Sabtu, 31 Disember 2011

HOSPITAL Pontian Perlu Dinaik Taraf : Ahmad Maslan Dikecam


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN – Blogger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Ramli mengecam tindakan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang membuat pelbagai kenyataan tentang kejayaan UMNO-Barisan Nasional membangunkan negara ini sebaliknya di kawasannya sendiri diibaratkan ‘jauh panggang dari api’.

Hal ini, katanya berikutan kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu yang dakwanya kurang  peka kepada keperluan masyarakat di Pontian yang berkehendakkan supaya Hospital di daerah itu dinaikkan taraf.

Jelasnya lagi, Hospital Pontian yang telah dibina sejak seratus tahun lalu dakwanya masih berkeadaan biasa tanpa banyak perubahan yang boleh dibanggakan.

”Saya syoknya (seronok) berada di Pontian sebab ada menteri jaga Felda. Dia jaja ke sana sini. Makin kempen, makin peneroka tolak Felda. Rupa-rupanya orang sudah tak percaya.

”Akhirnya ramai yang protes. Di Bera ramai pemimpin UMNO kata, baik ikut PAS.

”Saya sedih di Pontian. Bila tengok Ahmad Maslan berceramah hebat. Pergi Hospital Pontian ! sampai hari ini macam itu aje. Dari tahun 1917 hingga sekarang dah dekat 100 tahun hidup (beroperasi). Dia cakap kat Felda di Bera, ada bangunan canggih.

”Takkanlah tak nampak (keadaan) Hospital (Pontian). Bagi saya Ahmad Maslan tak nampak di Kawasan sendiri. Rakyat Pontian nak buat perubahan. Hospital kena naik taraf. Ini isu di kawasan ini.” tegas beliau lagi dengan merujuk kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Sementara itu, bekas calon PKR DUN Kemanyan di Parlimen Bera itu turut menegaskan bahawa jentera penerangan parti di setiap peringkat harus digerakkan semaksimum yang mungkin.

Dengan mewujudkan satu blog di setiap cawangan katanya mempunyai kelebihannya tersendiri dan hasil penulisan itu perlu diedar ke seluruh pelusuk kampung supaya masyarakat memiliki maklumat yang tepat dan benar.

”Peranan Blogger penting. Tapi macam mana nak sebarkan. Pertama, jangan lupa buat blog satu cawangan satu blog.

”Kedua, mesti print. Tapi mesti disebarkan di Masjid-masjid. Berita-berita panas,” katanya lagi sebagai bekas calon yang kalah dalam pilihan raya kerana majoriti pengundinya adalah dikalangan orang Asli.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Jumaat, 30 Disember 2011

BERPOLITIK Medan Untuk Cari Redha Allah


PONTIAN – Gelanggang politik merupakan medan untuk mencari keredhaan Allah SWT kerana ia dilihat sebagai satu juzuk di dalam Islam, kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor.

Oleh yang demikian, PAS terangnya bukan hanya dilihat sebagai badan politik atau pun dakwah semata-mata.

Gabungan dari elemen itu katanya, telah menjadikan Jemaah Islam seperti PAS mengambil pendekatan berpolitik sebagai penampan bagi mendokongi matlamat perjuangan Islam.

”Dalam siasah ada perhitungan kami. Kita amal siasah dan dakwah. Dalam dakwah punya perhitungan dakwah, begitu juga politik.

”Tindakan Nabi SAW ambil perhitungan ini. Satu ketika Nabi SAW marah kepada kaum Munafiq yang menghalang pergi perang.

”Sabdanya yang bermaksud, ‘kalau Aku tak takut orang akan kata Muhammad yang bunuh kawannya lalu aku pancung leher-lehernya’,- sebab ada hitung baik dan kesan buruk. (perhitungan) Maslahah (baik) dengan mafsadah (buruk). Ini sunnah Nabi SAW,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah umum di Pekan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut berhubung kerjasama politik yang diamalkan PAS, beliau bagaimanapun berkata, hari ini kaum bukan Islam sama terpanggil untuk bangkit menyokong gagasan tersebut.

Katanya lagi, kebanyakan gerakan Islam yang berada di Timur Tengah dipercayai turut mengambil pendekatan yang sama sehingga berjaya menghasilkan sokongan yang luar biasa daripada pelbagai agama dan kaum di negara masing-masing.

”Seperti Nabi SAW sebut pada 16 tahun umurnya. Satu perjanjian Quraisy termeterai untuk bela golongan tertindas. Haflul fudhul. Untuk tegak keadilan tolak zalim.

”Kalaulah diundangnya, aku akan terima perjanjian itu-maksud sabda Nabi SAW.

”Pengalaman baru gerakan Islam (massa). Parti Nadwah di Syria, Ikhwanul Muslimin Mesir dan Marocco. Bawa pendekatan baru (tahaluf siasi atau kerjasama politik), tampilkan Islam. Agama dan pemerintahan untuk menangi semua kaum dan agama (sebab) Islam (bawa) rahmat ke seluruh alam,” tegas beliau lagi.

Sementara itu, beliau menambah lagi dengan katanya UMNO telah menyerang PAS dengan membawa isu negara Islam kerana sekutunya MCA boleh mengambil peranan menanam dakyah dengan harapan boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang bukan Islam.

Sebaliknya, apabila PAS membawa konsep Negara Berkebajikan, parti yang berfahaman kebangsaan seperti UMNO itu pula cuba sedaya upaya mengalihkan isu kerana bimbang sokongan tidak lagi berpihak kepada mereka.

Beliau berkata, konsep Negara Berkebajikan mempunyai makna dan pemahaman tersendiri. Manakala Negara Kebajikan pula suatu perkara yang berbeza.

”Kenapa Negara Berkebajikan bukan Negara Kebajikan? Pertama, ada sistem dan pemahaman.

”Ini orang takut. Maksudnya memang punya sandaran daripada ulamak-ulamak besar ‘baldatun tayyibatun wa rabbul ghafur.

”Negara Berkebajikan berkonsep inklusif. Satu pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan.

”Ini yang PAS cuba bawa. Bukan cakap Negara Berkebajikan dengan imbuhan dan subsidi,” tegasnya lagi.

Khamis, 29 Disember 2011

Jom Naik Ke Sekolah 2012

Oleh : Ibn_bacoks

PONTIAN – Bagi meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan disaat menjelangnya sesi persekolahan 2012 maka PAS Kawasan Pontian di bawah Lajnah Kebajikannya telah mengadakan program Jom Naik Ke Sekolah 2012.

Menurut ketuanya, Sdr. Samsudin Jaafar berkata pelbagai cara telah dilakukan oleh pihaknya bagi membantu golongan yang dhaif tanpa mengira aliran fahaman politik sebelum ini.

Program ini, ujarnya adalah antara usaha yang berterusan bagi memperkenalkan PAS di mata masyarakat dan memberi peluang kepada orang ramai beramah mesra dengan kepimpinan parti itu di peringkat Pontian.

”Tujuan kami (PAS Pontian) untuk bantu keluarga yang kurang berkemampuan dan ingin perkenalkan PAS kepada masyarakat,” ujarnya ketika dihubungi Mtd-benut.blogspot.com semalam.

Tinjauan mendapati, program yang melibatkan sebahagian daripada anak-anak yatim kawasan Pontian itu, turut diberi nama Majlis Meraikan Anak-anak Yatim Lepasan UPSR telah diadakan dalam satu majlis yang penuh ceria di perkarangan Pusat Membeli Belah PasarayaKu cawangan Pontian, dekat sini, pertengahan bulan ini.

Difahamkan, kira-kira 94 orang anak yatim yang diraikan itu adalah terdiri daripada kalangan murid sekolah rendah iaitu 68 orang manakala bagi lepasan UPSR pula 26 orang.

Sumbangan cenderahati, kupon RM50 setiap orang dan membuka akaun secara percuma bernilai RM10 telah disumbangkan oleh PAS Kawasan, PasarayaKu dan Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Pontian.

Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu, turut dihadiri Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut. Majlis berakhir jam 1.00 tengah hari.

Rabu, 28 Disember 2011

Bina Semula Papan Tanda : Simbolik Kepada Angkara Khianat

Oleh : Ibn_bacoks


PONTIAN - PAS Dun Benut mengambil pendekatan pro aktif dengan tidak melatah berikutan papan tanda pada salah sebuah cawangan PAS di Kampung Permatang Duku, Benut telah disabotaj pihak tertentu beberapa bulan lalu, kata Sdr. Saiful Amri A. Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.


Sebaliknya, sebagai sebuah parti yang berpengalaman menghadapi provokasi pihak lawan ujarnya ternyata tidak memberi kesan sedikitpun dengan permainan kotor dan tindakan tidak bertamadun seperti itu.


Malah, pihaknya bersama ahli cawangan lain telah membinanya semula dan telah didirikan bersebelahan papan tanda yang telah disabotaj dengan harapan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut boleh menilai baik dan buruk daripada perbuatan sebegitu.


"Singboard Pas Cawangan yang baru dinaikkan semalam. Singboard di bawah telah dicat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua politik budaya mafia mereka telah buat di Parlimen Pontian langsung tiada (beri) kesan kepada kami. Kami (akan) terus fokus (kerja-kerja) bagi menumbangkan kezaliman BN," terangnya dalam satu kenyataan semalam.


Menurutnya lagi, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan sebagai tindakan balas terhadap PAS yang berjaya menubuhkan dua buah cawangan baru iaitu di Kampung Permatang Duku dan Parit Betak pada awal bulan ogos yang lalu.


Tambahan pula dengan kehadiran Ir. Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak beberapa bulan dari penubuhan rasmi cawangan itu semakin memberi tamparan hebat menyebabkan pihak tersebut menjadi gelabah sehingga mencetuskan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini.


"Waktu Ir. Nizar datang, sekali lagi mereka buat sabotaj dengan gantung kain rentang provoke supaya majlis tersebut tidak mendapat sambutan," katanya lagi.

Untuk rekod, Kampung Permatang Duku adalah pemenang Kampung Tercantik peringkat kebangsaan dan menjadi kebanggaan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Semalam, acara mendirikan papan tanda baru telah dilakukan dengan dihadiri Hj. Ahmadi Arjoh, Ketua Cawangan PAS Kampung Permatang Duku, Sdr. Mohd. Rosdi Mohd. Noh, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Permatang Duku dan sebahagian besar ahli cawangan tersebut.

Selasa, 27 Disember 2011

Pemimpin Yang Takabur Dan Menyeleweng Dikecam

Oleh : Ibn_bacoks

PARIT RAJA – Selebriti terkenal, Bob Lokman mengecam perbuatan kebanyakan para pemimpin negara ini yang disifatkannya ‘takabur’ dan ‘menyeleweng’ dengan tidak mengendahkan amaran Allah SWT.

