Isnin, 30 April 2012

Nilai Perubahan Di Johor Amat Ketara – Saifuddin


\
Oleh Ibn_bacoks

DATUK Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa Johor memiliki nilai perubahan yang ketara kerana sambutan program penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan rakyatnya.

”Sokongan masyarakat meningkat dari hari ke hari, trend secara ketara, sebagai contoh sudah tentu sambutan program penerangan kami.

”Negeri yang berpotensi kami mendapat sokongan lebih besar adalah yang pertama, Johor, kedua Johor, ketiga Johor dan diikuti Melaka, Negeri Sembilan. Ini tidak termasuk negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

”Gelanggang baru kami ialah Johor. Saya tidak menolak dan menghargai setiap jemputan dari Johor. Johor berlaku nilai perubahan ketara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, beliau dilaporkan berkata, selain Johor adalah negeri yang berpotensi dimiliki Pakatan Rakyat pihaknya yakin pembangkang mampu melakarkan kejutan dengan mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyatnya.

”Sasaran kami adalah meningkatkan suara signifikan secara bilangan kerana sekarang ini kami hanya ada Parlimen Bakri yang diwakili DAP. PKR dan PR memperolehi lonjakan saujana dalam penguasaan kerusi Dun dan Parlimen di Johor. Saya optimis PR boleh mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyat, kami bersedia,” tegasnya lagi.

Peruntukan Bagi Pembinaan Jeti Tidak Sama Nilai?



Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – Pembinaan Jeti di Kuala Sungai Benut dekat sini dipersoalkan ke mana baki peruntukan yang didakwa anggarannya sekitar RM80,000 hingga RM130,000 itu namun apabila ingin diukur dari kekuatan struktur binaan malangnya ia hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang yang menerima aduan daripada penduduk sekitar memberitahu sepatutnya jeti tersebut perlu mempunyai banyak tiang berfungsi sebagai penyokong kepada struktur binaan kerana ia kian retak dan condong ke sungai, bukannya hanya beberapa tiang yang sedia ada.

”Jeti itu dah mula retak dan senget nak masuk sungai. Kenapa buat macam itu. Seolah-olah tidak padan dengan nilainya.

”Penduduk mengadu, jeti itu ada beberapa batang untuk menyokong ketahanan jeti yang sepatutnya perlu dibuat banyak tiang. Barulah kukuh jeti tersebut,” ujarnya lagi.

Difahamkan, selain tempat kunjungan awam menikmati persekitaran flora dan fauna di situ ia turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk melabuhkan jorannya.

Namun, jeti tersebut hilang daya tarikannya setelah beberapa binaannya retak dan keadaanya yang semakin condong boleh membahayakan keselamatan pengunjung.

Sehubungan itu, Ustaz Atan mendesak pihak berkaitan turun padang menyiasat dan membaikinya segera bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk daripada berlaku.

Ahad, 29 April 2012

Jangan Gentar ! Tuntutan BERSIH Bakal Jadi Kenyataan



Oleh ibn_bacoks

KUALA LUMPUR – ”Perhimpunan hari ini dengan momentum kebangkitan rakyat. Jangan takut. Mudah-mudahan berkat keyakinan dapat serlahkan hasrat rakyat untuk bersihkan sebarang penyelewengan kepincangan Pilihan raya (PRU) ke 13,” demikian ucapan ringkas Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimah PAS Negeri Johor di hadapan ratusan ribu peserta BERSIH 3.0 di Dataran Maybank, dekat sini, semalam.

Turut berucap, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Johor serta wakil-wakil daripada NGO mangsa masalah tanah di Johor sekitar jam 11.15 pagi.

Tinjauan turut mendapati, menara Maybank adalah lokasi pilihan bagi penyokong PAS yang beridentitikan TANAH, akronim bagi Gabungan Tanah Rakyat yang turut menyokong perhimpunan BERSIH 3.0.

Susulan daripada itu, organisasi TANAH turut menyeru kepada peserta BERSIH agar bersama mereka pada 5 Mei ini di pekarangan beli belah Plaza Angsana Johor Bahru.

Semalam, perhimpunan BERSIH 3.0 berjaya diadakan dengan menghimpunkan ratusan ribu peserta yang terdiri pelbagai kaum dan agama  walaupun tidak berkesempatan ke Dataran Merdeka seperti jadual asalnya akibat dihalang pihak berkuasa.

Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dilaporkan berkata, semalam adalah hari bersejarah buat penyokong BERSIH 3.0.

”Walaupun kita tidak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya. Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua bangsa datang untuk (menyokong) pilihan raya yang bersih dan adil.

”Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita dan masa hadapan Malaysia,” ujarnya lagi yang dipetik Sinar Harian.


Anak Perempuan Menghilang Ke Lombok



Oleh Ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua tahun disangka hilang akhirnya Mariam Sarian, 47, mengadu kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya akan mengusahakan maklumat berkaitan prosedur, kaedah dan cara bagi membawa pulang Faizada Aldam, 23, yang dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berusia tujuh bulan.

Katanya lagi, dalam soal yang melibatkan kos pengurusan untuk membawa pulang Faizada bukan penghalang terbesar kerana ia boleh diikhtiarkan.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabat PAR Permas dekat sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Faizada yang menghilang sejak 2009, hanya dapat dihubungi pada awal tahun ini setelah mendakwa dia ditahan imegresen dan dihantar ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dimiliki dikatakan palsu.

”Ketika menumpang di Masjid Tanjung Pinang, seorang makcik telah membawanya pulang ke Lombok dan mengahwinkan Ida dengan anak lelakinya,.

”Sembilan anak yang berumur 11 sehingga 25 tahun memiliki sijil kelahiran dan Mykad, tetapi hanya Ida berdepan masalah walaupun sudah tujuh kali berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.

”Setiap hari Ida hubungi saya dan merayu supaya dibawa pulang.

