Ahad, 24 April 2011

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

MALAYSIAKINI

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaranUtusan Malaysia yang terus menjunam.

"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.

NONELoh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN,” kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.

Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.


2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS

Mohamed Zainal Abidin Hussin
PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.

"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.

Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.

"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Sabtu, 23 April 2011

Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.

Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.

“Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.

“Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.

“Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.

Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.
Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena,” ujarnya.

Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie.

Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan.

Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding.

Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.

BOB LOKMAN DAN CHEGUBARD GEGAR DUN BENUT

Selebriti porpular Bob Lokman telah menggemparkan dunia hiburan apabila membuat pengumuman hijrahnya dalam siaran lansung Raja Lawak. Kemudian di hadapan puluhan ribu Himpunan Anak Muda PAS di Kedah beliau telah mengumumkan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS).Akhir - akhir ini banyak juga jadual che'GuBard atas nama Pengerusi SAMM disusun penganjur untuk berkongsi pentas dengan Bob Lokman di perbagai kampung. Terbaru ialah di Pontian satu Majlis Minum Petang, Tazkirah Maghrib dan Ceramah umum telah dibuat di sekitar Pontian dan kehadiranya amat luar biasa lebih 2000 orang hadir di tempat yang kononya kubu Umno ini. Banyak yang che'GuBard belajar dari Bon Lokman ini.


Pontian atau Benut ini digelar kubut kuat Umno kerana Setiausaha Kerja Umno malah Ketua Penerangan Umno sendiri datang dari kampung sekitar sini. Namun menyaksikan ribuan rakyat yang hadir untuk program petang dan malam itu menandakan yang kawasan tersebut tidak lagi boleh terus digelar kubu Umno.


Di kasawan itu ada sebuah kampung yang memenangi anugerah Kampung tercantik ketika majlis minum petang dekat Kampung tersebut che'GuBard dijemput menziarahi sebuah taman permainan yang kononya menerima peruntukan RM50,000 untuk pembinaan tetapi setelah siap inilah taman permainan setebut yang rasanya kalau tanpa rasuah ia hanya bernilai tak sampai RM5,000 pun.

InsyaAllah 22 April ini Bob Lokman, Pak Man Kadir (pelakon watak Pak Jabit dalam Hantu Kak Limah balik Rumah), YB Nurul Izzah, Cikgu Mala akan berada di dua tempat di Rembau untuk ceramah umum. Pertama di Bandar Sri Sendayan dan kedua di Pedas (dekat dengan ILP) kedua - dua program bermula jam 9.00 malam.

Sekitar Mesyuarat Agung PAS Pontian

Pontian, 17/04/11- PAS Pontian sekali melangkah kehadapan dalam usaha memantapkan organisasinya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pontian kali ke 25 pagi ini, dekat sini.Majlis perasmian dimulakan dengan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh al-fadhil Ustaz Faizul Hakim Ahmad merangkap Ketua Pemuda PAS Pontian.
(Gambar) Para perwakilan sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS.

MTD PAS Benut di Sinar Harian


Laporan berita mengenai laman Sosial Mtd Pas Benut telah disiarkan di Sinar Harian hari ini 22 april 2011. Cuma ada sedikit kesilapan fakta iaitu diperenggan kedua melaporkan "lebih 5000 orang sudah mendaftar" perlu diubah kepada hampir seribu yang mendaftar. Mungkin susunan kata tidak jelas sewaktu kami diwawancara oleh wartawan tersebut menyebabkan kesilapan seperti itu terjadi. KEMAAFAN dipinta kepada para pembaca akhbar tersebut.

Dr Daeng Sanusi Mariok merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pontian

Pas Pontian harus berbangga dengan kedudukan kawasan itu dipersada politik negara amnya mahupun dalam organisasi Pas itu sendiri kerana menjadi salah satu kawasan yang lama ditubuhkan berbanding kawasan lain di Johor ini. Demikian kata Dr. Daeng Sanusi Dg. Mariok mantan Yang Dipertua PAS Pusat pada perasmian majlis Mesyuarat Agung... Pas Pontian kali ke 25 di Markas Induk dekat sini.
Katanya lagi, Kemunculan Pas di Johor wujud pada tahun 1954 menerusi cawangan pertamanya di Simpang Empat Benut iaitu di kedai Yusoff Hakim.
Ujarnya lagi, beliaulah yang merasmikan cawangan tersebut yang terletak di Pekan Benut yang dahulunya hanyalah bangunan kayu.
"Ada satu sejarah katakan Pas Johor lebih dulu bertapak di Johor Baharu beberapa bulan cawangan di benut itu. Bangga kalaupun tidak nombor 1 Benut ini sekurang-kurangnya bukan 4, 5 tapi 2. Itu satu kebanggaan. Saya harapkan kawasan pontian termasuk Benut ini akan membuktikan semua perkembangan akan datang. Sudah terbukti seperti ada markas begini dibanggakan bagi kita."Ujar beliau lagi yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Johor.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Pak Daeng itu yang menganggap dirinya sebagai "orang Tua" dalam Pas, menyarankan supaya pendekatan yang bijaksana untuk memancing hati masyarakat adalah dengan pendekatan menerang, bukannya menyerang.
"Menerang labih banyak daya tarik dari daya tolak. Harus tiap hari suasana ini tak berubah sampai sekarang. Perkembangan hari ini sangat positif, walau sulit. Sangat positif dalam perjuangan kita. Kebijaksanaan pimpinan buat strategi sangat sesuai dengan perkembangan. Sesuaikan wibawa kita iaitu lebih banyak menarik daripada menolak."
"Tiap orang dari kita mesti mencanai dalam diri masing-masing potensi menarik lebih besar dari menolak. Kerana itu mungkin ada kata yang tak sesuai tapi sebagai "org tua" Pas dengan pengalaman panjang meneliti perkembangan bukan sahaja di Malaysia, maka kita perlu membuat sedikit, iaitu menambahkan daya kekebalan kita supaya kita jadi tukang pancing yang tak dilarikan ikan disamping membaiki pancing kita dan mengolah kita umpan-umpan bagi menarik ikan yag dipancing. itulah lebih banyak daya tarik"
Beliau yang juga merupakan Mantan Ahli Majlis Syura Ulamak Pusat turut menyarankan kepada ahli Pas agar tidak meletakkan seteru politik mereka sebagai musuh sebaliknya menyantuni mereka dengan pendekatan yang penuh bijaksana.
"Kalau boleh jangan ada daya tolak. Tak boleh kurangkan daya tolak itu. Tak boleh letakkan hati kita itu musuh kita. kalau kita anggap itu lawan kita, maka didalam banyak pendekatan kebijaksanana strategi adalah dekati lawan"
Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah En. Hassan Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Dr. Mumazaini Misri Timbalan Yang Dipertua, Hj. Bachok Welang Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Pontian.

Banner Mtd Pas Benut tersiar diahkbar Sinar Harian selasa 19/04/11 hari ini.

Banner Mtd Pas Benut tersiar diahkbar Sinar Harian selasa 19/04/11 hari ini.