Beliau menambah lagi dengan menasihati golongan itu agar tidak mempermainkan Islam seperti mendoktrinkan dalam minda masyarakat satu fahaman yang cuba memperkecilkan kekuasaan Pencipta mereka.

”Islam jaga bangsa. (sebab) yang mulia (bangsa) kerana agama. Jangan (tanam fahaman) kata, kalau kerajaan BN (UMNO-Barisan Nasional) tak ada hari ini, tak ada kita. Jangan berlagak. Kita dipimpin orang yang bertakabur,

”(kenapa) Tak ada (kalangan pemimpin) yang (ber)kata, ekonomi jatuh kerana peringatan Allah. Sebab ramai Menteri yang makan rasuah. Oleh itu, marilah kita solat taubat di Parlimen,” ujarnya bernada sinikal sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Selain itu, beliau turut menyelar tindakan seorang Menteri Kabinet yang tidak menggunakan peluang berkuasa untuk memperbaiki diri dan negara sebaliknya mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan kuasa bagi perkara yang lain.

”Lembu duduk dalam kondo tanda kiamat. Pelik! Nasib baik lembu tak pakai kondom.

”Menteri kata, itu urusan suami. Dia Menteri yang jaga keluarga, hal keluargapun tak tahu, macam mana buat kerja,” tegas beliau lagi

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata PAS adalah pilihan utamanya setelah bersara dari bidang lakonan berbanding UMNO kerana parti itu memperjuangkan iman dan akidah.

Perkara itu berlaku, katanya kerana persekitaran yang ada hari ini menggalakkan manusia lupa kepada Allah SWT kerana sibuk dengan kehendak dunia.

Justeru, dengan penggabungannya kepada gerakan Islam seperti PAS ini, telah mendorongnya untuk  memperbaiki diri dengan harapan boleh menyelamatkan keluarga dan masyarakat daripada mendapat kemurkaan Allah SWT.

”PAS perjuangkan iman-akidah. Dalam perlembagaan (parti, letak Islam paling tinggi), itupun niat dalam hati untuk apa berjuang? Masuk (PAS) kerana Allah. Bukan seseorang.

”Sepuluh bulan (sertai PAS) memang ada cacat. Keluar (PAS) tak sekali, apa lagi bersuara (kenyataan yang bercanggah) di luar kandang. (perbuatan) Ini sudah terasing dengan kumpulan yang ada,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah di perkarangan Dataran Parit Daun, Parit Raja, Parlimen Sri Gading, dekat sini, semalam.

Hadir sama Hj. Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading.

Isnin, 26 Disember 2011

DPPK Pontian Tawan Pulau Pisang

Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Pulau Pisang yang berada di perairan Selat Melaka berhampiran Pontian telah berjaya ditawan oleh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian menerusi program REHLAH PEMUDA Ke Pulau itu. 

Menurut ketuanya, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad berkata program ini merupakan kemuncak kepada aktiviti untuk tahun 2011 selain bertujuan mengeratkan ukhuwwah sesama sendiri ia turut memotivasikan para ahlinya bagi mendepani cabaran semasa.

''Antara cabaran yang kami hadapi seperti dalam perjalanan ke pulau tiba-tiba enjin bot menghadapi masalah. Gear tak boleh nak undur ke belakang.

''Kami terpaksa menghadapi detik cemas. Di situlah kami letakkan pergantungan kepada Allah 100%. 

''Cabaran lain seperti tidur ditemani berjuta unggas. Pakai ubatpun tak jalan (mujarab). Ini memang menguji kesabaran,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata program susulan akan dilakukannya sejurus menyelesaikan misi pertama ini dengan perancangan yang lebih teratur lagi. Selain aktiviti fizikal seperti memancing katanya pengisian kerohanian perlu dilakukan kerana sudah menjadi tanggung jawab buat pemuda PAS memiliki ketahanan dari dua aspek tersebut.

''Cabaran memang besar. Selain hujan turun mencurah-curah. Ada dikalangan kami mendapat luka-luka kecil. Insya-Allah di masa akan datang, program ini akan diimbangi dengan pengisian tarbiyyah ruhiyyah,'' jelasnya lagi.

Mtd-benut.blogspot.com difahamkan, para peserta program rata-ratanya mempamerkan kegembiraan setelah berada di Pulau yang tidak berpenguni itu selama satu hari dua malam telah mengalami seribu satu pengalaman baru buat mereka.

Bagi Abdul Kadir Abdul Wahab, Pengerusi Pilihan raya, Dewan Pemuda PAS Pontian berkata sewaktu bertolak dari jeti nelayan di Kampung Parit Sayang, Benut, mereka menempuhi perjalanan selama 5 jam dengan menikmati pemandangan lautan yang amat luas telah memberi keinsafan bahawa Allah itu Maha Besar.

''Gembira ada, cemaspun ada. Bertolak dari pukul 10.00 pagi sampai sana 3.00 petang. Tengok kanan kiri laut,'' ujarnya ketika ditemu bual Mtd-benut.blogspot.com.

Ahad, 25 Disember 2011

Kubu Kuat UMNO : Tiada Jaminan Ia Akan Kekal Di Johor – Prof. Aziz Bari


Oleh : Ibn_bacoks

PONTIAN – Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan Malaysia memberitahu bahawa Johor walaupun dianggap kubu kuat UMNO namun ia bukan jaminan kepada parti berfahaman kebangsaan itu boleh mengekalkan kuasanya.

Hal ini, kerana katanya PAS dan Pakatan Rakyat berpotensi mencetuskan kebangkitan itu dengan kepelbagaian cara dan kaedah sehingga umum tidak menyangka peluang itu dianggap cerah.

Beliau berkata, dengan pengamatannya selama ini terhadap perkembangan semasa di Johor memberi keyakinan bahawa negeri itu bakal mencatatkan sejarah baru setelah menyedari banyak usaha dan pengorbanan telah dilakukan oleh orang terdahulu.

”Saya yakin kena ada usaha pengorbanan seperti nenek moyang kita. Seperti Dr. Sanusi (Daing Mariok, mantan Naib Presiden PAS). Saya dengar cerita Pontian-Batu Pahat (Dun Benut) dekat di hati. Isu (kontroversi seperti) cawat besi, peristiwa (amuk) Jaafar Patola.

”Insya Allah Johor akan jadi medan (terbaik). Bukan tak boleh berubah. Kebetulan Johor negeri yang ditubuhkan UMNO, itu bukan satu jaminan akan kekal (berkuasa),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya di Majlis Syarahan Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian bersama Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut di Unit Peti Undi Parit Betak Benut, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama HJ. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Beliau turut dilaporkan berkata, banyak petanda yang boleh membenarkan penyataannya itu antaranya satu soalan wartawan kepada YB Salahuddin Ayub berhubung kedudukan tempat bertanding dalam Pilihan raya seolah-olah ada suatu yang tersirat disebalik pertanyaan itu.

Selain itu, UMNO jelasnya kini tidak lagi boleh berbangga sebagai parti tertua di negara ini sebaliknya PAS merupakan parti yang sudah lama bergerak sejak ia ditubuhkan lagi.

”Johorpun sama. Johor akan berlaku tsunami dengan pertanyaan wartawan pada Yb Salahuddin. Tak mahu balik Johor?.

”Aktivis PAS (adalah) tertua di negara ini. UMNO dah mati pada 1987. (ia) diharamkan oleh Mahkamah. PAS (adalah) parti tertua (di Malaysia).

”Tahun itu, tubuh UMNO baru supaya Kuli tak boleh masuk (UMNO baru). Bahawa UMNO sekarang, bukan yang asal,” tegas bekas pensyarah UIA itu lagi.

Sementara itu, beliau yang telah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 32 tahun itu berkata Johor boleh menjadi penyumbang untuk menawan Putrajaya setelah memperlihatkan kehadiran orang yang begitu ramai pada majlis penerangan rakyat meskipun berada di kawasan Ahli Parlimen Datuk Ahmad Maslan, ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Malah suasana itu katanya tidak berlaku dahulu, tetapi kini ia telah berubah ekoran ramai yang hadir adalah khalayak yang terdiri daripada kaum wanita dan masyarakat yang jauh terpencil dari maklumat sebenar.

”Untuk khalayak atau audien seperti ini (tempat ceramah) di Johor, insya Allah akan menang. Untuk yakinkan orang perempuan, tak mustahil.

”Jangan perkecilkan kemampuan orang kampung. Saya (ingin bagi amaran kepada UMNO), di Johor ada potensi untuk berubah. Jangan remehkan kebijaksanaan masyarakat (kampung) itu.” katanya lagi di hadapan lebih seribu orang yang setia mendengar meskipun hujan turun di kawasan tersebut.

Ketika ditanya oleh Mtd-Benut.blogspot.com setelah penyerahkan surat perletakan jawatan sebagai pensyarah di UIA baru seminggu dilakukan iaitu berhubung pilihannya untuk menyertai mana-mana parti politik setelah bersara, beliau berkata ”Nantilah (akan buat kenyataan). Pakatan Rakyat ! DAP kot?” katanya dengan nada berseloroh.

Sabtu, 24 Disember 2011

Banjir : Kenyataan Pemimpin BN Diselar

Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Dr. Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR menyelar satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang anggota Parlimen Barisan Nasional negeri ini berkenaan cara Kerajaan Johor menangani masalah banjir.

Katanya lagi, adalah suatu perkara yang janggal situasi banjir itu dikaitkan dengan bencana alam sedangkan masalah seperti itu boleh berlaku kerana kebanyakannya mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan persiapan atau dipanggil bantuan yang telah disediakan didakwa tidak sampai ke golongan sasar sebaliknya ada tangan ghaib yang mendahuluinya.

''Apa yang disebut YB BN, persiapan itu hanya hadapi bencana alam.

''Bila hujan datang, (berlaku) banjir. Dia siapkan bantuan seperti sampan, motorbot untuk pindahkan orang (supaya kerja-kerja pemindahan menjadi) senang.

''Kedua, bila ada bantuan mencurah, Sebahagian besar (agihan bantuan) akan pergi ke ketua kampung. Sampai ada ketua kampung terpaksa ditangkap (adakah) kerana gelapkan barang bantuan?,'' dakwa beliau lagi. 

Malah, beliau turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya membuat kenyataan seperti itu sedangkan perkara ini merupakan tanggung jawab sebuah kerajaan bagaimana mahu menguruskannya.

''Dia hanya (apabila) hadapi apabila bencana alam. Kerajaan manapun mesti buat. Bila jadi kerajaan, dia kena buat tanggung-jawab itu,'' jelasnya lagi ketika menyampai satu ceramah umum anjuran PKR Cabang Pontian di Dun Benut baru-baru ini.

Beliau menambah lagi dengan katanya akibat gagal mengurus agihan berupa barang bantuan maka beliau beranggapan bahawa kerajaan BN tidak melaksanakan tanggung jawab dengan betul.