”Salinan Kelahiran yang dipegang Ida bukan palsu kerana saya mempunyai sijil kelahiran asli, masih menyimpan kad rawatan klinik semasa mengandungkannya,” kata Mariam dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, mana-mana yang berkaitan diminta tampil membantu.

Sabtu, 28 April 2012

TANAH Menyokong BERSIH 3.0



MENARA MAYBANK – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) menyokong penuh tindakan rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini bagi menyatakan kesungguhan kepada pilihan raya yang adil dan membersihkan sebarang penyelewengan dalam kepincangan PRU nanti.
Ketua Sekretariatnya Suhaizan Kaiat berkata, BERSIH 3.0 mempunyai 8 tuntutan kepada kerajaan malangnya tidak diendahkan oleh mereka.
Dalam pada itu tegasnya lagi, perhimpunan yang diadakan hari ini merupakan kemuncak  bantahan rakyat kepada tindak tanduk kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
”Justeru, saya menyeru orang ramai supaya dapat berhimpun 5 Mei ini di Plaza Angsana Johor baru bagi menafikan yang Johor ini tiang seri UMNO. Kita kena hancurkan mereka. Jumpa di sana,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkasnya di hadapan ribuan manusia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di pekarangan Bangunan Maybank, dekat sini, sebentar tadi.
Turut berucap, Cg Normala Sudirman, bekas calon Pilihan raya Kecil Dun Tenang, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Ustaz Nor Azli Musa, bekas Ketua Pemuda Perak, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor serta wakil-waki daripada NGO mangsa masalah tanah di Johor.
Ditulis 12.28 pm di Kuala Lumpur


USAHA PKR Batu Pahat Berhasil?



Oleh Ibn_bacoks

BATU PAHAT – Keprihatian yang diterjemahkan Syed Hamid Ali, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat dengan mengenengahkan isu tujuh keluarga di Kampung Bukit Kelicap dekat sini berbaloi apabila masalah penduduk yang gagal menikmati bekalan air bersih berjaya menarik perhatian agensi terbabit.

Akhbar sebelum ini melaporkan, satu kata sepakat dicapai antara Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) dengan pemilik tanah untuk membuat kerja pemasangan di situ.

Difahamkan, pada peringkat awal kebenaran sukar diterima daripada pemilik tanah berkenaan setelah berasa bimbang akan berlaku keretakan pada struktur konkrit bangunannya kerana SAJ perlu menanam paip bekalan iar di bawah tanah merentasi kawasan tersebut.

Bagaimanapun, permasalahan berjaya diatasi apabila paip berkenaan dipasang dan dilekatkan di bahagian pagar luar bangunan terbabit terus ke rumah tujuh penduduk berkenaan.

Isu ini mula mendapat perhatian umum setelah pendedahan Syed Hamid dibuat apabila penduduk mendakwa tidak menikmati bekalan air bersih sebagaimana yang tersiar laporannya di blog ibn bacoks sebelum ini.

Lebih menyedihkan lagi, air yang diperolehi penduduk hanyak menggunakan sumber perigi dan mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapatkan bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.

Dalam pada itu, isu air yang dikatakan begitu meruncing di Batu Pahat sekali lagi memperlihatkan kesungguhan Pak Habib dalam menyuarakan isu ini apabila bertindak berani menyerahkan memorandum terbuka isu air kepada PM ketika mengadakan lawatan kerjanya di daerah itu baru-baru ini.

Jumaat, 27 April 2012

Jalan Kampung Sepatutnya Sudah Berturap Di Johor



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – ”Jalan Kampung di Johor Sepatutnya sudah ditar. Kalau 20 tahun dulu boleh lah (tidak diturap) apatah lagi permohonan sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu,” demikian respon awal Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut apabila diminta mengulas tuntutan jalan berturap oleh Penduduk Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, kecewa dengan janji yang diberikan sedangkan hingga kini tiada sebarang usaha dilakukan pihak terbabit menyebabkan penduduk membuat aduan kepada PAR Benut.

Beliau yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor berkata, Lorong Muhibbah yang mempunyai enam rumah itu dianggarkan sepanjang satu kilometer sahaja.

Lebih menyedihkan, penduduk turut diminta untuk tebang pokok sawit yang mengganggu kerja-kerja penurapan dengan harapan janji yang ditaburkan itu menjadi kenyataan.

Sementara itu, Imam, Milok Woddi, 64, berkata penduduk terpaksa mengumpulkan wang bersama bagi membeli tanah merah dan menyewa lori bagi kerja-kerja penambakan parit.

”Tapi, selepas kami berhabis ribuan ringgit menambak dan mengalihkan parit di kawasan ini, tiada sebarang kerja-kerja penurapan jalan dibuat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bertindak Isu Jalan Parit Hassan ditubuhkan dan beliau sendiri adalah pengerusinya sebagai langkah membawa perkara ini ke tengah sekaligus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini.


Oleh Ibn_bacoks

MERSING – Perbuatan pihak tertentu yang membuat provokasi di tiga kejadian simbah cat dalam masa seminggu di Johor perlu diambil perhatian serius dengan meningkatkan keselamatan masing-masing terutama kepada pendokong Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelak kejadian buruk terus berlaku.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor katanya petanda kebimbangan yang melampau dan gelabah kepada pengaruh pembangkang dipercayai  mendorong pihak tertentu bertindak khianat.

”Tiga kejadian simbah cat merah ke rumah
pemimpin dan markaz PAS di Johor dalam masa
seminggu. Ini petunjuk yang jelas UMNO-BN Johor berada dalam situasi yang amat cemas dan bimbang tentang perkembangn dan kemaraan PAS & Pakatan Rakyat (PR) di Bumi kelahiran UMNO.

”Bagi setiap pejuang kebenaran saat sebegini marilah kita tingkatkan soal keselamatan dan perbanyakkan doa munajat kepada Allah.

