum Cina mencatat bilangan tertinggi iaitu 815 orang.

Katanya, jumlah tersebut diikuti kaum India (683), Iban (626), Kadazan (225), Orang Asli (257), Warga asing (687) dan lain-lain (395).

Dalam pada itu, Dr Mohamad turut menyentuh soal bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), telah dijawab oleh Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan, Dr Robia Kosai iaitu berlakunya kes bayaran dua bulan sekali disebabkan kajian semula dan klien tidak dapat dihubungi selain tidak mengambil wang bantuan di pejabat JKM.

Kehadiran Rombongan Luar Petanda ‘Perantau’ Sokong PR


Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menegaskan bahawa kehadiran beberapa buah bas daripada luar negeri itu pada program pra Himpunan Hijau Ke Putrajaya dekat sini, merupakan anak-anak Johor yang berada di perantauan.

Hal ini katanya menunjukkan bahawa mereka turut inginkan perubahan boleh berlaku di negeri kelahiran mereka manakala hasrat itu diterjemahkan dengan kehadiran di program tersebut.

‘ Ini menunjukkan sokongan orang Johor di perantauan untuk tumbangkan UMNO – BN. Kalau PAS perintah, tak ada rasuah, penyelewengan. Insya Allah, kita kerja keras bersungguh-sungguh. Kita teruskan kerja Islam. Dalam masa yang sama kita raikan bangsa lain,” tegas beliau lagi.

Sementara itu, beliau menolak dakwaan yang PAS merupakan kuda tunggangan DAP sebaliknya dakyah ini terus dimainkan UMNO kerana dianggap talian hayat bagi mereka untuk kekal memerintah.

”UMNO takut orang Melayu sokong PAS. Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, dia (dakwa) PAS kuda tunggangan DAP. Ini isu perkauman yang dimainkan UMNO.

”(Kalau betul dakwaan itu) PAS Johor bertanding di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih separuh. Kalau menang, mustahil PAS jadi kuda tunggangan DAP.

”(ini kerana) DAP hanya bertanding 14 kerusi. Kenapa (buat) tuduh(an yang tidak betul). Ini talian hayat bagi UMNO,” katanya lagi.

Khamis, 21 Jun 2012

Belum Reda dengan Hijau, Kini Oren Bakal Menyinga

Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Belumpun reda dek bahang kepanasan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya, sekali lagi ada pihak akan terganggu ‘tidur’nya apabila satu himpunan secara besar-besaran akan dianjurkan dalam waktu terdekat ini.

Kali ini, nyata memberikan gambaran bahawa ‘garam’ dan ‘botol’ yang dijadikan alasan buat pihak yang punya ‘kuasa’ sebagai cara untuk menggulingkan orang yang ber’kuasa’ tidak melunturkan atau alasan untuk memperlahankan gerakan apa yang dipanggil ‘demo jalanan’.

Mazlan Aliman, Ajk PAS Pusat membayangkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dijadualkan diadakan pada 14 Julai ini di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga pengerusinya berkata, Himpunan yang diberi nama Himpunan oren itu akan disertai lebih 20,000 orang sebagai usaha menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Disamping itu, perarakan itu turut dibuat dengan penyerahan memorandum bagi memohon campur tangan Yang Di Pertuan Agong.

Mazlan berkata, peserta akan berkumpul di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta dan berarak menuju Istana Negara yang baru, di situ bermula jam 2 petang.

Malah, Tuan Guru Dato’ Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dijangka akan mengetuai perarakan itu, termasuklah dikalangan badan budan kerajaan (NGO) kerana surat undangannya sudahpun dihantar.

”Peguam kami kini di persiapan terakhir untuk menghalang penyenaraian ini, termasuk memohon injunksi mahkamah kerana kita telah guna pelbagai cara bagi menghalang FGVH disenaraikan.

”Kami mahu kerajaan memikirkan semula penyenaraian ini yang melibatkan 97 peratus orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAR Kempas Serah Memo Kepada MB

Blog Ibn75.wodpress.com

JOHOR BAHRU – Akibat kegagalan pemaju perumahan menyiapkan projek perumahan di Taman Desa Kempas dekat sini, pembeli kediaman kos rendah dan sederhana terbabit mahu kerajaan negeri campur tangan.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas, Suhaizan Kaiat, pihaknya telahpun mengaturkan satu pertemuan dengan pihak kerajaan negeri dengan menghantar memorandum pembeli bagi membincangkan isu berkenaan semalam.

Kira-kira 10 penduduk yang mewakili 666 pembeli rumah terbabit menyerahkan memorandum kepada Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan, Abdul Rashid A Rahman yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Ahmad Zahri Jamil di pekarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar dekat sini.

Memetik kenyataannya di Sinar Harian sebelum ini, Suhaizan berkata pada pertemuan tersebut, pihaknya mahu kerajaan negeri selaku pemilik tanah di kawasan berkenaan menerusi Menteri Bersar atau wakilnya iaitu Exco Kerajaan Negeri supaya dapat bertegas dalam hal ini.

”Dan kemungkinan sahaja yang kami jangkakan iaitu sama ada pemaju sedia ada disingkirkan atau teruskan perkhidmatannya bagi menyiapkan projek ini. Bagaimanapun, pembeli sudah tidak mampu untuk memberi peluang lagi.

”Sebelum ini, kami sudah memberi peluang kepada pemaju, namun mereka masih gagal untuk menyiapkan projek seperti dikatakan. Kita mahu Kerajaan Negeri bertimdak untuk menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Akhbar milik bumiputra terbesar di Malaysia itu sebelum ini telah menyiarkan laporan berhubung kegagalan pemaju perumahan terbabit menyiapkan projek perumahan di Taman Desa Kempas sejak 8 tahun menunggu.