''Ini bezanya ada kerajaan tak bertanggung-jawab. Seleweng bantuan dan kemudahan untuk kroni-kroni mereka. Cara manusia @ BN urus masalah negara.

''Tapi kerana rakus, tamak dan mahu cari kekayaan, kita terpaksa hadapi masalah,'' katany lagi.

Justeru, terangnya lagi kerajaan BN telah gagal menguruskan negara dengam baik dan kesilapan itu telah mendorong Pakatan Rakyat membongkar salah guna kuasa bagi menyelamatkan rakyat negara ini daripada dikuasai oleh pemimpin yang menyusahkan rakyat.

''Kita harus salahkan dasar-dasar bagaimana urus (tadbir). Kalau gagal di situlah berlakunya banjir. Bukti dalam laporan Ketua Audit negara banyak penyelewengan. Kalau baca dalam media, kerajaan tak keluar,'' ujarnya lagi.

Jumaat, 23 Disember 2011

Lawatan : Untuk Erat Hubungan Dengan Bukan Islam

Oleh : ibn_bacoks 

PONTIAN - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor bersama PAS Kawasan Pontian telah mengadakan satu kunjungan ke atas sebuah keluarga kepada mendiang Tew See Keng yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah motorsikal dengan sebuah kereta di hadapan sebuah kilang, di Kampung Sanglang, Dun Benut, dekat sini, awal bulan ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Sdr. M Subramaniam, lawatan itu dilakukan bagi menyatakan perasaan simpati dan menyampaikan kata-kata semangat kepada kaum keluarga mendiang supaya mampu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun telah kehilangan orang yang disayangi.

Disamping itu, penyampaian sumbangan telah dilakukan dengan harapan boleh mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit.

''Kita daripada PAS ucapkan simpati kepada keluarga mendiang Tew See Keng. Kami juga ambil bahagian dalam kesempatan (buat kunjungan kepada) keluarga diatas kehilangan dan meninggalkan anak-anak supaya sabar. Manakala lawatan ini dibuat tanpa mengira (sempadan) kaum dan agama.

''(kunjungan ini) Sedikit sebanyak sumbangan yang sempat dihulurkan daripada pihak kami.

''Ucapkan terima kasih kerana beri laluan berucap dan kami hadir atas dasar peri kemanusiaan,'' Ujarnya lagi ketika menyampaikan ucapan pendek di hadapan lebih 300 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga mendiang.

Mtd-Benut.blogspot.com difahamkan, Mendiang Tew See Keng, 47, telah meninggalkan 4 orang cahaya mata yang terdiri daripada anaknya yang sulung, yang baru berusia 17 tahun, manakala yang bongsu pula sekitar 10 tahun. M Subramanian bersama kira-kira 25 ahli rombongan PAS Kawasan Pontian itu tiba ke tempat berkenaan pada pukul 8.30 malam.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Tee Ah Alex yang merupakan rakan kepada mendiang dan kunjungan berakhir beberapa jam kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian berkata hubungan antara PAS Pontian dengan masyarakat bukan Islam semakin erat berikutan siri-siri lawatan sebelum ini telah berjaya dilakukan.

Ujarnya lagi, semenjak penubuhan DHPP di peringkat Pontian, banyak program yang telah dianjurkan. Malah ia turut melibatkan kaum tersebut termasuk pada pengisian kuliah mahupun aktiviti keagamaan. 

''Dengan penyertaan program seperti kuliah, forum dan ceramah menunjukkan bahawa orang bukan Islam cukup berminat kepada PAS,'' ujarnya lagi ketika diminta mengulas program tersebut.

Khamis, 22 Disember 2011

Rakyat Akan Ikut Agama Pemimpin Mereka

Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Tanggung-jawab seorang pemimpin adalah besar sehingga boleh mempengaruhi kehidupan rakyatnya, kata Ustaz Ismail Dagang, Setiausaha Dewan Ulamak Negeri Terengganu.

Menurutnya kajian ulamak terdahulu memperlihatkan keselesaan dan kebimbangan ini berkait rapat dengan gaya dan peribadi seseorang pemimpin.

Malah katanya lagi rakyat akan menjadi baik kalau seorang pemimpin itu cenderung kepada kebaikan, manakala rakyat boleh jadi binasa jika tindakan pemimpin itu melencong dari nilai-nilai murni.

''Kajian ulamak tentang pemimpin. Zaman Muawiyah 4 sample yang mempunyai hubungan dengan rakyat. Pertama, Hajjaj Yusof Assaqafi, dianggap ganas kepada rakyat. Perbincangan rakyat di kedai-kedai kopi, siapa yang kena tangkap hari ini?

''Kedua, Al Walid pula suka projek. Rakyat berbicara soal projek. Ketiga, Sulaiman suka kahwin banyak bini. Rakyat berbicara bini berapa?. Keempat, Omar Abd Aziz seorang yang warak, kuat berqiamullail, banyak baca quran dan berpuasa. Rakyat tanya engkau puasa ke belum?

''Konklusi, rakyat ikut agama pemimpin mereka,'' jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliahnya di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau melahirkan kekecewaan kepada gaya kepimpinan negara ini yang dakwanya begitu boros dalam mengurus perbelanjaan negara sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

Hal ini katanya boleh menyebabkan berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan sehingga menjadikan rakyat terbeban dengan pelbagai kenaikan barangan dan perkhidmatan.

''Hari ini, apa yang berlaku rakyat hari ini. (isu) Beli teropong, (isu) Audit. (isu) Ketirisan, salah guna kuasa dan cara pemerintahan UMNO,'' ujarnya lagi. Dalam pada itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak yang cuba menyamakan PAS dengan UMNO sedangkan dasar perjuangan kedua-dua parti sudah membuktikan perkara ini tidak benar.

''Perjuangan PAS bersambung dengan Nabi SAW. Sebab itulah buat Tahalluf Siasi. Orang kata, PAS serupa UMNO. Seperti Lembu mati. Yang ini kena sembelih. Yang satu lagi kena langgar lori, kan berbeza !'' terangnya dengan beranalogi.

Oleh yang demikian, beliau menambah dengan katanya bahawa perlunya kepada perubahan kepimpinan negara hari ini setelah kemelut dan permasalahan menemui jalan buntu akibat pelaksanaan undang-undang Allah SWT itu tidak dilakukan.

''Saya cakap tentang pemimpin tengah kita besar nak tumbangkan BN. 150 000 pembuangan bayi. Bila duduk tanpa ibu bapa, bila besar jadi nakal. Siapa yang akan susah? Sebab itu Islam datang nak jaga benda ini,'' jelasnya lagi.

Rabu, 21 Disember 2011

2 Potensi Untuk Menangi Hati Rakyat JOHOR

Oleh : ibn_bacoks

''UMNO (adalah) parti politik. Ia barang yang boleh ditukar ganti,'' demikian penegasan yang dibuat oleh Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Katanya lagi, JOHOR yang sinonim dengan jolokan 'Darul UMNO' boleh memberi kejutan dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13 jika para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri ini memanfaatkan formula yang telah dikenal-pasti.

Beliau secara tegas menyatakan bahawa adalah suatu perkara yang tidak mustahil boleh berlaku setelah dengan persepsi atau tanggapan politik rakyat negeri ini berjaya diurus dengan cara yang betul.

Katanya lagi, dengan sogokan 'hanya UMNO sahaja yang boleh perintah' merupakan senjata yang digunakan supaya kerajaan BN boleh kekal selamanya merupakan dakyah yang karut lagi mengarutkan. 

Sehubungan itu, mentaliti seperti itu harus dibuang dan diganti dengan melakukan perbandingan lain di negeri yang di menangi PR bagi mengimbangi kebobrokan BN supaya tidak terus menyongsangkan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu di negeri ini.

''Dasar perjuangan perkara yang sukar nak ubah. Contoh persepsi dalam politik, tanggapan ini didoktrinkan bertahun-tahun.

''Begitu diletak dalam pemikiran rakyat, yang boleh perintah UMNO. Kalau tak ada, siapa nak perintah? Ada pembangunan UMNO tak ada UMNO, tak ada pembangunan. Kalau tak ada UMNO siapa nak jaga Melayu.

''Ini tanggapan yang orang Melayu terpaksa sayang kepada UMNO sebab persepsi ini ada dalam fikiran rakyat. Mereka tak tengok parti lain tapi semua UMNO. Oleh itu, UMNO adalah segalan-galanya.

''Di abad ini, UMNO kalah terutama di Kelantan sudah 20 tahun. (tapi) pembangunan ada. Orang Melayu ok. Huru-hara berlaku? Ertinya tak ada UMNO, Melayu ada. Pembangunan ada,'' ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis Ceramah Umum baru-baru ini.

Dalam pada itu, ujarnya lagi bagi membuang persepsi buruk kaum Cina kepada PAS maka bukti kejayaan pemerintahan Tuan Guru Hj. Nik Aziz Nik Mat di Kelantan boleh diketengahkan.

Hal ini, kerana katanya supaya dapat memecahkan tembok kebimbangan bukan Islam setelah melihatkan aktiviti keagamaan dan kebudayaan mereka tidak disekat seperti yang didakwa.

''Orang bukan Islam ditanam, kalau PAS perintah habis 'awang liku' dipotong. Budaya (mereka) tak boleh diamalkan. Ini kebimbangan yang ada. Ini yang diberitahu mereka.

''PAS parti tak boleh bertolak ansur? Ini pendapat umum orang Cina. Sekali lagi (berjaya) perintah Kelantan, berapa 'awang liku' yang kena potong? Bahkan kebudayaan mereka boleh diamalkan.

''Ertinya perubahan berlaku, rakyat lihat dari kepala mata. Lisanul hal. Pembaharuan ini sebab yang perintah PR di Malaysia,'' jelasnya lagi.

Sementara itu, tegasnya lagi menjelang PRU 2008 yang lalu, rakyat mahukan perubahan. Sebaliknya orang Melayu pula tidak menunjukkan tanda ke arah itu.

Namun kejayaan menumbangkan Barisan Nasional (BN) ujarnya telah diperolehi dengan cara pengamalan sistem dua parti dalam negara ini.

''Bahkan kalau nak buat perubahan tak dapat kita rayu, lawan BN 1-1. Rupanya BN tak kuat mana. Hilang 5 negeri. Pergantungan BN hanya kepada Sabah, Serawak dan Johor. Ini keputusan 2008.

''Kelantan sudah 21 tahun. Ertinya nak ambil balik dengan pelbagai cara. Tuduh macam-macam. Tok guru tak pandai perintah.

''Dia letak Kuli anak raja. Pak sedara Sultan. Dia jadi Pengerusi Perhubungan negeri. Lawan punya lawan kalah. Lebih baik sokong Tok Guru seperti royalti minyak. Ini nak ambik kelantan, ambil anak muda Anuar Musa lawan. Lagi teruk. Lebih baik jaga bola. Kali ini, tak boleh langsung. Mustafa Mohammad. BN tak ada harapan ambil Kelantan,'' jelasnya lagi.