”Sebelum Allah menganugerahkan kemenangan kepada kita, ia perlukan menempuh ujian dan cabaran getir. Itu adalAh sunnatullah dalam perjuangan. Yakinlah Pertolongn Allah pasti datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung kejadian simbah cat yang berlaku kepada Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat di rumahnya di Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi pada jam 3.30 pagi dan disedari isterinya yang ketika itu masih belum tidur.

Mazlan dilaporkan berkata, perbuatan itu disyakinya kerana mempunyai kaitan dengan perjuangannya yang lantang menyuarakan hak rakyat terutamanya berkaitan penentangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham.

Selain itu, tindakan Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH)  menggesa 30,000 rakyat untuk berhimpun di pekarangan Plaza Angsana Johor Bahru 5 Mei ini dalam isu berkaitan masalah tanah didakwa telah menjadikan pihak tertentu berasa kurang selesa kepada tindakannya itu.

Bagaimanapun, katanya lagi, ia tidak melemahkan semangat juangnya untuk meneruskan dan  memperjuangkan agenda rakyat terbanyak.

Khamis, 26 April 2012

PAS Bukan Berjanji Tapi Laksanakan Amanah



Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang apabila diberi mandat untuk memerintah bukan semata-mata menunaikan janji tapi laksanakan amanah ALLAH.
Demikian penegasan oleh Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dengan katanya, hal sedemikian berbeza dengan UMNO yang hanya menabur janji malangnya ada sesetengahnya tidak dikotakan.
Beliau menambah lagi, calon yang berpeluang memenangi hati rakyat harus bebas dari unsur rasuah. Manakala pihak yang terpalit dengan perilaku songsang seperti menipu tidak akan bau syurga di Akhirat kelak.
”Kita nak sempurnakan amanah rakyat dan negara. Ini amanah yang Allah bagi.
”Nanti kalau mati, kena ikut cara Islam. Mesti cara Islam. Hidup ikut cara kafir, matipun cara kafir. Itu sifirnya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Konvoi Kebajikan ke Unit Peti Undi (UPU) Permatang duku, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Badrul Hisham Mat Saat, Ketua Penerangan PAS Pontian, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
Terdahulu, Ustaz Atan berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan harian kepada 8 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.
Selain itu, edaran risalah telah digerakkan ke kawasan tersebut yang diketuai Ketua pemuda bersama ahli Jawatankuasanya.

Dr Mohamad Santuni Mangsa Kemalangan




MUAR – Dr Mohamad Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani berkesempatan merawat mangsa kemalangan langgar lari Abdul Jabbar Yunus, 61, yang terlantar sakit sejak setahun yang lalu.
Menurut isterinya, Fatimah Omar, 52, pada jam 5.30 petang hari kejadian, Abdul Jabbar keluar rumah menaiki motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.
Dalam perjalanan katanya, suami dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkannya koma hampir dua minggu di hospital dan lumpuh hingga kini.
Sejurus diberitahu kejadian itu, dia berkejar ke tempat kejadian dan mendapati suami sudah terlentang di tepi jalan raya dengan kepala yang berlumuran darah dan nafas tercungap-cungap.
Berikutan kemalangan itu, katanya, tempurung kepala bahagian suami terpaksa dibuang semasa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru
Rentetan kecederaan yang dialami juga, mereka sekali lagi diuji apabila Jabbar mengalami komplikasi jangkitan paru-paru dan dimasukkan ke wad hampir tiga minggu. 
Malahan, suaminya juga lumpuh, tidak boleh bercakap dan perlu diuruskan sepertu seorang banyi.
Lebih malang lagi, Jabbar tidak mampu menguruskan diri kerana kini bergantung sepenuhnya susu khas yang disalurkan melalui tiub ke hidung dan memakai lampin pakai buang.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa suaminya diharap tampil menghulurkan bantuan.

Rabu, 25 April 2012

Kenapa Edar Risalah Waktu Malam? – Azam



MERSING – Tindakan pihak tertentu yang meninggalkan risalah provokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, dekat sini, baru-baru ini dipersoalkan kerana edaran itu dibuat pada waktu malam sedangkan aktiviti itu boleh dilakukan di sebelah siang.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abdul Razak menyifatkan perbuatan tidak bertamadun itu sebagai pengecut dan memperlihatkan bahawa mereka sudah kekeringan hujah berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
”Pagi ni, sempat membelek-belek helaian risalah propaganda fitnah yang diedarkan (siapa lagi lawan PAS & Pakatan Rakyat?) di kampung-kampung sekitar Endau dua malam lepas. malam yang sama banner ‘HARAPAN BARU’ yang terpapar gambar YB Salahudin Ayub di Tenglu hilang.
”Manakala di Markaz Air Merah disimbah cat dan bendera PAS di Kampung Triang dikoyakkan.
”Bagi saya perbuatan ini adalah kerja buat golongan yang bacul dan cemas serta kering hujah untuk berdepan dengan PAS dan PR rakyat. Kenapa edar tengah-tengah lewat malam ?” katanya lagi.
Ustaz Azam yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks berhubung– siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berakhir apabila satu lagi kejadian simbah cat merah dilakukan di Markas PAS Cawangan Ayer Merah, Mersing, baru-baru ini.
Beliau turut dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku sekitar 1.00  hingga 5.00 pagi itu dipercayai satu lagi tindakan terdesak akibat cemas kepada perkembangan PAS yang semakin diterima pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.
”Katanya lagi, cat Merah darah yang diisi dalam dua plastik diisamping beberapa bendara dan banner lain hilang dan dikoyakkan.
”Kejadian ini tidak berakhir di situ, sebaran risalah turut ditinggalkan dengan menabur fitnah mengenai keburukan Pakatan Rakyat dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan malah gambarnya bersama Salahuddin dikoyakkan selain batang-batang bendera ada yang dipatahkan di sekitar Endau.