Pembeli kediaman terbabit turut mendesak Kerajaan Negeri supaya memberikan perhatian serius kepada perkembangan projek perumahan terbabit.

Selain itu, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar dicadang untuk membuat keputusan bagi menukar pemaju sedia ada kepada pemaju baru yang dilihat sebagai penyelesaian tepat berhubung kes berkenaan.

Rabu, 20 Jun 2012

Ikrar PKR Johor Mahu Bersama Tumbangkan UMNO-BN




Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – PKR negeri Johor menyatakan ikrar tanda kebersamaan dengan pakatan pembangkang bagi menumpukan usaha ke arah menumbangkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional di negeri ini.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Naib Pengerusinya, Hasan Karim dengan katanya UMNO-BN yang dekat dengan persepsi seperti pengamalan rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman sewajar sudah tidak layak mendominasi kerajaan hari ini.

Sebaliknya, dengan menumbangkan UMNO-BN katanya adalah cara yang terbaik bagaimana melahirkan satu kerajaan yang adil, telus dan beramanah.

”Kita nak rakyat tahu. Kita nak tolak kerajaan yang buruk dan nak naikkan kerajaan yang baik. Kita (PR) nak turunkan UMNO-BN yang rasuah dan nak naikkan PR (Pakatan Rakyat) yang telus serta amanah.

”Dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13, kita nak jatuhkan BN yang zalim dan nak naikkan PR yang adil,” tegas beliau lagi.

Hasan berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam program pra Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di pekarangan Markas PAS cawangan Sagil, Parit 2 Sagil, Tangkak, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor.

Difahamkan, kemuncak program yang dijadualkan pada 29 ini akan diadakan di Dataran Dahlia, Johor Bahru.

Aduan kepada Biro Pengaduan Awam Akan Dibuat



Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – Program Dialog Kemasyarakatan anjuran bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dekat sini memperlihatkan kegagalan agensi kerajaan tertentu untuk hadir meskipun surat jemputannya telah diedarkan.

Menurut Pengarah Program, Ibrahim Abdul Rahman, berikutan dengan tindakan itu pihaknya akan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam sebagai langkah awal bagi mengelak kejadian seperti itu tidak berulang pada masa depan.

Difahamkan, penganjur turut mengundang ahli Parlimen Pontian, YB Ahmad Maslan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang dan Benut bagaimanapun mereka tidak hadir.

”Antara agensi Kerajaan yang tidak hadir ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), DO, Pejabat Tanah dan beberapa agensi terbabit,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Mesra dan Dialog antara masyarakat dengan pemimpin dan agensi kerajaan di Kampung Sri Dungun, Pontian Besar, Pontian dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Dr Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian, Hj. Arif Yaakob, Ketua Kampung Mukim 3.

Pada majlis yang sama, para penduduk telah membangkitkan isu seperti proses penempatan semula Kampung Sri Dungun, Isu pencerobohan Hutan Simpan Kuala Sanglang, Benut, isu jenayah dan isu kebajikan.

Terdahulu, penganjur berjaya mengumpulkan wakil-wakil agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan  Polis Diraja Malaysia (PDRM). Manakala wakil badan bukan kerajaan (NGO) pula terdiri daripada Jaring, Sahabat Alam Sekitar (SAM), Komuniti Nelayan Sanglang, Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Badan Bertindak Kampung Orang Asli Mahkota Pontian.

Selasa, 19 Jun 2012

Prestasi Cemerlang Pada PRU 12 Akan Dikekalkan


Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – PAS Johor melahirkan keyakinan yang teguh bahawa parti Islam itu akan mengekalkan prestasi pada 2008 dengan cemerlang dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa pemimpin PAS di negeri ini memiliki ketokohan yang mengkagumkan setelah dibuktikan dalam pilihan raya 2008 iaitu dua kerusi berada di dalam genggaman parti Islam itu.

”Sejarah PAS Johor. Kita bangga diatas pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu hari ini alhamdilillah tokoh Johor seperti Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS negeri kita saksikan semakin cemerlang.

”Dan ini memberi keyakinan dalam era pimpinan beliau dua DUN (Dewan Undangan Negeri) iaitu Maharani dan Sungai Abong dapat ditawan.

”Kita juga bangga dengan pencapaian DAP kerana turut berjaya menawan 4 kerusi. Ini bermakna kita (pakatan pembangkang) memiliki 6 kerusi. PRU 13 nanti (kita bekerja bersungguh-sungguh) Johor milik kita,” katanya lagi.

Salahuddin turut menambah dengan katanya tiada kerajaan yang boleh kekal selamanya dan hal itu punyai kaitan dengan urusan Allah swt.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada barisan kepimpinan negara ini bahawa Johor yang dianggap kubu terakhir buat UMNO bukan satu penghalang untuk meneruskan agenda bagi menerajui negara dengan jayanya.

”Malam ini, Johor dianggap kubu terakhir UMNO. Maka tanggungjawab kita untuk runtuhkan hanya dalam PRU ke 13 nanti dengan izin Allah.

”Ada orang kata, ini mustahil. Bagi kita tidak ada kerajaan yang kekal di bumi. Itu adalah urusan Allah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis Pra Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Johor di pekarangan Markas PAS Cawangan Sagil, Parit 2, Sagil dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Hasan Karim, Naib Pengerusi PKR Johor.

PENDIDIK Peringkat Johor Berjaya Dilancarkan


Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) peringkat negeri Johor berjaya dilancarkan oleh Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru itu turut disertai seperti Dato’ Hj Abu Bakar Chik, Exco Pendidikan PAS Pusat, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, tokoh-tokoh pendidik, warga pendidik di Johor.