Selasa, 20 Disember 2011

Dun BENUT Lahirkan Ramai Pimpinan PAS JOHOR

Oleh : ibn_bacoks

BENUT bagi kebanyakan orang dianggap asing kerana mungkin tiada catatan sejarah mahupun peristiwa penting yang berlaku bagi menonjolkan pekan tersebut kepada umum.

Namun bagi kebanyakan orang tua-tua di Dun ini, mungkin masih mengingati bahawa salah satu tempat yang menjadi perintis kepada pergerakan PAS itu menapak adalah di pekan ini berbanding di tempat-tempat lain dalam negeri Johor.

Dalam erti kata yang lain, PAS sudah punya penyokong sejak dahulu lagi. Buktinya, untuk rekod, cawangan kedua PAS di negeri Johor ditubuhkan di Benut pada 6 Mei 1959. Selepas itu beberapa cawangan lagi menyusul seperti di Sungai Tempayan, Pontian (24 Mei 1959), Pulai Sebatang, Pontian (3 Ogos 1959) dan Kampung Parit Kerimun, Benut (4 Ogos 1959).

Untuk paparan kali ini, Mtd-Benut.blogspot.com cuba menyorot seorang tokoh iaitu Haji Yusof Hakim, merupakan Pesuruhjaya PAS Johor yang Keempat iaitu dari 1969-1972. Beliau dipercayai berasal dari Benut, Johor.

Dilantik memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Johor yang Keempat dengan menggantikan Hajah Khadijah Sidek yang telah meninggalkan PAS tahun 1969. Sebagaimana gigihnya pimpinan-pimpinan terdahulu dalam memimpin PAS Johor, Haji Yusof Hakim juga tidak terkecuali dari memikul amanah ini.

Walaupun pada masa itu PAS Johor telah menunjukkan perkembangan yang agak memberangsangkan terutamanya di Batu Pahat, Rengit dan Senggarang namun bagi mengembangkan pengaruh PAS yang berada dalam keadaan begitu dhaif ketika itu, beliau telah mengorbankan banyak masa, tenaga dan juga wang ringgit semata-mata melihat cahaya Islam bersinar di negeri ini.

Dalam pada itu, kawasan dan cawangan masih tidak dapat ditubuhkan di seluruh negeri namun pengaruh PAS sudahpun menjalar ke beberapa kawasan lain seperti Mersing dan Muar. Ini terbukti apabila terdapat ramai calon PAS bertanding sejak pada pilihan raya Umum 1959 walaupun kawasan dan cawangan masih tidak wujud lagi di tempat bertanding pada ketika itu.

Justeru, adakah Benut bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam PRU yang akan datang? Jawapan mudah, WalLahu A'lam bissawab.

Isnin, 19 Disember 2011

PENJAJAH : Pisahkan Agama Dengan Politik Untuk Diwarisi



Oleh : ibn_bacoks

PENJAJAHAN Barat ke atas umat Islam sebelum ini telah menerapkan satu ajaran asing yang dikenali 'agama suku politik suku' menyebabkan fahaman itu sudah sebati dalam masyarakat.

Perkara ini ditegaskan oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan katanya sejarah tidak pernah mengatakan bahawa kedatangan Islam yang asalnya dibawa oleh pedagang Arab ke rantau ini hanya sebahagian sahaja ajaran dalam agama.

Akan tetapi pelaksanaan Islam dilihat menyeluruh setelah pemerintahan Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka menjadikan ajaran agama itu sebagai rujukan kepada pelaksanaan undang-undangnya.

''Islam di bawa ke Malaysia adalah sempurna bukan dipotong-potong sekerat.

''Islam perintah negara. Penjajah datang Portugis, mereka hapus kerajaan adil. Bawa ajaran asing dari Islam. Pisahkan politik daripada agama,'' ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, siri-siri penentangan telah dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah kerana ingin membebaskan Tanah air mereka daripada sebarang bentuk penjajahan sama ada fizikal mahupun pemikiran.

''Kedatangan penjajah ditentang seluruh penduduk serta yang datang ke Tanah Melayu.

''Masyarakat Bugis (seperti) Raja Haji. (masyarakat) Banjar (dan) Minang datang ke Tanah Melayu untuk menentang Penjajah. Ini penulisan sejarah sebenar.

''Nenek moyang bukan nak datang tanam kelapa tetapi (dengan tujuan) menentang Penjajah.

''Kemudian Penjajah angkut (kaum) Cina dan India. Tak cukup mengperhambakan Melayu di sini. Cina-India pun sama. (tujuan) untuk kaut hasil di bawa ke negeri Penjajah

''Islam ajar, bumi ini milik Allah. Hukum Allah hendaklah dilaksanakan. Ini diperkenalkan PAS . Perintah Kelantan, cuba laksanakan dengan adil,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, Tuan Guru yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang menegaskan kebaikan politik Islam dapat dilihat dengan pembentukan negara Islam pertama Madinah yang melibatkan sama masyarakat bukan Islam setelah kedatangan Baginda Muhammad SAW ke Tanah air mereka.

Menurutnya antara penyebab masyarakat tersebut ingin bersama Nabi adalah kerana mengetahui bahawa corak pentadbiran Islam itu telah diyakini keadilannya dan tidak mengamalkan sebarang bentuk penindasan terhadap kaum bukan Islam.

''Apabila pemimpin Madinah yang bergaul dengan Yahudi ahli Kitab. Manakala berita kelahiran Nabi membawa rahmat seluruh alam. Pemimpin Madinah kedatangan Nabi bersedia serahkan Tanah air dirikan negara yang adil

''Perkara menarik daripada hijrah bukan sahaja melibatkan orang Islam termasuk bukan Islam. Bukan semua tentang Islam termasuk kalangan orang bukan Islam, bencikan kezaliman,'' ujarnya lagi.

Ahad, 18 Disember 2011

Orang ASLI Mahu Tubuh Cawangan PAS


Oleh : Ibn_bacoks

PONTIAN – Walaupun komuniti ini dianggap Jauh daripada kemajuan. Tinggal pula di ceruk pendalaman. Pencarian nafkah kebanyakannya adalah sebagai nelayan, rupa-rupanya jauh di sudut hati mereka ada yang dahagakan perubahan.

Tidak kurang pula ada yang telah menyatakan sebagai penyokong. Malah apa yang membanggakan, ada yang mempunyai pengetahuan sangat mendalam tentang PAS dan isu semasa.

Perkara ini dapat dikongsi bersama kepada pembaca Mtd-Benut.blogspot.com apabila beberapa orang anak muda orang Asal Benut yang ditemui telah menyatakan kesediaan dan bercita-cita ingin menubuhkan sebuah cawangan PAS di kampung mereka.

Bagi seorang nelayan, Jefri, 27, berkata beliau amat berterima kasih dengan kunjungan daripada PAS Dun Benut yang bertujuan merapatkan silaturrahim dan memberi penerangan bagaimana undi bagi masyarakatnya itu sama nilainya dengan yang lain.

Oleh itu, katanya lagi hasrat ingin menubuhkan cawangan sudah lama dipendam lebih-lebih lagi dengan kehadiran rombongan tersebut semakin memberi suntikan semangat ke arah itu.

”Harapan nak tubuhkan satu cawangan (PAS) di Kampung Baru ini insya-Allah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, rakannya pula Mohd. Arif Ismail, 22, pekerja Operator Pengeluaran berkata pemerintah bagi sebuah negara Islam seharusnya menitik-beratkan soal perintah Allah. Tapi apa yang mendukacitakannya apabila tiba waktu sembahyang, kepekaan ke arah itu tidak berlaku kepada pihak pengurusan tempatnya bekerja.

”Saya kenal PAS (sejak) dari belajar (tentang) Islam. Saya kerja kilang contoh dari segi pakaian. Waktu kerja nak solat susah. (katanya) Negara Islam. Kena titik beratkan itu (solat). Tapi kecewa solat tak dipentingkan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebahagian masyarakat orang Asal telah diraikan oleh PAS Dun Benut pada program XPDC Dakwah di kampung Baru, Parit Lapis Sayang, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama juga, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barang keperluan harian kepada 6 keluarga yang terdiri daripada Ibu tunggal dan anak yatim.

Sabtu, 17 Disember 2011

Terap Konsep Negara Berkebajikan Hingga ke akar umbi


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Banyak dakwaan yang mengatakan konsep negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS adalah menyamai dengan istilah Negara Kebajikan yang diamalkan di negara Britain dan Sweden serta di Amerika Syarikat.

Sebaliknya, Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.

Walaupun aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.

Perkara ini diturut diakui oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian dengan katanya bahawa penerapan itu telah berjalan dan berjaya direalisasikan hingga ke akar umbi berikutan dengan pelaksanaan program XPDC Kebajikan dan Jejak Veteran anjuran PAS Kawasan Pontian.

Katanya lagi, selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pesakit yang dilawati, penekanan dari sudut semangat ruhiyyah melalui tazkirah penjagaan kesihatan dan pembacaan doa juga merupakan konsep kebajikan yang dituntut oleh agama.

"Dalam sesi lawatan itu, pihak kami turut menyediakan khidmat perubatan secara Islam dengan iringan doa-doa yang ma`thur serta ucapan-ucapan yang boleh menguatkan jiwa dan fizikal," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui Mtd-benut.blogspot.com sebagai reaksi kepada program XPDC Kebajikan dan Jejak Veteran di Kampung Parit Kerimun, Benut, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr. Hj. Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian dan Ustaz Fadhil Sarnap, Ketua Urusan Ulamak PAS Pontian.

Menurutnya lagi, program bermula dengan menziarahi pesakit strok iaitu Hj. Fuad Alias, Guru Besar di salah sebuah sekolah di daerah ini yang hanya terlantar di rumah sewaktu dilawati.

Sementara itu, ahli rombongan turut berkesempatan melakukan lawatan ke atas seorang lagi yang mengalami penyakit yang sama iaitu Harun Sanusi. Sepanjang sesi lawatan itu, Harun diberi peluang dengan pengubatan cara Islam daripada Ustaz Fadhil kerana penyakit yang dihadapi itu dikhuatiri ada kaitan dengan makhluk halus.

"Saudara Harun ini, kena strok dari pinggang ke bawah dan tak boleh bergerak. Saya
difahamkan ada 'sesuatu'. Bila Ustaz Fadhil rawat, alhamdulillah, ada sedikit perubahan," katanya lagi.

Pada program yang sama, XPDC diteruskan dengan mengunjungi seorang veteran PAS Hj. Muhammad Tahir Abdul Latif,76, yang merupakan penggerak awal PAS Dun Benut. Beliau yang seangkatan dengan Allahyarham Pak Turus, mantan Pesuruhjaya PAS Johor adalah antara individu yang terlibat menubuhkan cawangan PAS sekitar tahun 50-an iaitu di Kampung Parit Kerimun.