TANAH : Buang Stigma PONTIAN ‘Selesa’ Buat UMNO




PONTIAN – Penduduk di Parlimen ini disaran menolak UMNO-Barisan Nasional dalam dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang serta kebangkitan rakyat diperlukan bagi membela nasib mereka. Demikian kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Hal ini kerana, katanya banyak isu-isu yang belum ditangani sepenuhnya oleh wakil rakyat mereka yang selama ini mewarkan rakyat didahulukan.
Sedangkan, masalah yang timbul di Kampung Sungai Dungun tidak berjaya diselesaikan segera walaupun memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah diserahkan.
”Kampung Sungai Dungun Pontian Besar adalah hak kita. Kampung yang sah. Tidak diceroboh. 1987 dirasmikan bekas Menteri Besar.
”Pontian ini dianggap Parlimen selamat bagi UMNO. Sebab itu kalau ada masalah dia (UMNO) tak layan. Nak atasi masalah penduduk di kampung ini, kena ada campur tangan politik.
”Walaupun memo dihantar kepada Perdana Menteri tapi tiada tindakan. Saya rasa Datuk Ahmad Maslan seolah tak kisah masalah penduduk dan tak peduli,” katanya lagi dalam program Dialog Bersama Penduduk Kampung Sungai Dungun, dekat sini, baru-baru ini.
Pak Ungku Mohd Noor berkata demikian sebagai mengulas laporan yang disiarkan ibn bacoks berhubung masalah permohonan bagi penempatan  semula penduduk kampung tersebut ke lokasi lain kerana penempatan mereka didakwa tidak selamat untuk didiami kini.
Difahamkan, permohonan sudah dibuat malah memorandum turut dihantar kepada YAB Perdana Menteri namun sehingga hari ini tiada perkembangan positif diterima.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mendesak ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan supaya berusaha menaik-taraf prasarana dan kemudahan di Hospital Pontian kerana tidak banyak perubahan berlaku walaupun ia beroperasi sejak berpuluh tahun lamanya.
”Di Hospital Pontian, Kalau tiada pesakit 300 orang, ia tak sampai kuota. Sampai bila? Hinggakan ada yang emergency terpaksa hantar ke Johor. Kalau yang sebelah Benut pergi ke Batu Pahat. Bilik bedah tidak ada. Di sini doktor tak cukup nak merawat.
”Kalaulah ini yang UMNO anggap kecil punya hal. Bagi saya, tiada orang lain yang nak harap bela nasib kita. Kita perlu bangkit ! ” tegasnya lagi.

Selasa, 24 April 2012

Salmiah Terharu Dengan Kunjungan PAR Benut



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Siti Salmiah Laumak, 50, seorang yang menderita akibat ketumbuhan dalam otak bagaimanapun terharu apabila menerima kunjungan rombongan daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut ke rumahnya di Kampung Parit Satu, Parit Makuaseng Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, Salmiah yang merupakan seorang ibu tunggal turut mengharapkan ihsan dan simpati umum kerana menghadapi hidup yang sukar sejak beberapa tahun lalu.

Katanya lagi, 5 tahun lepas Salmiah telah melakukan pembedahan di bahagian kepala dan tempurung kepalanya sudah dibuang separuh.

”Dia strok dan lumpuh separuh. Matanya tidak nampak. Dulu bawa van kilang. Seorang yang ramai kenalan. Malangnya, dia dakwa ‘orang besar’ kampung itupun tidak menjengoknya.

”Masalahnya, walaupun terima bantuan seperti lampin pakai buang dari Perkeso. Tapi dia tidak mampu pergi mengambilnya kerana terlalu jauh iaitu di Johor Bahru lebih 90 kilometer dan tiada kenderaan,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Ustaz Atan berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang harian bagi meringankan bebanan yang dihadapi Salmiah selama ini.

Sehubungan itu, pihaknya merayu kepada orang ramai untuk turut membantu manakala sumbangan itu boleh disalurkan terus kepada PAR Benut.

TANAH : Desakan Perberian PAMPASAN Dibuat



Oleh ibn_bacoks

PENGERANG – Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin), Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.

Projek ini katanya dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan  sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.

Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.

“Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Harakahdaily sebelum ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan cadangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) optimis ingin membangunkan projek pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dengan pelaburan RM60 bilion di Pengerang dan direalisasikan pada pertengahan 2013.

Pengarah Eksekutif Projek Petronas, Wan Yusoff Wan Hamat dilaporkan berkata, projek Rapid bakal memberi impak besar kepada negara dalam tempoh 30 tahun akan datang dengan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM280 bilion.

Bagaimanapun, projek ini mendapat bantahan daripada penduduk kerana didakwa mencetuskan satu masalah baru kepada mereka.

Difahamkan, pada 5 Mei ini, penduduk akan bersama rakyat Johor berhimpun di pekarangan Plaza Angsana sebagai menyatakan bantahan kepada kerajaan UMNO berhubung masalah tanah

Isnin, 23 April 2012

TARBIAH Perlu Sewaktu Keadaan Kritikal



LABIS – Dalam menghadapi bahang dan demam Pilihan raya yang akan datang, ramai yang terlepas pandang kepada satu elemen yang boleh memberi kekuatan jiwa sewaktu menghadapi suasana yang kritikal dan mencabar.
Menurut Normala Sudirman, bekas calon Pilihan raya kecil Dun Tenang, Tarbiah adalah proses yang sentiasa diperlukan baik dalam keadaan selesa mahupun getir.
Hal ini kerana, kemantapan iman amat diperlukan bagi memperolehi reda dan bantuan daripada ALLAH swt.
“Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal, seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.
“Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis,” ujarnya menerusi laman rasmi facebooknya.
Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis berkata demikian sebagai mengulas satu artikel tulisan Ustaz Idris Ahmad, dalam akhbar Harakah dengan mengingatkan kepada pendokong gerakan Islam supaya tidak mengabaikan Tarbiah terutama ketika menghadapi pilihan raya.
Ustaz Idris dilaporkan berkata keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku.
Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang  tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.
Katanya lagi,tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut pendokongnya kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan  manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah  yang baik bagi persediaan kepada jihad dan pengorbanan.