Antara misi badan bukan kerajaan (NGO) itu adalah bertekad menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana dengan memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap unit yang ditubuhkan.

Menurut Presidenya, Normala Sudirman, PENDIDIK bertujuan menjadikan persatuan sebagai wacana dan wahan diskusi yang aktif untuk memastikan hala tuju pendidikan negara berada pada landasan yang betul dan selamat.

”Selain itu, meningkatkan ahli dan anggota mengenai isu-isu pendidikan, isu-isu berkaitan nasib, kebajikan dan pembelaan anggota guru yang berada dalam sisitem pendidikan nasional,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis menambah, kewujudnan PENDIDIK diharap dapat mengubah landskap pendidikan negara menerusi tugas dan amanah yang digalas oleh persatuan tersebut.

”Malah, PENDIDIK mampu menjadi wadah yang bermanfaat untuk para guru dan pendidik dan mewakili suara guru serta pendidik seluruh Malaysia.

”PENDIDIK juga diharap pada suatu hari nanti menjadi badan profesional yang boleh didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.

”PENDIDIK juga suatu hari nanti diharap boleh membuka keanggotaan kepada ahli-ahli bukan PAS sebagai ahli bertaraf ‘affiliate’ atau ‘keanggotaan bersekutu’ kepada guru yang bermina menjadi ahli atau bergabung dengan persatuan PENDIDIK,” ujarnya lagi.

Isnin, 18 Jun 2012

Tok Guru Sempat ‘Tahnik’ Bayi Sebelum Himpunan Hijau



Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – Meskipun padat dengan program yang dihadirinya di Johor semalam, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berkesempatan memenuhi permintaan Zamri Badar yang baru sahaja menimang cahaya mata beberapa minggu lalu untuk di ‘tahnik’kan sendiri oleh Presiden PAS itu.

Gambar ini dirakam sebelum majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya di dalam rumah tapak program milik Sharom Badar, di pekarangan Markas PAS cawangan Sagil, Parit 2, Tangkak, semalam.

Majlis yang dihadirinya itu berjaya menghimpunkan kira-kira 3000 lebih dari pelusuk negeri Johor bagi merealisasikan hasrat PAS untuk menawan Putrajaya bersama pakatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Difahamkan, program tersebut telah bertembung dengan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sembrong dan layang-layang menyebabkan pendokong PR terpaksa memilih program mengikut kelapangan dan kesesuaian masing-masing.

Ibn Bacoks diberitahu, pra Himpunan Hijau ini telah dihadiri kurang dari 10,000 melalui beberapa acara, setelah dihitung dengan ceramah pembuka tirai di Kulaijaya pada malam sebelumnya termasuk pada sebelah pagi di Tongkang Pechah, petang pula di Muar dan malamnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Menurut Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, susulan daripada pra perhimpunan ini, PAS negeri akan menganjurkan kemuncak bagi program ini yang dijadualkan diadakan di Dataran Dahlia, Taman Dahlia Johor Bahru pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, pihaknya akan cuba memohon untuk diadakan di Stadium Taman Tun Aminah kerana lokasinya yang strategik dan ‘mesra’ kepada semua pihak.

Gimik : Petanda DUN Gambir Akan Ditawan Untuk Laluan Ke Nusajaya


Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah melancarkan billboard gergasi sebagai gimik kepada program pra Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Johor di hadapan Markas PAS Cawangan Sagil, Parit 2, Tangkak, dekat sini, semalam.

Pada pelancaran itu, sebuah billboard gergasi yang tertera wajah Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor bersongkok sebagai simbolik kepada kesungguhan dan keazaman PAS untuk merealisasikan matlamat program.

Antara tulisannya menyebut, ‘jika Pakatan Rakyat diberi mandat, kami akan : Beri percuma 20 meter padu air, Turunkan harga petrol, Pendidikan percuma, Bantuan RM2500 kepada warga emas yang meninggal dunia’.

Ibn bacoks difahamkan, gambar Dr Mahfodz itu dipilih kerana amat sinonim dengan kawasan di mana desas desus bertiup yang ia suatu persediaan untuk beliau bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya akan datang, disamping ia terletak di Parlimen Ledang.

Untuk rekod, DUN Gambir antara kawasan yang tidak selesa buat Barisan Nasional kerana pada PRU 13, penyandangnya M. Asojan A/L Muniyandy hanya mampu meraih majoriti sekitar 2463 dengan melawan calon PAS Ustaz Kasim Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor.

Adakah Gambir bakal melakar kejutan dalam PRU nanti? Jawapannya boleh diterjemahkan dengan kehadiran orang yang begitu ramai disamping mereka turut diraikan dengan beratus-ratus bendera UMNO dan banner propaganda, petanda UMNO amat cemas dengan perkembangan terbaru ini.

Ahad, 17 Jun 2012

Himpunan Hijau, Gegar Kubu Kuat UMNO



Blog Ibn75.wordpress.com

TANGKAK – Kampung Sagil yang terletak di Pekan Tangkak merupakan sebuah desa terpencil di utara Johor seakan teruja dan bertuah dengan penangan dari gelombang hijau melalui program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Johor yang diadakan di pekarangan Markas PAS Cawangan Sagil, Parit 2, Sagil, Tangkak, dekat sini, semalam.

Seperti yang disebut oleh Yang Dipertua PAS Ledang, Nasir Ahmad, sambutan malam ini turut diraikan dengan kepelbagaian bendera berlogokan ‘keris’ petanda UMNO turut tidak mahu terlepas daripada menerima tetamu seolah mengiyakan hasrat  Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Johor.