Untuk rekod, Dun Benut adalah ranting (kawasan) PAS Johor yang ke-2 yang berjaya ditubuhkan selepas di Johor Bahru sedikit masa dulu.

"Kami dapat berkongsi pengalaman bernilai dengan beliau bila cawangan itu mula-mula
ditubuhkan, pengasasnnya hadapi pelbagai ujian dan kebanyakannya sudah meninggal dunia," jelasnya lagi.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pisang AJAIB : Tiada Yang Ajaib Kalau UMNO Tumbang


Oleh : Ibn_bacoks

PONTIAN – Pisang boyan selalunya digemari oleh kaum ibu dengan mengenakan resepi turun temurunnya untuk membuat kuih lepat pisang.

Antara ramuannya ialah dilecek-lecek lalu dicampurkan air dengan tepung gandum, tepung pulut dan garam.

Apa yang menjadi kemusyilannya adalah kepada penggunaan kicap pekat yang turut ditaruh bersama air gula Melaka. Katanya supaya kelihatan lebih cantik.

Bagi generasi baru, sudah tentu tidak mampu untuk mengenal pasti pisang apakah yang sesuai untuk hidangan kuih tradisional itu. Apa yang penting, pisang sudah terhidang, maka disuapnya sahaja ke dalam mulut.

Pun begitu, disebalik keenakannya, ramai yang tidak tahu pada satu keajaiban yang Mtd-Benut.blogspot.com temui untuk paparan kali ini. Sebelum itu, pernahkah anda mendengar cerita ‘Pisang Boyan Kembar Ajaib’?.

Pemiliknya iaitu Tn. Hj. Abdullah Genu, 67, berkata selalunya bila pokok pisang itu disebut, ramai yang tidak ambil pusing tentang kewujudannya. Namun pisang yang ingin dimaksudkan ini berbeza dengan jenis pisang yang lain.

Anehnya, kejadian ini katanya merupakan pertama kali yang disaksikannya sendiri. Pisang boyan kembar yang berkongsi batang tapi bercabang dua dan berusia 10 bulan itu difahamkan mempunyai 4 sisir, namun yang menjadikan ia bertambah ajaib iaitu buah, kuantiti dan saiznya sama diantara satu sama lain.

”Ini baru pertama kali lihat. Sudah beratus ribu ditanam sejak umur dari bangku sekolah. Lebih 40 tahun. Ajaibnya ada 4 sisir, biji sama, saiz sama,” katanya lagi ketika ditemui di kebunnya, Kampung Sanglang, Dun Benut, baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau dilaporkan berkata keunikan pisang ini adalah salah satu dari tanda kebesaran Allah swt yang ingin diperlihatkan supaya manusia ini tidak sombong dan angkuh.

”Kalau ingin dibandingkan dengan kuasa Allah dengan manusia memang jauh,” katanya lagi.

Namun jelasnya lagi adalah suatu yang tidak mustahil sebuah kerajaan yang didakwa hebat pastinya ia boleh tumbang dengan izin Allah swt.

”Tak ada yang ajaib. Kalau Allah kata ‘Kun fayakun’, jadilah. Tak ada yang mustahil dan ajaib di Benut ini, UMNO boleh ditumbangkan. Sudah terlalu lama. (kejadian) Inilah kebesaran Allah,” ujarnya lagi.

Khamis, 15 Disember 2011

UMNO : Ibarat Diberi Ubat Tapi Enggan Telan


Oleh : Ibn_bacoks


PONTIAN – ”UMNO baca Quran seperti orang yang sakit diberi ubat hanya baca kat label tapi tak mahu makan. Macam mana nak sembuh?” demikian analogi yang diutarakan Ustaz Ismail Dagang, Setiausaha Dewan

Ulamak PAS Negeri Terengganu berhubung pemahaman terhadap isi kandungan ayat suci al-Quran.

Katanya lagi, Halal dan haram merupakan hak Allah swt sebaliknya manusia tidak mempunyai sebarang kuasa yang setanding denganNya.

”UMNO buat lesen judi, ambil hak Allah. Dia (UMNO) pertahankan lesen judi dan kilang arak, orang undi mereka.

”UMNO ubah jadi 3, 5, 6. Sebat 100 rotan. 3 tahun penjara. 6 sebatan. Berzina kena bawa 4 saksi. Hari ini saksi (ialah) bulu, DNA, darah.

”UMNO (terima) gubal undang-undang ini. Masyarakat sokong juga. Kalau masyarakat tahu (kesilapan), kalah UMNO,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanannya di Dewan Utama Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian.

Beliau menambah lagi dengan katanya, kuasa yang diperolehi adalah anugerah Allah swt bertujuan untuk menilai hambanya dengan bertindak sebagai ‘pengawal’ dalam aturcara dan urusan dunia.

Sudah tentu, katanya lagi dunia ini harus dikawal dengan undang-undang Penciptanya bagi mengelak kerosakan dan kemusnahan akibat tindakan meminggirkan arahanNya.

Ujarnya lagi, UMNO dilihat gagal menjadi ‘pengawal’ yang baik memandangkan tindakan parti perkauman itu terus mempertahankan peraturan yang dicipta oleh manusia sendiri.

”Imam Ghazali kata, agama ini asas. Barang yang tak ada asas, tumbang. Dan pemerintah ini pengawal. Barang yang tak ada pengawal sia-sia. UMNO tak kawal agama. Hukum tak dilaksanakan.

”Yang urus kita hari ini, undang-undang yang dicipta manusia.

”Pelik ! Umat Islam. Ada Quran tapi terima undang-undang Kafir, (inggeris). Tanya orang Cina. Kenapa terima undang-undang Inggeris tak ada kena mengena dengan mereka. Baik guna hukum Allah,” terang beliau lagi.

Justeru katanya lagi, PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan sebuah parti siasah bergerak dengan menyertai pilihan raya mengambil tanggung jawab ini bagi sama-sama memartabatkan Islam pada tempat yang tinggi.

”Tanggung-jawab PAS nak selamatkan umat Islam,” ujarnya lagi.

Rabu, 14 Disember 2011

Ada 3 Komponen Yang Menguatkan PAS


Oleh : ibn_bacoks

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) hari ini semakin matang dan dewasa sejak ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1951.

Tapi ini bukan bermakna itulah tarikh bermulanya perjuangan Islam di Tanah Melayu. PAS hanyalah salah satu dari mata rantai perjuangan Islam yang panjang dan dimulai sendiri oleh Baginda saw.

Oleh yang demikian, melihatkan kesungguhan untuk meletakkan Islam pada tempat yang paling tinggi maka PAS terus disertai daripada pelbagai golongan bagi tujuan yang sama.

Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata ada 3 komponen yang telah menguatkan PAS sehingga diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai sebuah parti selain UMNO.

Kekuatan itu katanya telah digarap yang berpotensi menjadi pemangkin kepada kebangkitan ummah menyebabkan PAS sentiasa relevan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

''Dari segi PAS, ada tiga potensi (iaitu) Profesional, Ulamak dan Aktivis,'' ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa PAS sebuah gerakan Islam mempunyai disiplin yang tinggi hasil dari tarbiyyah yang mengikut acuan Islam sebagai benteng kepada penyalahgunaan kuasa, rasuah dan korupsi.

''Rasuah. Setakat ini di negeri Pakatan Rakyat (PR) ada tak? Yang ada, dekat UMNO. Dekat pemilihan UMNO didakwa dalam Mahkamah UMNO, (iaitu) Isa Samad,'' terangnya lagi.

Beliau mengulas satu peristiwa pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd. Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang).

Selasa, 13 Disember 2011

Ranjau ENAM Dekad


Terselak kitab Quran Nur Karim
Tersingkap minda insanul Hakim
Maka lahirlah ta'aruf perjuangan
Buminya agama, langitnya akidah

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Di mana agama terpasak
Di situ akidah disarung

Begitu terik purnama menyinari
Membunuh segala bayang bumi
Dan juang ini adalah juang Illahi
Inah medan pertiwi
Inilah pentas hakiki
Inilah gelanggang agamawi
Enam dekad utuhnya
Dari akar akidah
Membuah hingga ke pucuk karamah
Jeritnya hanya Allah dan RasulNya

Alang kukuh lagi tersuluh
Syurga dihajat mengerah sejuta peluh
Dunia dakwahnya tetap ampuh
Demi Allah unruk manusia seluruh

Ranjau adalah suatu jalan yang panjang
Perjuangan, pengorbanan, keruh, resah
Susah, payah, perit, derita,
Tangisan, ketawa, hina, keji,
Caci, maki, tipu, fitnah,
Dan segalanya adalah milik
Pergolakan demi menegakkan Islam
Yang dipinta diterbit dada Al-Quran Nur Kudus
Enam dekad tingginya
Enam dekad lamanya
Enam dekad jauhnya
Namun segalanya bukan penghalang
Selagi hayat dikandung badan
Selagi terdetak tunas nadi bernyawa
Selagi nafas silih berganti
Selagi itu Islam harus didirikan
Baik di timur, barat, utara dan selatan
Segala ufuk harus dimartabatkan
Islam dan iman sebagai jati jiwa

Hati terpaku kaku
Bila mengenang juang pahlawan
Gagah bertanjak di atas pentas kebenaran
Tidak ada lelah tewas
Tidak kenal lesu kecewa
Tidak pernah mengerti falsafah putus asa
Apa yang mereka tahu
Islam perlu dimartabatkan

Dendangan airmata sengsara
Ulikan senda kejayaan
Alusi darah satria syuhada
Adalah irama yang sentiasa
Menemani ranjau yang panjang
Kuasa bukan pilihan
Harta bukan impian
Tahta bukan idaman
Hanya Islam sebagai landasan perjuangan
Inilah hikmah
Tertegaknya enam dekad yang lunak

Ranjau enam dekad
Islam adalah martabat
Ranjau enam dekad
Kebenaran perlu diangkat

Luruslah saf perjuangan dan pengorbanan
Dalam dekad yang mendatang
Jerit jaya Allah Maha Besar
Maka bertasbihlah para malaikat
Menemani suci akidah ranjau yang murni

Ranjau enam dekad
Islam dimartabatkan
Kebenaran dicernakan

Sajak ini telah dideklamasikan oleh AMNI JAGAT pada majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 di Ayer Hitam baru-baru ini.

Isnin, 12 Disember 2011

Mengundi Parti ISLAM Boleh Mengundang Kebaikan - Ust. Zamri (Mantop)


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Ustaz Zamri Zainuddin, bekas Pengacara Mari Mengaji Tv9 menegaskan bahawa dalam soal pemilihan tampok kepimpinan negara haruslah diperhalusi dari segenap aspek bagi memenuhi ciri yang telah digariskan oleh agama dan yang boleh mengundang kebaikan bersama.