KEBAJIKAN Gerunkan UMNO



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Slogan Negara Berkebajikan nyata meningkatkan tahap kegerunan kepada UMNO kerana PAS telah menterjemahkannya tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Syed Othman Syed Abdullah, ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, suatu ketika Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pernah menyebut bahawa Johor yang berstigma kubu kuat Barisan Nasional sudah tidak boleh lagi dibanggakan.

Hal ini dakwanya kerana, gerakan Islam PAS telah mendahului UMNO dalam menggerakkan aktiviti kebajikan dan menyantuni rakyat terbanyak.

“UMNO tidak mampu sebagaimana kita buat. kita telah lahirkan tokoh-tokoh yang boleh bagi sumbangan secara ikhlas. kalau ada RM10 boleh bagi RM5 untuk perjuangan.

“Saya ada seorang kawan di Kedah. Dia cerita hasil menoreh getah. Sekeping getah boleh dibagi dua kerana kita telah jalani proses tarbiah. Ini beza UMNO dengan PAS,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pontian kali ke 25 di Dewan Pusat Tarbiah PAS Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.

Sementara itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas berkata kejayaan PAS menyantuni rakyat dengan aktiviti kebajikan di negeri ini kerana memanfaatkan pengaruh media.

Tambahnya lagi, rakyat sebenarnya ingin tahu perkembangan terkini parti Islam itu maka peluang menyebar-luaskan penerangan berkenaan aktiviti tersebut wajar difikirkan dan digerakkan secara maksimum.

“Saya ikut perkembangan gerak kerja PAS Pontian melalui (facebook) Mtd Pas Benut. Rakyat lihat  dan orang kenal PAS (melalui media alternatif). Kalau dulu susah nak lihat orang Cina bersama PAS. Tapi hari ini, PAS Pontian mampu menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti hari ini,” katanya lagi.

Tinjauan turut mendapati, kira-kira 30 orang ahli DHPP telah menyarungkan baju berwarna kuning pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.

Ahad, 22 April 2012

KERAJAAN UMNO Tidak Serius Tangani Masalah Pelajar Al-Azhar?



JOHOR BAHRU – KERAJAAN UMNO-Barisan Nasional didakwa tidak begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir kerana Keputusan yang menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini, demikian kata wakil pelajarnya, Mohd Ikmal Mohd Ali menerusi laman rasmi facebooknya.
“Keputusan mengadakan imtihan qabul (peperiksaan kelayakan ke universiti al azhar) menunjukkan kerajaan Malaysia melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, dan Education Malaysia Egypt tidak serius menangani masalah ini.
“Keputusan ini sekaligus menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan yang dipetik dari portal berita www.pmram.org berhubung Majlis Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggotai daripada Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali, Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Naib Presiden I Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid , Naib Presiden II Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri , Naib
Presiden III Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , dan Setiausaha Agung Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad , telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt (EME) di Pejabat EME, Mohandissien Kaherah baru-baru ini.
Dalam pertemuan sekitar dua jam itu turut membincangkan beberapa usul penting yang melibatkan pelajar, antaranya ialah berkenaan Imtihan Qabul ( Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar ) bagi mendapat penjelasan sendiri daripada Pengarah EME berhubung dengan perkara tersebut.
Juru cakap pertubuhan itu Saudara Abdul Aziz bin Ali dilaporkan berkata, PMRAM terus komited dalam memastikan hubung baik antara PMRAM dan pihak Kedutaan, khususnya EME dalam soal pendidikan.
PMRAM katanya bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dalam membincangkan hal yang berkaitan kemaslahatan pelajar, khususnya hal yang memberi manfaat kepada ahli PMRAM. Kita juga mengharapkan generasi graduan Mesir terus berkesinambungan sekalipun pelajar Malaysia terpaksa menghadapi beberapa siri ujian dan tapisan untuk datang ke Mesir. Kita percaya makin susah ujian yang di lalui, makin berkualiti
hasil yang diperolehi.
Dalam perkembangan berkaitan,Mohd Ikmal turut berharap mana-mana pihak harus tampil bersama mengenengahkan isu ini supaya harapan masyarakat dalam negara ini yang ingin melihat kelahiran ulamak terus subur dan menjadi pembela kepada agama.
“Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan masalah ini bertindak segera untuk kesinambungan pelajar-pelajar Malaysia ke bumi Mesir.
“Ustaz Yohanas Misuan, Ustaz Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor) sebagai mudir sekolah arab, rasanya boleh usahakan sesuatu kepada persatuan sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. Saya pun tak tahu kalau-kalau ada persatuan tu…” ujarnya lagi.

Pemohon Rumah Mesra Rakyat Disantuni Dr Mahfodz



LEDANG – Meskipun tiada perkembangan positif pada permohonan untuk mendapatkan bantuan Rumah Mesra Rakyat sejak 3 tahun lalu bagaimanapun Zulkarnain Sarijor, 43, gembira menerima kunjungan daripada Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
Difahamkan, dia bersama isteri dan lima orang anaknya dari kampung Melayu Raya, Sagil dekat sini mendakwa sudah mengemukakan permohonan tersebut pada tahun 2009 dan 2011.
”Dua kali mohon bantuan Rumah Mesra Rakyat tetapi sehingga kini masih tiada perkembangan positif. Saya sangat kecewa dan putus harapan untuk mohonnya semula,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, sementara menantikan jawapan yang tidak kunjung tiba, dia bersama keluarga menetap di rumah usang peninggalan orang tua dengan zink yang sudah banyak bocor akibat tiada pilihan lain dan tidak mampu membaikinya.
Malahan, ujarnya lagi dengan pendapatan RM400 sebulan hasil mengambil upah menoreh getah di kebun milik penduduk kampung menyukarkannya untuk baik pulih rumah tersebut.
”Lebih rasa terbeban apabila penyakit sawan yang dihidapi sejak kecil menyerang dan ketika itu saya tidak boleh bekerja.
”Memang tertekan setiap kali penyakit datang dan kami sekeluarga terpaksa berjimat cermat untuk memastikan keperluan makanan anak-anak mencukupi.
”Mujur anak-anak memahami keadaan saya dan tidak meminta sesuatu diluar kemampuan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Mahfodz yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Gambir bersama rombongannya berkesempatan menyampaikan sumbangan bagi mengurangkan bebanan Zulkarnain sekeluarga.