Bahkan, kehadiran lebih 3000 orang termasuk rombongan daripada Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan nyata membuahkan keazaman buat pendokong Islam ke arah merealisasikan matlamat program tersebut.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah lalu disusuli dengan zikir munajat telah dipimpin Ustaz Khair Mutanazar daripada Exco Dewan Ulamak PAS Johor disamping pimpinan solat hajat daripada ketuanya sendiri iaitu Ustaz Abdullah Hussin.

Jam terus menunjukkan 9.30 malam, pengacara majlis, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor memberi ruang kepada adik Waqiuddin memperdengarkan bacaan al-Quran.

Kemudian ke semua mata tertumpu pada sebuah billboard tertera wajah Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor bagi memberi laluan kepada Dato Presiden PAS memotong riben sebagai gimik kepada acara yang ingin dimulakan.

Seusai sahaja pelancaran gimik, maka sesi ceramah pula mengambil tempat dengan ucapan daripada Hasan Karim, Naib Pengerusi PKR Johor sebagai pembuka tirai slot tersebut sambil diselangi dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Roslan Nikmat, Bendahari PAS Johor.

Turut berucap, Dr Mahfodz Mohamed, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan kemuncaknya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Dalam ucapan presiden pula menekankan point-point seperti persoalan kenapa PAS pilih jalan politik untuk menegakkan Islam, Kenapa demokrasi yang pilihannya, kenapa adakan kerjasa dengan bukan Islam dan persoalan tentang negara berkebajikan.

Dalam pada itu, Ghazely Ayub turut mencuit para hadirin dengan pantunnya berkait rapat dengan tahaluf siasi yang bunyinya seperti ‘Bukit Putus di Pekan Jejawi, Pergi berkelah di Tanjung Api, UMNO hapus tulisan jawi, Adakah salah Cina DAP,’ – ‘Pergi berkelah di Tanjung Api, singgah sebentar di Tanah Rata, Adakah salah Cina DAP, Tanah rizab Melayu hilang melata’

Terdahulu, dalam lawatan Tuan Guru presiden ke Johor, beliau berkesempatan menghadiri program ceramah di Kulaijaya yang menghimpunkan kira-kira 4000 orang. Kemudian paginya berada di Batu Pahat dalam acara Jamuan Rakyat. Pada sebelah petangnya, Hi Tea di Kampung Sungai Terap, Muar dan di DUN Gambir, kawasan Ledang, merupakan kemuncak kepada program munajat dan ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya.

Ahli PAS Bertambah, Petanda ISLAM Yang Dibawanya Benar – Hu Pang Chaw



Blog Mtd-benut.blogspot.com

PONTIAN – Kira-kira 2000 ke atas setiap bulan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS yang berjumlah satu juta lebih termasuk daripada kalangan bukan Islam yang bergerak di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah diterima, kata ketuanya, Hu Pang Chua.

Hal ini kerana katanya, PAS telah disanjungi oleh semua kaum dan mereka sedar bahawa UMNO-Barisan Nasional (BN) bukan lagi parti yang boleh menjaga kebajikan mereka.

Disamping itu, katanya Islam yang diperjuangkan PAS adalah yang betul dan menepati kehendak yang telah digariskan oleh Pencipta.

”PAS disanjungi semua kaum. Ahli PAS lebih satu juta. Orang bukan Islam sedar UMNO-BN bukan lagi parti yang mampu jaga kebajikan mereka.

”Setiap bulan 2000 ke atas orang nak masuk PAS. DHPP semakin bertambah ahlinya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis Pidato Perdana DHPP dan Mahasiswa di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Tengah, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor, Adam Adli, Aktivis Mahasiswa, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Tan Ah Kau, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.

Pada majlis yang saya, Hu Pang Chau telah menerima sejumlah 50 borang keahlian daripada DHPP Pontian. Manakala penyerahannya dibuat oleh ketuanya, Tan Ah Kau.

Terdahulu, majlis turut diserikan dengan jamuan baryani gam kambing telah disertai kebanyakannya daripada kaum bukan Islam dan penduduk tempatan.

Desak Pembinaan Jambatan Dialihkan : PAR Benut Terima Aduan



Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – Penduduk Kampung Tampok Darat mendesak pihak tertentu prihatin kepada masalah rakyat dengan mendesak agar jambatan yang mahu dibina di kawasan itu, dialihkan ke tempat lain.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua Badan Bertindak Isu Jalan Alternatif dan Jambatan, Mohd Amiruddin dengan mendakwa perkara itu mengundang kemarahan penduduk ekoran pembinaan Jambatan yang sedia ada jauh daripada penempatan mereka dan pembinaan itu nyata tidak praktikal.

”Kami terima pembangunan tapi kesal jambatan itu dibina jauh daripada penempatan. Walaupun kami sudah ajukan kepada ketua kampung, namun dia berkeras juga nak di bina jambatan di tempat pilihannya sedangkan penduduk tidak setuju.

”Yang kami kesal lagi, pihak UMNO cawangan kata surat permohonan sudah dihantar kepada YB Ahmad Maslan dan agensi terbabit, bila saya pergi pejabat YB, katanya surat itu masih belum terima,” katanya lagi.

Amir berkata demikian ketika menyampaikan aduannya dalam majlis Dialog Bersama Penduduk Tampok Darat dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Mohd Rizal Akmar, Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Besar.

Pada majlis yang sama, satu memorandum telah dilancarkan bagi mendesak pihak terbabit mendengar keluhan penduduk sekaligus menyelesaikan kemelut yang membabitkan ketua kampung dengan mereka.