Sebaliknya, kata beliau lagi dengan mengabaikan soal ketelitian itu, dibimbangi boleh menimbulkan kemudharatan sehingga menyebabkan seseorang itu dimurkai Allah swt.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya apabila tiba peluang untuk memilih seorang pemimpin haruslah diutamakan kepada golongan yang ingin menegakkan Islam sepenuhnya.

Katanya lagi, 'syurga' turut diperuntukkan kepada mereka yang ingin menegakkan Makruf dan mencegah kemungkaran termasuklah dengan niat dan perbuatan yang berhasrat meninggikan Kalimah Allah swt.

''Termasuk nak undi, nak masuk syurga. Aku nak tolong orang-orang yang nak hidupkan Islam. ...... Mengundi dan pangkah. Orang nak haji mabrurpun kena fikir benda itu (undi),'' terangnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan berkenaan dengan Haji Mabrur pada satu Forum Agama di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Tinjauan Mtd-Benut.blogspot.com mendapati, forum anjuran Nur Qamar & Son Enterprise itu telah dihadiri lebih 700 orang, antara lainnya adalah daripada kalangan kaum Cina.

Hadir sama ialah Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Tn. Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian.

Ahad, 11 Disember 2011

Islam Menjamin Kesejahteraan Semua - M Subramaniam


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - ''Diandai-kata PAS dengan dasar Islamnya juga bertapak serius dikalangan rakyat dan anak muda kerana landasan Islam bawa perhitungan politik yang boleh menjamin kesejahteraan semua,'' demikian kenyataan M Subramaniam, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS. (DHPP) Negeri Johor kepada Mtd-Benut.Blogspot.com, baru-baru ini.

Atas keyakinan itu, beliau menegaskan lagi bahawa mana-mana parti yang hanya mendominasi sesuatu kaum dianggapnya tidak akan berjaya setelah bukti nyata diperlihatkan sepanjang 54 tahun UMNO-Barisan Nasional memerintah negara ini.

Sehubungan itu, DHPP ujarnya ikhlas menyatakan sokongan kepada gerakan Islam PAS kerana yakin bahawa Islam sahaja yang mampu menyelesaikan segala kemelut dan masalah yang menimpa negara ini.

''Parti Perkauman (yang menjadikan) agenda utama parti politik (dengan ambil dasar) perkauman, tidak bawa apa-apa kejayaan besar dalam 54 tahun ini.

Sebelum itu, kami (DHPP) pilih parti bukan perkauman seperti PAS untuk atasi masalah (apa) sahaja isu (dalam) negara dan semua. Dan (Islam) mesti jadi agenda negara baru boleh atasi (masalah),'' terangnya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang dijamin dalam perlembagaan sebaliknya mempersoalkan bagaimana UMNO melayani semua rakyat Malaysia terhadap agihan kekayaan negara didakwa hanya diboloti pihak tertentu sedangkan rakyat bawahan kurang diberi perhatian.

''Kita tak lawan (pertikai) Perkara 153 Hak Istimewa orang-orang Melayu.

''Apa yang disarankan (ialah) perlu bantu Melayu miskin beri kepada semua miskin, beri sama rata,'' tegasnya lagi.

Sementara itu, beliau menambah lagi dengan katanya perubahan semakin dekat dikecapi berikutan kebanyakan pengundi baru adalah kaum Cina dan ini bakal menyaksikan bahawa undi orang Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO di bumi kubu kuatnya Johor Darul Takzim.

''Kesedaran orang ramai telah bertukar haluan dalam kenyataan perkauman tak dapat sokongan. Itu begitu besar harapan. Contoh di Johor pengundi Melayu bukan penentu kemenangan BN. 42 % Cina hampir pengundi (baru). Sebagai contoh Parlimen Kulaijaya, Cina dua kali ganda daripada Melayu.

''Dan kejayaan besar akan ditentukan generasi ke 2 dengan pendedahan e media (media alternatif).

''Konsep parti bukan haluan kaum akan capai kemenangan dalam PRU.

''Kita (PR) percaya Johor akan menang dalam PRU dengan 2/3 majoriti,'' jelasnya lagi.

Sabtu, 10 Disember 2011

kalau Melayu Bangkit, Hancur UMNO - Dr Chua Jui Meng


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Jika orang Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kebobrokan UMNO-Barisan Nasional memerintah negara ini maka kaum itu merupakan pelopor kepada kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan.

Demikian kata Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dalam satu ceramah Umum di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hal ini, kerana katanya penyelewengan UMNO sudah terbuka luas dan tidak boleh diselindung lagi ekoran banyak contoh jelas telah dilakukannya.

Antaranya dakwa beliau lagi bahawa negara ini mempunyai sumber alam yang banyak ditambah pula dengan kekayaan Petronas sebagai pengeluar minyak maka sepatutnya rakyat negara ini mempunyai pendapatan 5 peratus lebih tinggi berbanding Singapura namun beliau kesal mengapa rakyat negara ini kebanyakannya masih berada pada tahap kemiskinan.

''Kenapa ramai (rakyat) miskin? Pendapatan satu bulan kurang RM1500. Ada orang Asli RM100 sebulan. (ada) di Estet RM400 sahaja. Di kampung-kampung dhaif, ada yang bergantung kepada anak-anak.

''Dengan kekayaan Petronas dirahsiakan oleh UMNO selama ini. Kalau UMNO telus, tak ada rasuah.

''Hari ini, dengan kekayaan sumber asli, ditambah lagi kaya megah Petronas. Hari ini (Pendapatan rakyat) patut lebih kaya daripada orang Singapura 5 peratus lebih tinggi dengan pendapatan kita,'' ujarnya lagi.

Dalam pada itu, UMNO Johor dakwanya sudah semakin risau apabila kubu kuatnya berjaya ditembusi pengaruh pembangkang termasuklah di kawasan Felda kerana dipercayai ingin bersama menyatakan protes terhadap BN.

''(Orang) Melayu sudah mula bangkit. Di Felda di Johor kubu kuat UMNO. Hari ini, Biro Felda Keadilan sudah masuk Felda. Hari ini Peneroka sudah bangkit.

''Dalam Kongres PKR, (seramai) 150 orang Peneroka sudah tanda tangan nak hadapkan Felda ke Mahkamah kerana penipuan Felda,'' dakwanya lagi.

Oleh yang demikian katanya perkara yang dibangkitkan itu telah disembunyikan UMNO dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan kepada pembangkang.

Justeru, beliau bersama rakyat marhaen berasa terpanggil untuk memberi kesedaran ini supaya UMNO tidak terus menjadi satu kerajaan yang korup disamping ingin menyelamatkan khazanah negara daripada diboloti segelintir individu yang menyeleweng.

''Kenapa bobrok sistem ini? Kita nak bangkit untuk jatuhkan kerajaan korup. Oleh itu, saya 15 tahun bersama mentadbir BN, 9 tahun Menteri Kesihatan dan 22 tahun sebagai Ahli Parlimen.

''Saya rela tanggung risiko keluar BN-MCA untuk turut serta dalam gerakan reformasi. (sebagai harapan) untuk pulihkan demokrasi,'' ujarnya lagi.

Jumaat, 9 Disember 2011

TAATTLAH Kepada Ibu Bapa - Sham Kamikaze


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Selebriti terkenal SHAM Kamikaze menyarankan kepada golongan muda supaya menjaga kebajikan dan menyantuni ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang.

''Taatlah dan hormatilah ibu bapa,'' pesanan beliau ketika menyampaikan tazkirahnya pada Konsert Kesenian Islam, dekat sini, baru-baru ini.

Difahamkan Sham berada di Parlimen Pontian dalam rangka lawatannya dua hari ke Johor bagi memenuhi pelbagai aktiviti yang padat.

Tinjauan mendapati, pada 6 disember lepas bermula dengan kuliah maghribnya, beliau membawakan tajuk yang cukup menarik iaitu 'Dari Rock Ke Dakwah' telah menarik perhatian lebih 100 hadiri yang hadir di Surau Anjang, Markas PAS Cawangan Ayer Baloi.

Seusai sahaja berkuliah di Ayer Baloi, beliau terus dijemput menapakkan kaki ke Markas PAS Cawangan Sanglang bagi slot kedua penyampaiannya.

Menurut Penganjur Program, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian berkata Gitaris terkenal itu mempunyai jadualnya yang padat dan ingin memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra sempena lawatannya ke Pontian.

''Malam tadi (6 disember) bersama Sham Kamikaze. Subuh (7 disember) tadi solat bersama di Masjid Jamek Benut dan membuat photo shoot di kawasan perkampungan nelayan Benut dan di Pekan Tampok,'' ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi pada sebelah petang pula, Sham telah dikejarkan ke Bandar Baru Pontian dalam program Outing Santai Fotografi bersama peminat dengan menikmati panorama alam sambil mengambil gambar-gambar menarik.

Pada sebelah malam pula merupakan kemuncak bagi selebriti terkenal itu dengan mengadakan persembahan akuistik gitarnya. Kali ini Sham bersama dengan Azhan Atan, Juara Akademik Nasyid musim pertama tv 9 pada Konsert Kesenian Islam di perkarangan Markas PAS Sanglang.

Untuk rekod, program seumpama ini merupakan aturcara susulan berikutan Sham pernah bertandang hke Dun Benut pada bulan sembilan yang lepas.

Khamis, 8 Disember 2011

Kewibawaan PAS Johor, Tidak Boleh Lagi Dipertikai


Oleh : Ibn_bacoks

PAS negeri Johor dibawah kepimpinan Dato’ Dr Mahfodz Mohammed semakin terserlah kewibawaannya setelah berjaya memenangi dua buah kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, kata Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Katanya lagi, UMNO-Barisan Nasional Johor sudah tidak boleh berbangga dengan kedudukannya sekarang sedangkan pencapaian PAS pula dilihat terus naik mendadak ekoran keghairahan rakyat yang mahukan perubahan sudah tentu dengan menafikan kehadiran PAS sebagai pesaing paling dekat bagi UMNO adalah suatu yang tidak munasabah.

”Hari ini, setelah ada dua kerusi. Orang tak boleh perlekeh PAS. Ertinya peningkatan ada,” ujarnya lagi.

Mazlan berkata antara resepi ‘peningkatan’ itu adalah kerana para pendokongnya telah mempamerkan tahap pengorbanan yang tinggi dan jarang sekali memikirkan soal kepentingan peribadi.

Menurutnya amal dan tarbiah merupakan dua elemen yang wajar diperkemaskan dan sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa bagi mendapat pertolongan Allah swt.