Sabtu, 21 April 2012

25,000 Tandatangan Disasar Berkenaan Kualiti Air



Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Dakwaan yang mengatakan kualiti air kurang memuaskan di daerah ini telah mendorong satu badan bukan kerajaan (NGO) bernama Kumpulan Prihatin Air Batu Pahat melancarkan gerakan mengumpulkan tandatangan.

Menurut Ketuanya, Syed Hamid Ali, selain bertujuan mengumpulkan  25,000 tandatangan, ia turut berhasrat untuk membuka mata pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberikan kepada pengguna bekalan air yang bersih.

Malah, beliau yang dikenali sebagai Pak Habib berkata gerakan pengumpulan tandatangan penduduk itu akan disertakan beberapa memaorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nanti.

”Dalam memorandum berkenaan yang bakal diserahkan dalam masa dua minggu ini juga mengandungi beberapa tuntutan selain tuntutan utamanya, yang melibatkan 500,000 pengguna,” katanya lagi yang juga Ketua Cabang PKR Batu Pahat dalam satu kenyataan.

Ibn bacoks sebelum ini menyiarkan bagaimana Isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai setelah memperlihatkan keberanian Syed Hamid Ali menyerahkan memorandum terbuka kepada Perdana Menteri sempena lawatan kerja ke Batu Pahat baru-baru ini.

Syed Hamid mendakwa, beliau terpaksa menghadapi halangan manusia daripada pihak berkuasa sebelum berjaya menyerahkannya kepada Najib.

Dalam pada itu, Najib dalam lawatannya telah mengumumkan sebanyak RM9 juta bagi projek pembangunan dipercayai dilperuntukkan setelah banyak desakan dan serangan dilakukan pihak  pembangkang di Parlimen tersebut.

Simbah Cat Merah : Lagi Petanda ‘Cemas’ Dengan Pengaruh PR



Blog Ibn_bacoks

MERSING – Siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berakhir apabila satu lagi kejadian simbah cat merah dilakukan di Markas PAS Cawangan Ayer Merah, Mersing, dekat sini, semalam.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abdul Razak, Kejadian berlaku sekitar 1.00  hingga 5.00 pagi dipercayai satu tindakan terdesak akibat cemas kepada perkembangan PAS yang semakin diterima pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.

”Saya balik malam tadi dari Simpang Renggam sekitar 1.00 pagi dan ia belum berlaku. Mungkin selepas pukul 1.00 ke atas.

”Markaz PAS Air Merah, Mersing di sembah cat merah. Kejadian disedari sewaktu ahli jemaah datang untuk menunaikan solat subuh pagi tadi.

”Cat Merah darah yang diisi dalam dua plastik. Disamping beberapa bendara & bennar lain hilang dan dikoyakkan,

”Kejadian ini tidak berakhir di situ. Sebaran risalah turut ditinggalkan dengan menabur fitnah mengenai keburukan Pakatan dan Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan), gambar Salahuddin bersama saya dikoyak malah batang-batang bendera ada yang dipatahkan di sekitar Endau.

”Bagaimanapun, risalah itu berbentuk provokasi dan banyak yang auta. Tindakan ini disifatkan pengecut kerana tidak mampu berlawan dengan hujah,” katanya lagi yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ketika menghubungi ibn bacoks malam tadi.

Difahamkan, Endau merupakan kawasan yang disebut-sebut boleh melakarkan kejutan dalam Pilihan raya (PRU) 13 nanti ekoran bekas calonnya Ustaz Azam dilihat banyak melakukan kerja-kerja menyantuni rakyat.

Terbaru, satu majlis yang dipanggil Dialog Isu Tanah telah dianjurkannya dan penampilan Pejuang Tanah Rakyat PAS, Mazlan Aliman di Kampung Tanjung telah memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah berkaitan tanah dibuat secara terbuka disamping kehadiran yang begitu memberangsangkan dan mendapat respon yang baik daripada peserta program tersebut.

Dalam pada itu, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang serta Tanjung Resang.

Tambahan pula, dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas yang tersohor dalam negara pada program Jom Gi Kuliah yang di adakan di Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Endau, Johor pada sabtu 14 April lalu didakwa tidak terlepas sebagai penyebab mengapa tindakan tidak bertamadun ini boleh terjadi.

Disamping itu, rasa tergugat memang dirasai oleh pihak tertentu apabila laporan ibn bacoks berhubung satu lagi fenomena seperti anak-anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera ‘purnama’ nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka telah disiarkan secara meluas di media alternatif sama ada laman sosial facebook mahupun di blog-blog terkenal.

Jumaat, 20 April 2012

PAS Dan 30 NGO Protes Lynas Di BP



Blog Ibn_bacoks

BATU PAHAT – PAS Johor bersama 30 badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat mengadakan perhimpunan aman di luar Masjid Jamek Sultan Ismail dekat sini, jumaat lepas sebagai membantah pembinaan loji nadir di Lynas, Pahang.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamaknya bahawa pihaknya menaruh keyakinan, jika pembinaan ini diteruskan juga, sudah pasti ia akan memberikan kesan negatif kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

”Saya akan bersama beberapa NGO lain meneruskan ini (protes) di seluruh negara, selain akan mendengar suara rakyat berkaitan isu berkenaan,” katanya yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Machap dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Khairuddin Abd Rahim memberitahu bantahan seumpama ini turut diadakan serentak di seluruh negara.

Bagaimanapun, perhimpunan ini dianggap tidak akan berakhir sekiranya usaha memberhentikan pembinaan loji berkenaan tidak dilakukan oleh pihak kerajaan.