Disamping itu, Amir turut mendakwa, pihaknya berjaya mengumpulkan tandatangan daripada para penduduk petanda masyarakat di situ menyokong usaha yang dilakukan oleh badan bertindak terbabit.

Yakin PAS Boleh Buktikan Untuk Tawan Johor


Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Naib Presiden PAS, Datuk Mahfoz Omar menegaskan bahawa pihaknya begitu optimis Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Johor pada Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 dan Salahuddin Ayub tanpa ragu menawarkan diri untuk bertanding di negeri asalnya itu.

”Sebab apa? Sebab kita sudah ada maklumat cukup untuk digunakan di Johor nanti, kita yakin dapat tawan Johor.

”Kalau tak cukup yakin, tak kan dia berani memperjudikan nasibnya sendiri sedangkan beliau sudah cukup kukuh di Kubang Kerian. Sokongan rakyat Johor terhadap beliau sudah boleh dilihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah beliau turut menambah Salahuddin cukup kukuh di Kubang Kerian hingga disifatkan Mahfoz beranalogi, andai diletak songkoknya tanpa Salahuddin sendiri turun berkempen pun beliau boleh menang dengan mudah dalam PRU kelak.

Disamping itu, Mahfoz berkata PAS bukan hanya sasarkan Johor yang selama ini dianggap kubu kuat BN, malah juga negeri lain.

Salahuddin sebelum ini sudah mengesahkan yang beliau akan kembali bertanding di negeri bersitgma ‘kubu kuat UMNO’ dan dipercayai kehadiran beliau membuatkan para pemimpin BN berasa kurang selesa dengan perkembangan itu.

Jumaat, 15 Jun 2012

8 Kerusi Parlimen Di Johor Bakal Beralih Kepada PR




Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menaruh keyakinan yang tinggi dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi peringkat Parlimen di Johor bakal beralih tangan kepada pakatan pembangkang itu pada pilihan raya (PRU) 13 nanti.

Perkara itu dinyatakan secara tegas oleh Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan katanya daripada 26 kerusi Parlimen yang adakan di negeri jolokan kubu kuat BN itu, sebanyak 8 kerusi berada dikenalpasti kawasan yang kurang selesa buat BN.

Hal ini kerana katanya, kawasan terbabit dikategorikan sebagai kerusi yang yang mempunyai pengundi campuran.

”Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran. Kalau tengok keadaan ‘mood’, saya yakin kami boleh dapat lapan kerusi di Johor,” ujarnya yang dipetik Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut menambah bahawa kemampuan PR untuk memperolehi majoriti mudah dengan sejumlah 105 disasarkan bagi menerajui negara ini.

Keyakinan itu diterjemahkan katanya berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

”Ini bukan lagi harapan. Kami yakin boleh perolehi 105 kerusi seleppas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki akan menang di tempat-tempat lain.

”Pada pilihan raya umum 2008, kami menang 82 kerusi. Status quo jumlah 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperolehi kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Lebuh raya Rakyat Ditakuti – Ustaz Azam




Blog Ibn75.wordpress.com

MERSING – Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai oleh kerajaan PAS Kelantan telah membuatkan sesetengah pihak berasa tidak selesa dipercayai ‘takut kempunan’ untuk kembali memerintah negeri tersebut, demikian kata ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Katanya, projek yang diberi nama Lebuh raya Rakyat  itu merupakan usaha kerajaan negeri, nyata mampu menterjemahkan keprihatinan dan kejayaan.

”Lebuhraya Rakyat. Usaha kerajaan negeri yang menyebabkan ada pihak-pihak yang tak senang duduk dan tak tidur lena. Bimbang kejayaan lebuhraya tersebut kerana takut kempunan untuk berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harakahdaily dengan tajuknya ada pihak ugut juru ukur Lebuhraya Rakyat semalam.

Dalam laporannya, agensi berita itu menyebut, ekoran tindakan pihak tertentu ‘mengugut’ juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina lebuhraya rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu nanti.

Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri kelantan dilaporkan berkata, pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat, termasuk juru ukurnya.

Bagaimanapun, Husam mendakwa kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk ‘menghasut’ agar tidak terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu.

Khamis, 14 Jun 2012

Umpama Sindir Diri Sendiri – Dr Mahfodz


Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – ”Umpama menyindir diri sendiri” demikian respon Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dengan merujuk kepada kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Parlimen Batu Pahat.

Puad dilaporkan berkata demikian menerusi akhbar Sinar Harian sebelum ini dengan beranggapan parti Islam itu berkemungkinan menghadapi kerugian berikutan isu perpecahan dan pergolakan yang berlaku di dalam DAP yang boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua parti itu mula goyah.

Sebaliknya, Dr Mahfodz menambah lagi dengan katanya PAS pula yang akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak bersama DAP dan PKR disebabkan mereka mempunyai pemahaman politik yang sama.

Menurutnya, mereka tetap akan berjuang di bawah landasan Pakatan Rakyat (PR) serta sudah mengikat janji dan semangat setiakawan untuk berjuang habis-habisan pada PRU akan datang.

”Kami khuatir situasi ini berlaku sebaliknya. Ini kerana sokongan masyarakat Tionghua dan India dilihat semakin beralih arah kepada DAP dan PKR. Tidak seperti dulu, mereka mungkin menyebelahi MCA atau MIC di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

”Apa yang pasti, PAS bukanlah kuda suruhan DAP. Motif perjuangan kami adalah sama. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini umpama menyindir diri mereka sendiri sahaja. Bahkan kami, sebenarnya sudah sangat bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pukul Anak Sindir Menantu – Suhaizan

Blog ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membayangkan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang meramalkan PAS berkemungkinan menghadapi kerugian berikutan isu perpecahan dan pergolakan yang berlaku di dalam DAP yang boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua parti itu mula goyah, seperti ‘pukul anak sindir menantu’.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata demikian kerana soal perpecahan hanya menjadi dominan kepada UMNO Johor dengan melibatkan dalam kalangan pimpinan parti itu.