”Amal dan tarbiah, nak kita kena perkemaskan. Munajat kepada Allah, bagaimana solat kita untuk dapat kekuatan. Kesungguhan (melakukan amal dan tarbiah) itu (perlu di) kekalkan (supaya) ada (kekuatan) pada kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah, ” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menambah lagi dengan katanya kemenangan boleh berlaku apabila ahli PAS memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan disamping berjuang dengan penuh keikhlasan.

”Ini jati kita sebagai pejuang agama Allah. Berilah lebih (komitmen) untuk berjuang. (memang) kita semua ada masalah sebab (itu) kita (kena) tolong agama Allah. Allah beri kemenangan pada mereka yang ikhlas dan patuh.

”Saya yakin. (sebarang) tentangan, apa pun yang mereka buat kena yakin. Sebagai jatuhnya Firaun.

”Hari ini, lihat tokoh-tokoh (besar) kecundang. Jatuhnya Mubarak dengan gelombang perubahan rakyat. Kalau ada kekuatan anak muda, tua dan wanita, insya Allah,” terangnya lagi.

Keyakinan itu menurutnya lagi hasil kerjasama politik dengan DAP dan PKR bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam Pilihan raya akan datang.

”Ketepikanlah masalah peribadi. Kita hanya tolong menolong. Insya Allah (kita sasarkan) 15 kerusi, (manakala) 12 (lagi) DAP, kita (Pakatan Rakyat) dah dapat simple majoriti (untuk) tegakkan kebenaran (capai kemenangan) di Johor,” ujarnya lagi.

Rabu, 7 Disember 2011

UMNO Perlu Menempah PERSARAAN Terlebih Awal


Oleh : Ibn_bacoks

UMNO-BARISAN NASIONAL disarankan supaya memendekkan tempoh perkhidmatannya dan mengisytiharkan persaraan lebih awal bagi memberi laluan kepada pihak lain memerintah, kata Dato’ Dr Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS negeri Johor.

Hal ini, kerana katanya bagi mengelak kerosakan dan pelanggaran syariat Allah terus dilakukan setelah lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Malah katanya lagi adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mengubah kerajaan yang ada supaya terlepas dari dikongkong dan tidak mahu bersekongkol dari mendapat kemurkaan Allah swt.

”Saya seru buatlah perubahan kerana (UMNO) sudah lama perintah 50 tahun perlu bersara segera. Cukuplah UMNO perintah.

”Makin lama perintah, makin lamalah negara akan rosak. Ini tanggung jawab kita untuk buat perubahan. Apatah lagi UMNO buat banyak kerosakan, pelanggaran syariat, tambahan pula rasuah, salah guna kuasa.

”Tak kan kita yang telah hidup lama, dididik di sekolah-sekolah. Tak kan rela lagi nak dikongkong?” soalnya lagi.

Disamping persaraan itu diperlukan kerana katanya juga merupakan tuntutan disebalik peristiwa Baginda saw berhijrah antara lainnya berhijrah dengan meninggalkan larangan Allah Swt.

”Kerana dalam hijrah ada dua jenis. Pertama, kerana tinggalkan larangan Allah.

”UMNO buat banyak penyelewengan, rasuah dan dosa. Kena tinggalkan. Kalau masuk sokong UMNO, (bermakan) suka rasuah. (oleh itu) hidup tak akan tenang kerana dosa (rasuah).

”Kedua, Fi sabilillah. Berpindah daripada jalan syaitan kepada jalan Allah. Apa yang dibuat PAS, hijrah ke jalan Allah,” terangnya lagi.

Dr. Mahfodz turut menambah dengan katanya UMNO masih lagi teragak-agak dalam soal tuntutan BERSIH 2.0 yang baginya amat berat untuk dipenuhi, jelas membuktikan parti itu cukup gerun kepada perubahan.

Sebab itu ujarnya UMNO perlu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemerintah dan apabila gagal, persaraan itu harus dilakukan sebagai mengambil semangat hijrah Rasulullah saw.

”(UMNO) gagal menjadi pemerintah yang baik kerana) banyak khianat bangsa dan agama, hapus tulisan jawi. Ia bukan PAS. (selain itu) Pinggir bahasa Melayu. Ia bukan PAS.

”(UMNO) tak pertahan kedaulatan negara. Isu Pulau Batu Putih. Siapa yang hakis keistimewaan orang Melayu?, (sebaliknya UMNO) berjuang untuk perut. Siapa yang kurangkan kuasa Melayu pada zaman Dr Mahathir?” soalnya lagi.

Selasa, 6 Disember 2011

‘MIMPI’ Tumbangkan UMNO, Bakal Menjadi Kenyataan : YB Salahuddin


Oleh : Ibn_bacoks

AHLI PARLIMEN Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub menafikan sekeras-keras kenyataan seorang pemimpin UMNO Johor yang cuba memperlekeh keupayaan pembangkang untuk menawan JOHOR yang menyifatkan PR ber’mimpi’ yang perlu ditinggalkan.

Sebaliknya beliau yakin kononnya yang dinamakan mimpi itu bakal menjadi kenyataan berbekalkan kebijaksanaan pengurusan parti.

Menurutnya, kriteria dalam soal pemilihan calon antara penumpuan yang diambil kira dengan kebanyakannya terdiri daripada anak kelahiran Johor.

Disamping itu, cara mentadbir negeri nyata berbeza seperti mana yang diamalkan UMNO-Barisan Nasional yang sinonim dengan rasuah, korupsi mahupun salah guna kuasa menyebabkan keyakinan rakyat mula terhakis sedikit demi sedikit.

”Kualiti PAS dan UMNO sama. (tahap) intelek, sijil sama (mempunyai) sijil. Pandai sama pandai. Kita (mahu) tanamkan (pemikiran) kepada rakyat, (bahawa) kami tidak akan korup pada pemerintahan. Itu beza (dengan UMNO).

”Contoh, Tok Guru Nik Aziz perintah (Kelantan). Laporan audit menyatakan tak ada penyelewengan dan salah guna kuasa. (Tahun) 2010, tak ada pun audit teruk dalam negeri Pakatan Rakyat,” tegas beliau lagi.

Sementara itu, beliau menambah lagi dengan katanya bahawa tiada yang mustahil lebih-lebih lagi berupa dakyah mengatakan UMNO cukup sukar ditumbangkan sedangkan katanya negara Vietnam yang jauh terpencil kepada dunia luar mampu mengusir Amerika Syarikat keluar ke negara itu dalam keadaan yang mengaibkan.

Ini contoh katanya sebuah bangsa yang dianggap hebat dan angkuh namun suatu ketika dahulu boleh tersungkur dengan sebuah kerajaan yang kecil.

Menurutnya lagi, masyarakat Amerika rata-ratanya telah tersilap menyangka bahawa kelompok kulit Hitam di negatra itu tidak berupaya menjadi presiden namun dengan kecekapan dan kesedaran anak muda mengeksploitasikan media baru memperlihatkan Obama berjaya menduduki White House dengan begitu mudah sekali.

”Kita harus gunakan peralatan yang ada. Handphone ke. Gunakan jari untuk sebarkan makluimat, supaya rakyat faham dan boleh jatuhkan BN.

”Di US, jari anak muda boleh jatuhkan (bangsa) kulit putih. Di Malaysia, anak muda gunakanlah jari untuk jatuhkan BN. Tak payah guna banyak senjata,” terang beliau lagi ketika berucap dalam satu Forum pada slot Warong Kopi ‘O’ Pentas Pemuda, di Pekan Ayer Hitam, dekat sini, baru-baru ini.

Isnin, 5 Disember 2011

Dua Petanda ‘Perubahan’ Di JOHOR Telah Dikenal-pasti


Oleh : Ibn_bacoks

AYER HITAM – Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan perubahan boleh berlaku setelah dua perkara yang dikenal-pasti berupaya menyumbang kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Johor.

Menurutnya, kejayaan PAS yang telah memenangi dua kerusi di peringkat DUN sebelum ini membuktikan bahawa parti itu mampu bersaing dengan UMNO walaupun kononnya ia berada di kubu kuatnya.

Malahan pula, kemunculan PAS yang dahulu cukup asing bagi rakyat Johor sehingga setiap kali majlis penerangan dilakukan, didapati ia tidak mendapat sambutan bahkan masyarakat sendiri menolak tokoh kelahiran negeri ini.

Namun hari ini katanya, keadaan seperti itu sudah tiada lagi sebaliknya rakyat sentiasa dahagakan penerangan ekoran kehadiran yang ramai pada setiap majlis ceramah yang dianjurkan.

”Kita berjaya tembusi Johor kubu kuat UMNO. Dulu tokoh Johor Khalijah Sidek Pesuruh jaya Johor, bertanding di Marang, jadi Ahli Parlimen.

”Dulu tokoh Johor ditolak orang Johor sendiri. Hari ini, kita boleh (menang) masuk Johor.

”Tahun 60 an, (bila) datang ceramah. Penceramah lebih ramai daripada pendengar,” ujarnya sambil diiringi gelak ketawa orang ramai.

Disamping itu, kehadiran anak muda turut menyuntik dan menggerakkan kesedaran sehingga memberi kegerunan kepada UMNO lalu mencipta pelbagai formula untuk menyainginya.

”Merancang untuk tipu. Bukan tetapi tipu secara pilihan raya. Tipu undi, tipu rakyat, salah guna jentera kerajaan.

”Kita tak putus asa. Dalam perjuangan kita nak Pilihan raya bersih,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis ceramah sempena Sambutan 60 tahun PAS di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau dilaporkan berkata Islam mengajar bumi dan seluruh alam ini milik Allah swt. Oleh yang demikian peraturannya hendaklah dilaksanakan.

Katanya lagi, PAS cuba perkenalkannya dan berjaya menerapkan sistem itu secara adil di Kelantan hasilnya Gerakan Islam itu berjaya memecahkan tembok pemisah dengan bukan Islam.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tuduhan PAS diperkudakan DAP sedangkan kerjasama politik hanyalah dalam titik persamaan kemanusiaan, manakala perbezaan pandangan itu haruslah diraikan.

”Rakyat banyak tak faham dan tak dapat maklumat (tentang) banyak perubahan dibuat negeri (yang) diperintah.

”Sekurang-kurangnya tak ada rasuah, tak ambil kesempatan kayakan diri, keluarga dan menantu.

”Ada fitnah, PAS diperkudakan DAP. Tak apa. (apa) yang pelik, UMNO diperlembukan. Ini pelik. Faham-fahamlah. Ini patut sudah sedarkan rakyat Johor,” katanya lagi sebagai mengulas isu penyelewangan wang rakyat berjumlah RM250 juta dilakukan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang didakwa melibatkan syarikat milik Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO.

Ahad, 4 Disember 2011

Orang CINA Tidak Lagi Bimbang Kepada PAS : Dr. Boo


Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM - Kerjasama Politik antara PAS dan DAP yang dibina selepas pilihan raya ke-12 telah memberi ruang kepada golongan bukan Islam mendekati PAS.

Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata 70 peratus masyarakat Cina di Johor akhir-akhir ini telah memberikan sokongan dan boleh menerima cara perjuangan parti Islam.

Disamping itu, perasaan takut dan bimbang yang sebelum ini dimomokkan dengan pelbagai tanggapan negatif telah berjaya dihapuskan ekoran terjalinnya persefahaman antara kedua parti itu.

''Orang Cina bahawa tidak takut PAS. Di (DUN) Tenang, ramai (orang Cina) sokong PAS, Cikgu Normala (Sudirman).

''Masyarakat Cina 70 % sokong PAS demi perubahan. Apa lagi nak ditunggu orang Melayu?'' soalnya lagi.

Bagaimanapun katanya lagi kesabaran menghadapi pergerakan yang dikira 'lambat' bagi rakyat negeri ini terhadap gelombang perubahan harus diambil kira kerana lambat laun kesedaran itu akan berputik seiring dengan kebobrokan kuasa UMNO-Barisan Nasional.

''Walaupun lambat sikit, negeri lain (seperti) Ferrari. Johor kereta model lama. Orang Johor tak berubah. Kita (kena) bersabar,'' katanya lagi yang juga Pengerusi DAP Johor.

Dalam pada itu, walaupun Johor merupakan kubu kuat UMNO, beliau amat yakin bahawa rakyat sudah mempunyai kesedaran yang baik apabila kerajaan yang ada tidak berupaya menguruskan negeri dengan baik terutamanya dalam hal pengurusan kewangannya.

''(rakyat) sedar, (setelah) 54 tahun (UMNO perintah) Johor, apa yang kita dapat?.

''Tapi hutang piutang yang ditanggung generasi akan datang, (walaupun) Johor negeri yang kaya,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu majlis ceramah yang diadakan di Pekan itu, dekat sini, baru-baru ini.

Sabtu, 3 Disember 2011

Perubahan Akan Dimulai Pada Sebelah Pantai Barat JOHOR : DSAI


Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM - Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan memperlihatkan satu lagi kejutan buat UMNO-Barisan Nasional dengan gelombang perubahan itu dipercayai bermula dari pantai barat, kemudian ke bahagian tengah dan seterusnya akan merebak ke seluruh negeri Johor.

Keyakinan itu telah ditegaskan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dengan katanya tinjauan beliau dalam beberapa siri ceramahnya sebelum ini seolah-olah membenarkan apa yang didakwa kerana kehadiran yang begitu ramai walaupun berada di tempat kubu kuat UMNO.

Malahan pula, kehadiran beliau disifatkan satu mala petaka buat UMNO ekoran pelbagai halangan yang dihadapinya dengan harapan ceramahnya gagal diadakan.

''Kat Rengit (sebelum ini). Ini (seperti) perang Iraq? FRU (halang) tak boleh pergi. Tapi sekarang saya tengok sambutan banyak tempat.

''Bermula pantai barat Johor (hingga) masuk ke (sebelah) tengah!'' terangnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan keyakinan yang tidak putus-putus berbekalkan sejarah negeri Johor ini, dimana kelahiran tokoh-tokoh besar adalah dari negeri tersebut sebagai analogi bahawa kemunculan perubahan itu bakal mengubah landskap politik tanah air.

''Johor tengah tenat (bagi UMNO) sekarang. Kita bagi kejutan. Johor adalah negeri untuk PRU ke13 dalam membantu buat kejutan sejarah dan ubah landskap politik negara kita.

''Kelahiran Sri Lanang, penulis sejarah Johor, Tok Haji, seorang tokoh besar dan ramai lagi kelahiran dari Johor. Saya yakin (akan berlaku kejutan),'' ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu majlis ceramah di Pekan ini, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata lagi, UMNO yang sudah 54 tahun memerintah telah dihinggapi penyakit 'keangkuhan kuasa' bagaimanapun terlalu sukar untuk diperbaiki.

Sehubungan itu ujarnya lagi, bagi menyelamatkan rakyat daripada menerima tempias yang sama adalah disaran dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

''Keangkuhan kuasa, sudah rosak. UMNO tidak boleh diperbaiki lagi. Nak selamat, benamkan UMNO,'' tegas beliau lagi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata diatas semangat hijrah iaitu yang dipanggil 'perpindahan' bukanlah sekadar perpindahan biasa seperti pandangan kebanyakan.

Sebaliknya, kata beliau lagi sewajarnya dilakukan dengan meninggalkan perkauman sempit manakala melenyapkan fahaman itu selain sunnah Nabi saw ia juga merupakan satu pembebasan dalam erti kata yang sebenar.

''Madinah (sebelum hijrah) kubu Jahiliyyah. Mekah, kubu fahaman perkauman sehingga dibebaskan (oleh Baginda saw),'' katanya lagi.

Jumaat, 2 Disember 2011

UMNO Jaga Kepentingann Melayu Hanyalah METOS : Yaakob Sapari


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - ''Hari ini, (sebuah) metos, hanya UMNO yang boleh jaga (nasib) orang Melayu,'' kata YB Dr Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hal ini kerana katanya perbandingan dalam soal pencaiapan orang Melayu di negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dengan di bawah BN.

''Johor (didakwa) selamanya di bawah UMNO. Cuba bandingkan aset di Kelantan dengan Johor. (cuba) cari kedai emas di Johor, (milik) orang Melayu. Mana banyak, bagaimana milik Melayu di JB (Johor Bahru) dengan KB (Kota Bharu),'' soalnya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau lagi UMNO perlu mengakui bahawa rakyat merupakan 'Tuan' bagi negeri manakala para exco dan Menteri Besar merupakan 'Pengurus' yang menjalankan amanah bagi kepunyaan rakyat.

''Kami hanya tukang amanah jaga hak tuan. Aset-aset kepunyaan rakyat. YB Exco, Menteri Besar bagi urus.

''Macam berniaga. Ada Pengurus. Kalau untung, Pengurus dibayar gaji.'' ujarnya lagi.

Disamping itu ujarnya lagi perolehan dari khazanah negeri harus dipulangkan kepada tuannya iaitu rakyat bukan membolotnya untuk kepentimgan diri dan kroni.

''Apa kesannya, jadi Exco jaga sumber alam, balak, kuari. Kami jaga hasil negeri untuk rakyat.

Sebelum 2008, Selangor hasil pasir 4.7 juta. Tahun ini royalti 16 juta. Anak syarikat untung 40 juta. Kami pulangkan hak kepada rakyat 10 juta.

''Hasil negeri, pulang balik kepada rakyat,'' terangnya lagi.

Beliau yang juga merupakan anak kelahiran Benut itu turut mempertikai kredibiliti pemimpin UMNO yang apabila diberi peluang berkuasa telah mengkhianati amanah rakyat suatu ketika dahulu.

''(kerajaan) Dulu, ada Menteri Besar, 20 juta bawa ke Australia. (kerajaan) sekarang, 20 juta (juga) di Selangor (disalurkan) untuk khairat (kebajikan). Mati dapat RM2500. Di Johor boleh dapat? Habis, kenapa sokong (UMNO) lagi?'' soalnya dengan nada sinikal.

Dalam pada itu, beliau turut meyelar pihak yang menuduh kerajaan negeri akan berada diambang muflis sebaliknya memperlihatkan penerapan konsep Negara Berkebajikan itu memberi pulangan kepada rakyat disamping pendapatan yang bertambah.

''Dulu dia kata, kalau buat (konsep) Negara Berkebajikan bangkrup negeri.

''Dulu (ada) 400 juta rizab. Hari ini 1. 28 billion. Lagi banyak kita belanja, lagi banyak sumbangan orang bagi,'' ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau menegaskan lagi bahawa kecemerlangan pengurusan di beberapa negeri yang berjaya ditawan telah membuktikan PR mempunyai pasukan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan terkehadapan berbanding UMNO-Barisan Nasional.

''Nak tolong orang Melayu, kita naikkan elaun guru agama dari RM721 kepada RM1300.

''Malam ini, sempena maal hijrah saya seru sahabat orang Jawa, Bugis, Cina dan India, bulatkan tekad, tinggalkan UMNO.

''Pasukan kita, jauh lebih baik daripada BN,'' terangnya lagi.

Khamis, 1 Disember 2011

'PERSEPSI' Perlu Dibentuk Jika Mahu Menang PRU-13 : Mat Sabu


Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM - Menjelang Pilihan raya Umum ke -13 'persepsi politik' harus dibina dan dibentuk supaya rakyat berasa yakin dengan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), kata Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Jentera Pilihan raya peringkat negeri Johor, di Pekan Ayer Hitam, dekat sini, ahad lepas.

Beliau berkata, kaedah memperkenalkan calon bukan lagi prioriti yang boleh menyumbang kemenangan sebaliknya ia merupakan tambahan dan pelengkap ke arah itu.

''Menjelang Pilihan raya ke 13, persepsi politik, tanggapan penting. Pandangan perlu dibentuk menjelang PRU, tapi bukan syarat pertama (seperti)dalam soal perkenalkan calon.

''Ada YB (wakil rakyat) di Selangor. (Pengundi) tak kenal, (boleh) menang!'' ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa selagi negara ini terus diperintah oleh BN maka negara ini bakal menuju ke arah kemuflisan dan ini antara perkara besar yang harus diberi penumpuan oleh petugas PAS.

''Calon perlu tapi bukan perkara utama mencapai kemenangan. Itu (faktor) tambahan.

''Antara perkara besar, bila BN (terus) perintah, bankrup. Wiridkan (beri penerangan). (bila menang) saya tak mahu menjadi Menteri (bila) negara (jadi) bankrup!'' katanya lagi dengan nada sinikal dengan disambut gelak ketawa hadirin.

Disamping itu, beliau turut menerangkan beberapa ciri lagi yang dikenal-pasti merupakan kekuatan Barisan Nasional supaya formula dicari bagaimana ingin mengimbanginya.

''Selepas PRU 2008, aliran kajian penduduk (kawasan) bandar dan separa bandar menyokong Pakatan Rakyat).

''(maka) tugas paling berat perlu diambil alih, terletak pada bahu PAS dan PKR kerana kekuatan BN bergantung kepada empat sumber dan komponen.

''Pertama, kaum bumiputera luar bandar. Kedua, kawasan FELCRA dan FELDA. Ketiga, undi Pos. Keempat, bumiputera Sabah dan Sarawak.

''Kenapa (kawasan) bandar di Sabah dan Sarawak BN tak boleh menang?,'' soalnya lagi.

Justeru itu, beliau menambah lagi bahawa PAS perlu lebih mengambil perhatian kepada kawasan yang menjadi kekuatan BN, manakala peluang untuk memenangi hati rakyat sewajarnya digerakkan semaksimum yang mungkin.

''(kerana) empat sumber (kekuatan BN) ini PAS banyak bertanding,'' jelasnya lagi.