”Jika tidak dihentikan juga, pihak kaim akan meneruskannya sehingga perkara ini menjadi perhatian dunia dan dibincangkan di Mesyuarat Perhimpunan Alam Sekitar Dunia, di Amerika Syarikat.

”Selain NGO, kami juga akan bekerjasama dengan Green Clean World Environment Healty Safety dan bergerak ke seluruh negara ini,” katanya lagi.

Kesempurnaan Amalan Adalah Dengan Tidak Tolak Politik Islam



PONTIAN -  Pelaksanaan politik bercorakkan Islam  membawa kepada kesempurnaan amalan beragama kerana Islam merupakan agama yang menitikberatkan semua perkara, kata Ustaz Atan Gombang, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
”Seperti ambil wudhuk tapi jari kelingking tidak dibasuh maka batal seluruh amalan.
”Macam juga berpolitik. Kita dah naik haji, tunai zakat, bersolat tapi politik tidak ikut cara Islam, batal seluruh amalan.
”Jangan kotori dengan menolak politik tiada kerja dalam Islam. Pendapat orang Melayu sebegini seolah sudah sebati dengan kata politik itu kotor.
”Solat boleh menjadi kotor kalau ikut cara agama lain. Tapi kalau ikut Islam tidak begitu,” terangnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirahnya di program XPDC Dakwah di sebuah surau dalam Unit Peti Undi (UPU) Sri Jawa, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut menambah bahawa dakyah Yahudi dan Nasrani telah menyerap masuk ke dalam pemikiran orang Islam menyebabkan pemisahan antara agama dan soal keduniaan itu berlaku.
”Jangan terpengaruh dengan ajaran Kristian dan Yahudi yang tolak politik dengan agama. Kita mati esok-esok nak masuk kubur pastikan hidup arah tujunya ke arah Islam dan jalan yang lurus,” tegas beliau lagi.

Khamis, 19 April 2012

BERSIH 3.0 : FRU Disaran Tidak Guna Gas Pemedih Mata



JOHOR BAHRU – Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor mencadang agar pihak Polis tidak mengerahkan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak melepaskan semburan gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan BERSIH pada 28
Hal ini kerana, katanya jaminan telah diumumkan bahawa Dataran Merdeka akan menyaksikan setengah juta manusia berkumpul dalam keadaan aman.
”Tiada apa yang perlu ditakuti. Kami berhimpun secara duduk. Orang awam pun jangan bimbang, kita tidak akan ganggu mereka. Para peniaga makanan dan minuman pasti jualan dan rezeki mereka bertambah laris,” katanya lagi dalam satu kenyataan.
Dr Mahfodz yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Gambir berkata PAS Johor tetap menyatakan pendirian akan menyokong perhimpunan berkenaan dengan menggalakkan 20,000 penyokong PAS negeri ini di setiap kawasan untuk turun ke Kuala Lumpur bagi sama-sama menjayakan 8 tuntutan yang dibawa sebelum ini.
”Kita akan kawal sendiri ahli kami sendiri biarpun datang beramai-ramai. Keselamatan tetap terjamin dan diutamakan. Kitapun tidak mahu siapa yang datang tercedera pada hari tersebut dan kucar-kacir berlaku.
”Kita juga akan sentiasa patuhi peraturan yang ditetapkan seperti mana yang berlaku dalam dua perhimpunan BERISH sebelum ini. Kita datang berhimpun di sana sekadar mahu berkumpul bersama sahaja.
”Lagipun, kita sekadar berhimpun secara duduk dan berjumpa dalam satu kumpulan. Tidak seperti sebelum ini. Kita tidak akan berarak atau menjalankan demontrasi jalanan,” terangnya lagi.

TANAH : Kerajaan UMNO Pentingkan Pemaju?



JOHOR BAHRU – Kerajaan UMNO didakwa hanya mementingkan pemaju pembinaan berhubung isu projek perumahan di Taman Desa Kempas dekat sini, yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu.
Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat Johor, Suhaizan Kaiat, meskipun projek berkenaan dijanjikan siap pada Mac tahun lalu malangnya pemaju gagal menyiapkan perumahan terbabit.
Malah, pemaju sebelum ini sudah berjanji kepada wakil daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 23 Disember 2011 namun masih gagal telah menyebabkan pembeli berasa kecewa.
Bengang dengan situasi demikian kira-kira 30 orang yang mewakili pembeli rumah terbabit mengadakan perhimpunan aman pada jam 11 pagi sambil membawa kain rentang dengan tulisan yang tertera seperti ‘Kerajaan Abaikan Pembeli, kerajaan pentingkan pemaju’.
Dalam pada itu, Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor berkata pemaju berjanji fasa pertama untuk 231 unit rumah teres kos sederhana akan disempurnakan pada bulan Mac 2011, manakala fasa kedua bagi 179 unit rumah pangsa kos rendah disiapkan pada Jun 2012.
”Lawatan tapak bersama agensi kerajaan juga ada dibuat pada 27 Februari lalu, malangnua sehingga kini wakil pembeli mendapati janji pemaju masih belum ditunai,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, satu memorandum dari wakil pembeli telah dihantar ke Parlimen pada hari selasa, bagi mendesak Kerajaan Persekutuan khususnya di bawah Jabatan Perumahan Negara dan kementerian bertanggungjawab mengambil tindakann sewajarnya suapaya projek itu dapat disiapkan segera.

Rabu, 18 April 2012

PEMUDA PAS Johor Sokong Mansuh PTPTN



Blog ibn_bacoks

SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyatakan sokongannya kepada gerakan Mahasiswa yang berhimpun bagi membantah skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menuntut pendidikan percuma diberikan kepada mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Setiausahanya, Mahadzir Mat Zili, keberanian para mahasiswa seperti anak muda yang berkumpul itu perlu dicontohi dan ia dilihat sebagai satu cara mendesak kerajaan supaya pemansuhan itu menjadi kenyataan meskipun terpaksa berkampung dengan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.