Menurutnya, perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar kepimpinan mereka meletakkan calon dalam pilihan raya (PRU) akan datang termasuk calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN).

”Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini telah menyebabkan kepimpinan UMNO terpaksa membuat lawatan di setiap Bahagian lebih daripada sekali untuk membuat persiapan PRU. Keadaan ini tidak pernah berlaku pada PRU sebelum ini di sini.

”Salah satu punca kenapa Parlimen belum dibubarkan kerana ketidakyakinan UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini.

”terdapat sembian kerusi Parlimen BN yang panas dan semakin hari semakin banyak kerusi bilangan Parlimen yang panas.

”Walau bagaimanapun, keprihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah suatu yang membanggakan. Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Rabu, 13 Jun 2012

Dr Puad Bimbang Johor Akan Terlepas ke tangan PAS?



Oleh Ibn_ bacoks

BIMBANG dengan perkembangan yang diraih PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi seolah-olah ‘memaksa’ mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Johor akan rugi besar.

Puad dilaporkan berkata demikian menerusi akhbar Sinar Harian semalam dengan beranggapan parti Islam itu berkemungkinan menghadapi kerugian berikutan isu perpecahan dan pergolakan yang berlaku di dalam DAP yang boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua parti itu mula goyah.

Bagaimanapun, akhir bulan lepas BN Johor sedikit goncang apabila berita mengenai dakwaan 10 ahli MCA dari bahagian Pengerang yang dikatakan keluar parti tersebar luas melalui media massa.

Difahamkan, tindakan itu dibuat dipercayai berkait rapat dengan isu RAPID yang begitu hangat di parlimen Pengerang.

Disamping itu, barangkali Puad cukup terkesan dengan kenyataan Pergerakan Rangkaian Aktiviti Penyatuan Insan (PERAPI) Johor yang berasa bimbang dengan sejumlah 45 peratus golongan muda yang baru pertama kali membuang undi dipercayai akan memberikan mandat kepada PR dalam pilihan raya umum (PRU 13) nanti.

Malah, kekhuatiran Puad kepada aura Salahudin Ayub yang disebut-sebut bakal dinobatkan sebagai menteri besar Johor sekiranya berjaya ke Nusajaya turut menarik perhatian ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Salahuddin sebelum ini mengesahkan akan kembali semula ke Johor. Manakala Pulai, Batu Pahat dan Tanjung Piai merupakan pilihannya untuk bertanding di tempat kelahiran dan nostalgia Naib Presiden PAS itu dalam PRU 13.

Soalnya, pengaruh siapa yang mula goyah dan pergolakan di parti manakah berlaku yang akan memberi kesan terhadap keyakinan rakyat dan akan diterjemahkan di kertas-kertas undi?

Nah ! Kita serahkan sahaja kepada Puad untuk menjawab kerungsingannya itu bagi memberi ruang untuk bernafas secukup-cukupnya sebelum sesuatu kejutan bakal berlaku kelak.

‘Karut’ Tangguh Haji Untuk PRU, Ia Pemikiran Sekular – Ust Azam



Oleh Ibn_bacoks

MERSING – Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor membidas kenyataan yang menganggap ‘karut’ dengan menangguh bagi menunaikan haji sebagai memberi laluan kepada perjalanan proses pilihan raya (PRU) 13 adalah pemikiran daripada UMNO.

Ustaz Azam turut menyifatkan kenyataan sedemikian nyata sealiran dengan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan urusan pemerintahan negara.

”Ada orang mempertikai saranan Ketua Penerangan PAS PUsat, Ustaz Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli PAS menangguhkan pergi Haji kerana menghadapi PRU 13

”Dia kata saranan itu karut. Kerana PRU nak tegakkan politik bukan nak tegakkan agama. Bagi saya itu adalah pemikiran UMNO yang memisahkan politik dari agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ustaz Azam berkata demikian sebagai mengulas arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Selasa, 12 Jun 2012

UMNO Tangguh PRU, Banyak Kemungkaran Akan Terbongkar



JOHOR BAHRU – ”Selagi Najib lambat mengumumkan tarikh pilihanraya, maka akan banyak lagi kemungkaran didedahkan,” kata seorang pengamal facebook.
Katanya, hari-hari bagi kejatuhan UMNO BN semakin terserlah berikutan kepincangan dan kebobrokan parti itu untuk meraih sokongan gagal berfungsi sebagai sebuah pemerintah yang baik.
Isu terbaru yang membabitkan pembekuan pinjaman PTPTN katanya lagi, ia satu tindakan yang tidak cermat dan bijaksana lebih-lebih lagi BN menghadapi krisis sokongan pengundi muda yang kini lebih ‘mesra’ kepada Pakatan Rakyat (PR).
Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru, iaitu Pilihan raya Umum ke 13 akan diadakan tidak terlalu lama lagi, tetapi beliah menambah tarikhnya juga tidak terlalu cepat sebagaimana dijangkakan.
Namun menurutnya, tarikh sebenar masih menjadi teka teki. Sidang Parlimen akan bermula hari ini di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ramalan banyak pihak menyebut PRU 13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang meramalkan September ini. Mandat semasa hanya akan berakhir Apri 2013.

PAR Permas Terima Aduan Berkaitan Mykad



PASIR GUDANG – Gara-gara tidak mempunyai Mykad (kad pengenalann), Mohammad mendakwa anak perempuannya tidak dibenarkan mengikuti pembelajaran di sebuah sekolah di daerah ini.
Lebih membebankan, sebarang aduan sudah diajukan kepada pihak berwajib malangnya tiada perkembangan positif diterima bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Berikutan dengan itu, Mohamad yang berasal dari Sabah itu telah menjadikan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah sebagai tempat rujukan dengan harapan pihak yang bertanggungjawab membuka mata kepada kes tersebut.
”Saya tidak menyalahkan pihak sekolah dalam hal ini. Cuma apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pihak tertentu dalam mengeluarkan surat beranak dan kad pengenalan anak saya sehingga menimbulkan kesulitan seperti ini.
”Hanya anak saya yang sulung ini sekarang dah berumur 16 tahun yang belum selesai. Manakala empat lagi anak sayha sudah memiliki surat beranak masing-masing kerana mereka lahir di Johor kecuali anak perempuan saya yang ini sulung lahir di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari blog syed-othman.blogspot.com.
Mohamad yang kini bermastautin di Johor selama 18 tahun itu turut memberitahu pihaknya sudahpung mengemukakan permohonan dan penjelasandi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Pasir Gudang, bagaimanapun jawapan yang diberikan tidak mengembirakan keluarga malang terbabit.
”Bayangkanlah, setiap kali saya membuat susulan di JPN Pasir Gudang. Mereka akan mengatakan ‘tunggu’ ataupun menyuruh saya membuat rujukan JPN Putrajaya. Walaupun penat, namun saya tetap berusaha lagi.
”Saya betul-betul tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua dokumen yang lengkap sudah diserahkan. Semua perkara yang diarahkan pun saya sudah lakukan. Tetapi jika saya membuat susulan berkenaan hal ini, sama ada mereka tetap memberikan jawapan yang sama iaitu ‘tunggu’. Jadi apa lagi yang perlu saya buat? Tak kanlah nak duduk diam dan tunggu saja! Gelaplah masa depan anak saya nanti,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Mohamad turut menaruh harapan agar pihak berkenaan memandang serius kesnya itu.
”Sudahlah wang, tenaga dan masa habis dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan anak saya. Tambah sakit hati lagi bila terasa diri menjadi pelarian di bumi sendiri. Jadi, kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini, tolonglah. Tolonglah saya,” katanya lagi.

Isnin, 11 Jun 2012

Khalid Nordin Digesa Letak Jawatan



oleh Ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin digesa meletakkan jawatan sebagai menteri dan ahli Parlimen Pasir Gudang kerana didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab berikutan isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut satu kenyataan, seorang facebooker menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai satu permainan ‘dam aji’ apabila PTPTN diberikan semula.

”Khalid buat kerja macam main dam aji. Wang PTPTN adalah dana awam yang tidak boleh disalahgunakan dan perlu dibezakan dengan wang sendiri,” ujarnya dalam facebooknya.

Dia turut menambah bahawa isu pembekuan pinjaman ke atas Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Univeesiti Islam Antarabangsa (KUIS) minggu lalu harus menjadi iktibar kerana ia melibatkan masa depan awam.

Dia berkata sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang bertajuk ‘Pelajar bukan bahan uji kaji politik’, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Muhammad Safwan Anang dilaporkan berkata, pihaknya meminta semua pihak tidak menjadikan pelajar sebagai mangsa keadaan semata-mata untuk meraih undi.

”Kita sebenarnya tiada masalah dengan pinjaman PTPTN, seperti kenyataan baru-baru ini yang mengatakan kerajaan hanya mampu memberi pinjaman buat masa ini, maka kami terima juga.

”Apa menjadi persoalan, kenapa mahu bekukan pinjaman kepada UNISEL secara tiba-tiba?,” katanya lagi.

Ahad, 10 Jun 2012

Kolam Udang Jejas Pendapatan Nelayan



Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Komuniti Nelayan Sanglang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran pembinaan beberapa kolam udang di kawasan berhampiran hutan simpan kekal di sini.
Ketuanya, Ismail berkata mata pencarian mereka yang semata-mata dengan menangkap ikan di laut terjejas sehingga 50 peratus.
Disamping itu, aktiviti mencari lokan dan siput yang menjadi mata pencarian sampingan semakin susut ekoran eko sistem di kawasan itu yang turut terjejas.
”Pendapatan sampingan dengan mencari lokan, siput dan kerang bolehlah RM1000 sebulan. 50 peratus pendapatan jatuh malah pendapatan sampinganpun tiada. Pendapatan RM60 sehari kalikan dengan 10 hari mencari. Kalau sebulan RM600,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Sehubungan itu, pihaknya mengharapkan supaya pihak berwajib turun padang sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum nelayan di situ.
”Saya adalah Ketua Komuniti Nelayan Sanglang mahu kekalkan hutan apa yang diputuskan exco (kerajaan negeri). Tutup kolam. Bila kami tentang, dia tutup satu baris.
”Pelik, kenapa kolam dibina di tempat yang digazetkan hutan simpan kekal. Kami mempunyai 70 orang anggota. 20 yang aktif sebagai nelayan pantai. Bagaimanapun, pendapatan kurang lalu terpaksa cari kerja lain.
”Berkenaan dengan kolam udang pula ada dua masih beroperasi. Sudah 9 tahun masih diteroka. Persoalan ini masih berlanjutan tanpa sebarang tindakan dan penyelesaian.
”Disamping itu, masalah lumpur telah menjejaskan nelayan. JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) hanya gali dan buang kat tepi. Kalau air pasang, dia masuk balik. Ini tidak selesaikan masalah,” katanya lagi.