”Kita (DPPNJ) menyokong tindakan itu dan Insya-Allah kalau Pakatan Rakyat (PR) dapat kuasa ke Putrajaya kita mansuhkan dan jadikan pendidikan percuma untuk rakyat,” katanya ketika menghubungi ibn bacoks sebentar tadi.

Difahamkan, sebagai tanda sokongan kepada tindakan mahasiswa terbabit, DPPNJ telah menghantar dua orang exconya iaitu Mahadzir Mat Zili dan Salleh Tamjis untuk mengadakan lawatan ke Dataran Merdeka selasa lalu.

Sedikit sumbangan diserahkan kepada wakil mahasiswa terbabit sempena lawatan tersebut. Akhbar sebelum ini melaporkan kira-kira 500 mahasiswa pro-demokrasi berhimpun di beberapa kawasan ibu negara bagi menyuarakan permintaan ke arah pemansuhan skim pinjaman tersebut.

Perhimpunan itu bermula di Masjid Jamek kira-kira jam 2 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka jam 2.30 petang, bergerak untuk berkumpul di hadapan Kompleks Sogo jam 3 petang dan kembali semula ke Dataran Merdeka jam 3.45 petang.

Malah, sebagai simbolik kepada tuntutan mereka itu kumpulan yang menyertai perarakan itu turut berarak bersama gambar dua pemimpin yang dikalungkan bunga itu ketika mereka menuju semula ke Dataran Merdeka.

PTPTN : Mahasiswa Diajar Berhutang ?



PONTIAN – Adam Adli Abdul Halim, Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) berpendapat para pelajar negara ini telah diajar berhutang ekoran rasa terbeban dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau yang juga ikon anak muda kepada kelompok mahasiswa pro-demokrasi mempersoalkan ketidakmampuan kerajaan di mana soal pendidikan secara percuma tidak diletakkan keutamaan dan baginya tiada alasan untuk tidak memansuhkan skim pinjaman tersebut.
”Bayangkan belajar 11 tahun. Habis sahaja nak masuk Universiti. Dapat apa? (setelah tamat pengajian), hutang!.
”Rakyat menangis tengok menteri naik helikopter, yang kita naik beca. Tapi hari ini cukup, anak muda Islam berdarah panas. Kita buka mata (lahir ke dunia) tengok ayah ibu susah. Kita bukan anak raja tapi rakyat biasa.
”Lepas 54 tahun cukuplah anak muda buka mata tengok rakyat susah boleh duduk diam kah?. Mahasiswa dikurniakan Allah kebijaksanaan. Tidak boleh tengok menteri rasuah.
”Walaupun jumlah anak muda tidak ramai tapi yang ratus-ratus ini akan gegar. Mana boleh duduk diam,” tegasnya lagi.
Adam berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di majlis Pidato Anak Muda di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Che Gu Bard, Shazni Munir (GAMIS), Syed Omar, NGO Anak Muda, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Selasa, 17 April 2012

Masalah Berulang, MPJBT Perlu Bertindak



SKUDAI – Dr Boo Cheng Hau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Skudai, mendesak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) bertindak kerana sistem perparitan tidak sempurna di kawasan medan selera Jalan Emas Putih 4, Taman Sri Skudai dekat sini, menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan peniaga ekoran terpaksa berhadapan masalah busuk sejak lebih setahun lalu.
Menurut Ketua Pembangkang DUN Johor itu lagi, pihaknya telah menerima banyak aduan berkaitan masalah yang sama namun perkara itu berulang walaupun tindakan sudah diambil.
”Saya berharap pihak MPJBT memandang serius terhadap perkara ini dan menjalankan pemantauan agar kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan mengikut jadual,” ujarnya yang juga Pengerusi DAP Johor dalam satu kenyataan.
Difahamkan, sistem perparitan itu yang tersumbat menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan air longkang masuk ke dalam kawasan gerai apabila hujan lebat.
Malah, keadaan menjadi semakin buruk ketika cuaca hujan yang menyebabkan bau busuk dan kotor di sekitar gerai.
Sejumlah 50 peniaga gerai makanan terpaksa menutup perniagaan masing-masing apabila air longkang memasuki gerai ketika hujan.
Dalam pada itu, ada juga penduduk yang mendakwa ia berlaku sejak kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Sri Skudai dijalankan berhampiran kawasan gerai itu kira-kira setahun yang lalu.

Agama Dan Melayu : Pembohongan UMNO Didedah



PONTIAN – Che’ Gu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan lagi beberapa siri pembohongan UMNO berhubung isu Melayu hilang kuasa dan memartabatkan Islam.
Hal ini kerana katanya, Melayu-UMNO merupakan dua entiti yang berasingan dan masyarakat harus memahami perkara ini dengan betul supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah mereka.
Sebelum ini, katanya perundangan negara menetapkan 3 juta hektar telah diisytihar tanah rizab bagi orang Melayu namun dua tahun kebelakangan ini dakwanya hanya tingga 1.7 hektar sahaja.
”Mana yang lain? Kalau nak jual, juallah pada Melayu. Ini harus diganti. UMNO perangai buruk. Mesyuarat Exco tanah Melayu boleh bertukar tangan.
”Di Johor banyak tanah hilang. Bilakah DAP jadi menteri besar Johor?. Tanah Johor peratus yang tinggi.” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Pidato Anak Muda di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau berkata, UMNO sekali lagi memperbodohkan orang Melayu dengan mencipta dakyah bahawa merekalah pembela Melayu.
Sedangkan tambahnya lagi, dengan mempersoalkan tindakan menteri  yang menjaga agama didakwa selewengkan duit zakat nyata tersasar dari penyataan sebenar.
”Jamil Khir, lantik peguam lawan kes Datul Seri Anwar Ibrahim guna duit zakat lawan undang-undang Islam. Dia seleweng duit zakat, boleh tak jaga agama?” katanya lagi.