RISDA tarik Balik Saman, Peserta TSK tarik nafas lega



Blog Ibn75.wordpress.com
MERSING – Para peserta Program Tanam Semula Komersil (TSK) Jamaluang 1 dan 2 boleh menarik nafas lega apabila Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) menark balik saman berhubung perjanjian yang telah tamat tempoh di Mahkamah Majistret jalan Ahmad, dekat sini, semalam.
Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, para peserta yang diwakili peguam Mohd Fadhly Ramly itu, menyifatkan perbicaraan kes yang memakan masa yang amat panjang akhirnya membuahkan hasil dan sekaligus memberi kemenangan kepada mereka.
Ustaz Azam yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing turut menyatakan penghargaan kepada peguam PSK kerana berjaya memenangi kes tersebut.
“Gambar luar mahkamah Mersing bersama sebahagian peserta Program Tanam Semula Komersil (TSK) Jamaluang 1 & 2 yg telah tamat tempoh perjanjian dengan Pihak Risda tetapi telah disaman oleh Risda.
“Setelah turun naik mahkamah beberapa kali, akhirnya pagi ini 07-06-12 pihak Risda melalui peguamnya telah menarik kembali saman tersebut.
“Sekaligus ianya memberikan kemenangn kepada peserta. Terima Kasih Peguam kita. saudara Mohd Fadhli Ramly,” ujarnya lagi dalam satu kenyataan.

Selasa, 5 Jun 2012

Tragedi Hujan Air Batu : Zainal Terima Bantuan


Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – “Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat,” kata Zainal Abdullah, 67, ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, baru-baru ini.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Simpati dengan nasib yang menimpa Zainal sekeluarga, PAS Kawasan pontian bertindak mengadakan program gotong-royong dengan membaiki zink-zink yang reput dan berlubang di rumah tersebut.

Berikut gambar-gambar yang diambil oleh juru gambar Mtd-Benut.blogspot.com pada program tersebut.

















Isnin, 4 Jun 2012

Majlis Perkahwinan Anak Ketua Penerangan DHPP Johor Penuh Harmoni

Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Majlis Jamuan Perkahwinan anak kepada Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor M Subramaniam dipenuhi dengan suasana yang harmoni apabila tetamu jemputannya terdiri daripada pelbagai kaum.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Kawasan Pontian, Razali Limat, rombongan PAS Pontian tiba di lokasi jamuan kira-kira jam 9.15 pagi mendapati majlis tersebut menterjemahkan bahawa negara ini tetap meraikan kepelbagaian kaum dan budaya.

Sehubungan itu, PAS yang bersitgma hanya untuk kelompok Melayu katanya dapat dibuang dan ini merupakan petanda bahawa parti Islam itu tetap didokongi oleh kaum yang pelbagai.

“Lebih kurang 17 orang ahli rombongan kami tiba di dewan itu terdiri daripada pimpinan kawasan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jamuan tersebut yang diadakan di dewan sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Batu 10 Sekudai, dekat sini, ahad lepas.

Turut kelihatan, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Abd Ghani, Ketua Lajnah Hubungan Kaum PAS Pontian, Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, Firdaus Jaafar, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pontian, Ah Kew, Ketua Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Saiful Amri A Suloh, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pontian.

Gambar-gambar dirakam melalui Juru gambar Mtd-Benut.blogspot.com Nadrah Iskandar.



















Ahad, 3 Jun 2012

Hutan Simpan Sanglang Diceroboh?



Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – ”Bila Orang kampung teroka. Jadi orang U**O masuk. Dia join dengan satu syarikat kolam udang berpengkalan di Johor Bahru 2003.

”Syarikat beli secara sulit dengan berbincang dengan Pejabat Tanah. Dibagi pampasan RM70,000. RM30,000 diberi peneroka, RM35,000 bagi orang U**O. Projek usahasama.

”2003 syarikat kolam udang masuk tebang bakau, ceroboh tanah simpan atau rizab laut,” dakwa seorang penduduk Ismail Nordin, 61, ketika ditemui media ketika melakukan tinjauan ke Hutan Simpan Kekal, Kampung Sanglang Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Ismail yang juga bekas Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkata pihaknya telahpun mengajukan permasalahan ini pada mesyuarat JKKK bagaimanapun tiada perkembangan positif yang diterima.

”Setiap masalah nelayan saya ajukan tapi tidak jalan kerana projek ada sangkut paut dengan mereka.

”2005 Exco Kerajaan negeri bermesyuarat untuk dikekalkan hutan simpan daripada Bagan ke Tanjung Piai. Bagaimanapun, saya kesal projek masih diteruskan,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Komuniti Nelayan Sanglang kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia mengakibatkan kerugian besar kepada para nelayan.

”Kesalnya, khazanah bertahun-tahun, kalau nak tanam balik, kalau umur macam kita (tua) tak kan jumpa.

”Kesannya, pendapatan terjejas. Hutan bakau ada kaitan dengan nelayan. Disamping itu, ia merupakan tempat penampan bagi gelombang dan ombak. Mata pencarian terjejas kerana lokan dan siput sudah berkurangan,” katanya lagi.

Sementara itu, dakwaan Ismail berhubung soal pencerobohan ini, Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang telahpun ajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Pontian.

Agensi terbabit dilaporkan berkata hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati kawasan tersebut bukan rezab JPS.

Difahamkan, lokasi terbabit adalah milik Marine Farms Sdn Bhd yang telah diberi hak milik oleh Pejabat Tanah Pontian dengan Nombor PTD 10012 HS (D) 10931 seluas 120.0.00 ekar.

Bagaimanapun, pihak Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang akan mendapatkan penjelasan daripada agensi terbabit bagi merungkai kemelut yang dihadapi penduduk.